Himpunan teladan adalah koleksi yang dikeluarkan oleh
laman Tranung Kite
(kemaskini terakhir laman ini) - Webmaster
|
||
|
Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan
supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W
memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an." Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di
akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu
orang sangat memerlukannya." Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "
Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab :
"Siapakah kamu?" Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu
sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku
di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu :
"Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang
yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di
tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di
atas kepalanya. Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang
tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya
bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami
tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah
mempelajari Al-Qur'an." |
||
|
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika
dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi yang bukan
Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar
suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada
suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau
dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau
dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah,
kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau
putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya." Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke
barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar
berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan
memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang
tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit
itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba
bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu
pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh
manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'. Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan
sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan,
lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu,
kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi
itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka
berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia
pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas
itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam. Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung
helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung
kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar
rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu
dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang
itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah,
aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu
janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku." Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu
tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan
perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu
memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah
mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari
dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama
kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun
bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan
hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke
rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya
Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di
dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini." Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa,
"Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar
seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta
menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Kedua;
semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak
jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu
khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah
untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau
yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari
orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah." Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam
diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam
kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari
ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal
orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan
menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti
ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah
dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang
Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang
mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahwa
walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan
merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata
hal orang walaupun ia benar. |
||
|
Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di
dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan : � Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap
saudaramu/muslimin. � Bacalah Al-Qur'an � tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan
dosamu kepada orang lain. � Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain. � Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka. � Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan
akhirat. � Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut
kepada perangaimu yang tidak baik. � Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain. � Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain. � Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu. Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang
berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain." Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam
neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya,
dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya." Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan
terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat
daripadanya?" Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi
ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah
S.W.T." |
||
|
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan
Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit
Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering
bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya
yang tidak ada pada nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah,
siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta
tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit
Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa
hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya
bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan
masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan
melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa
seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa
terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam
hatinya penuh keheranan. Bai itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu
dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam
bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor
babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan.
Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih
sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara!
Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu
agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat
begitu." Kata Nabi Musa. "Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua
babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa
yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang
hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya
dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai
anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan
hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap
melaksanakan tugasku.", sambungnya. "Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku
bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar,
tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai
Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil
baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah
buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya
sebagai anak soleh disisi Kami." Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia
telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya.
Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami
pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa
ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah
dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat
rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat
yang baik di akhirat kelak. Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan
urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang
sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan
urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua
ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat
yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam
kubur. Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran
wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan
doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah. Untuk mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat sila dapatkan buku
terbitan syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA IZRAIL A.S. DATANG MEMANGGIL |
||
|
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap
dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan
Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa
memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah.
Sekejap-sekejap Bismillah." Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah
S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata
: "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu
itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan
wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit
ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat,
di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya.
Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan
mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya. Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan
berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu
untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti
oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit
itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika
itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit
dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali. Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala
perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula
mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak
memulakan sesuatu kerja. |
||
|
Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa
bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih
baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan
berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman, beberapa
gunung dan lain-lain." Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana
matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan
syurga ada padaku." Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi
dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin
(orang-orang yang baik)." Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan
utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam,
seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling
sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di
tempatku." Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian.
Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, "Ya
Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya,
apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi,
oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan
kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan
berbangga." Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T
memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah
engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau
mencabut nyawa pada malam ini." Jibrail A.S. bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah
sampai?" Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi
pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad
dengan buraq itu." Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang
bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama
Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor
buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri
buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?" Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama
Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku
dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan
minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan." Berkata Jibrail A.S., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang
yang engkau rindukan itu." Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu
dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Wallahu'alam. Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam
perjalanan Israk dan Mikraj. |
||
|
Dikisahkan dalam sebuah hadis bahwa sesungguhnya neraka Jahannam itu
adalah hiam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya
memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada
setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu
terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya
pula terdapat 70,000 lembah dari api. Dikisahkan dalam hadis tersebut bahwa pada setiap lembah itu terdapat
70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar
dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala,
dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahwa setiap kala itu mempunyai 70,000
ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala
tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa. Dalam hadis yang sama menerangkan bahwa pada hari kiamat nanti akan
dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik saja pintu neraka Jahannam itu
terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu
datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka
mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang
mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap tersebut
maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan
kami, selamatkanlah." Diriwayatkan bahwa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda :
"Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka
Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik
oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu
besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang
bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi
keras." Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak
perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang
mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya
akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan saja ia akan
membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam. |
||
|
Dari Anas r.a. berkata bahwa ada tujuh macam pahala yang dapat
diterima seseorang itu selepas matinya. 1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi
masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya. 2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum
daripadanya. 3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada
orang yang membacanya. 4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya. 5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik
dari manusia atau burung. 6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh
orang yang mempelajarinya. 7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu
mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya 8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang
mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya
tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri. Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
"Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan
tiga macam : 1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah) 2. Ilmu yang berguna dan diamalkan. 3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya. |
||
|
Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir
Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan
bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah
berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka
akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang
bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun
berbalik. Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai
akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan
yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak
Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya
yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak
menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang
bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu
berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau." Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100
tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang
bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu
berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100
tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan
berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku." Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka
Allah S.W.T mewajibkan puasa. Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat
jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu
mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi
musnah. |
||
|
Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu,
jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu
dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di
atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa
mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia
mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh menagajakmu
melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat
keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah
mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..." Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya.
Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya.
Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya.
Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa
yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya. Dan
siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua
kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan." Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis.
Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat
tepat pada sasarannya. |
||
|
Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke
langit, Allah S.W.T telah memberikan � Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya
Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau. � Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku. � Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga. � Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu
sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka. � Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya
pertolongan itu berserta qiamullail. Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang
tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata
kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka
berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu : � Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran
hatinya. � Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata
himat darinya. � Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan
sangat kemanisan ibadahnya. � Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul
khatimahnya. � Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya. � Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu
harapkan sangat kelurusan agamanya. � Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan
keredhaan Allah daripadanya." |
||
|
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada
suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. kerana
hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki
itu lalu berkata : "Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu saja berbuat dosa dan
payah hendak meninggalkannya." Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah
engkau berjanji bahwa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?" "Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu,
dia pun pulanglah ke rumahnya. Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat
terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi
dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya
upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat
dari Rasulullah S.A.W. Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu
berkata di dalam hatinya : "Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh
Rasulullah itu." Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya
terus mengejek. "Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila
ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik
hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat
segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya berkata : "Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah
mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku
akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam
pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga." Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu
berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis
itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah
berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh
Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang
soleh dan mulia. |
||
|
Dalam sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki
wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu orang
sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang sangat
penting. Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya
kerana apabila seorang itu berwukuf di � "Alhajju Arafat" (Haji itu wukuf di Arafah) Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih
mendalam. Masih dalam istilah 'muallaf'. Semasa dia berada di situ, dia telah
mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu : � "Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahwa aku bersumpah bahwa
tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah." Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia meletakkan
ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian dia bermimpi
seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu jyga dia telah diperiksa
segala dosa-dosa dan pahalanya oleh Tuhan. Setelah selesai pemeriksaan itu
ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka dia pun pergi ke neraka dan
hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya. Tiba-tiba seketika batu
kecil yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu neraka tersebut. Tetapi mereka
tidak sanggup rupanya. Malaikat azab telah berada di situ. Semua malaikat itu
menolaknya masuk ke pintu neraka tersebut. Tapi sanggup rupanya. Kemudian dia
pun pergi ke pintu lain. Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya. � "Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau
kumpulkan di Sebaik saja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba pintu syurga
itupun terbuka lebar. Rupanya kunci syurga itu adalah kalimat syahadat yang
diucapkannya dahulu. |
||
|
Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya dari Jabir bin
Abdillah r.a. berkata Rasulullah S.A.W bersabda : "Allah S.W.T. telah memberikan
kepada Nabi Musa bin Imran a.s. dalam alwaah 10 bab : � Wahai Musa jangan menyekutukan aku dengan suatu apa pun bahwa aku
telah memutuskan bahwa api neraka akan menyambar muka orang-orang musyrikin. � Taatlah kepada-Ku dan kedua orang tuamu nescaya Aku peliharamu dari
sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan
penghidupan yang baik. � Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan
hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan
semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka.
� Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka
sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku dan tidak
mengagung-agungkan nama-Ku. � Jangan hasad dengki dan irihati terhadap apa yang Aku berikan kepada
orang-orang, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku,
membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku dan
sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka bukan daripada-Ku. � Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan
benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut
saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka. � Jangan mencuri dan jangan berzina isteri jiran tetanggamu sebab
nescaya Aku tutup wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit
daripadanya. � Jangan menyembelih korban untuk selain dari-Ku sebab Aku tidak menerima
korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku. � Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka
terhadap dirimu sendiri. � Jadikan hari Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburkan
anak keluargamu. Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda lagi : "Sesungguhnya
Allah S.W.T menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa a.s. dan
Allah S.W.T memilih hari Juma'at sebagai hari raya untukku." |
||
|
Ketika Rasulullah S.A.W memanggil kaum Muslimin yang mampu berperang
untuk terjun ke gelanggang perang Badar, terjadi dialog menarik antara Saad
bin Khaitsamah dengan ayahnya yakni Khaitsamah. Dalam masa-masa itu panggilan
seperti itu tidak terlalu mengherankan. Kaum Muslimin sudah tidak merasa
asing bila dipanggil untuk membela agama Allah dan jihad fisabilillah. Sebab
itu Khaitsamah berkata kepada anaknya, "Wahai anakku, aku akan keluar
untuk berperang dan kau tinggal di rumah menjaga wanita dan anak-anak." "Wahai ayahku, demi Allah janganlah berbuat seperti itu, kerana
keinginanku untuk memerangi mereka lebih besar daripada keinginanmu. Engkau
telah berkepentingan untuk tinggal di rumah, maka izinkanlah aku keluar dan
tinggallah engkau di sini, wahai ayahku." Khaitsamah marah dan berkata kepada anaknya, "Kau membangkang dan
tidak mentaati perintahku." Saad menjawab, "Allah mewajibkan aku berjihad dan Rasulullah
memanggilku untuk berangkat berperang. Sedangkan engkau meminta sesuatu yang
lain padaku, sehingga bagaimana engkau rela melihat aku taat padamu tetapi
aku menentang Allah dan Rasulullah." Maka Khaitsamah berkata, "Wahai anakku, apabila ada antara kita
harus ada yang berangkat satu orang baik kau mahupun aku, maka dahulukan aku
untuk berangkat." Saad menjawab, " Demi Allah wahai ayahku, kalau bukan masalah
syurga, maka aku akan mendahulukanmu." Khaitsamah tidak rela kecuali melalui undian antara dia dan anaknya
sehingga terasa lebih adil. Hasil undian menunjukkan bahwa Saadlah yang harus
turun ke Setelah itu Khaitsamah berangkat menuju Setelah diizinkan Rasulullah, Khaitsamah bertempur hingga mati syahid
dan berjumpa dengan anaknya di syurga. |
||
|
Diriwayatkan bahwa seorang tukang jagal terpesona kepada budak
tetangganya. Suatu saat gadis itu mendapatkan tugas menyelesaikan urusan keluarganya
di desa lain. Si tukang jagal lalu mengikutinya dari belakang sampai akhirnya
berhasil menemukannya. Si tukang jagal lalu memanggil gadis itu dan
mengajaknya menikmati kesempatan langka dan indah itu. Tetapi gadis itu
menjawab, "Jangan lakukan. Meskipun sangat mencintaimu, aku sangat takut
kepada Allah." Mendengar jawapan itu, si tukang jagal merasa dunia berputar. Kerana
menyesal dan sedar hatinya gementar, tenggoroknya kering dan hatinya semakin
berdebar, dia lalu berkata, "Kau takut kepada Allah sedangkan aku
tidak." Dia pulang sambil bertaubat. Di jalan ia diserang haus dan nyaris
mati. Is kemudian bertemu seorang soleh. Mereka berjalan bersama. Mereka
melihat gumpalan awan berjalan menaungi mereka berdua sampai mereka masuk ke
sebuah desa. Mereka berdua yakin bahwa awan itu untuk orang yang soleh.
Kemudian mereka berpisah di desa tersebut. Awan itu ternyata condong dan
terus menaungi si tukang jagal itu sampai dia tiba di rumahnya. Orang soleh
tadi heran melihat kenyataan ini. Dia lalu mengikuti tukang jagal tadi lantas
bertanya kepadanya dan dijawabnya juga di tempat itu. Maka laki-laki soleh
itu berkata, "Janganlah heran terhadap apa yang kau lihat, kerana orang
yang bertaubat kepada Allah itu berada di suatu tempat yang tak seorang pun
berada di situ." |
||
|
Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk
menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu
mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji,
kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya. "Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu
Hurairah. Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga
kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga
tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan." Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan
diberikan kepada fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya
jangan keliru. Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W.
Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam,
ya Abu Hurairah?" Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahwa ia orang miskin, keluarganya
banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu
diterangkan pula olehnya, bahwa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu
dilepaskannya. "Bohong dia," kata Nabi : "Pada hala nanti malam ia
akan datang lagi." Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat,
dan kewaspadaan pun ditingkatkan.Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi,
lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap. "Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah,
sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun :
"Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan
kembali lagi." Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan
kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan
kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan
setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan :
"Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi." Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran
penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya
dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi
oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh
Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan
melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu
datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan
begitu saja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia
ditipu olehnya ? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak
akan kuberikan ampun." Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul
sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga.
"Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak
lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah
ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. "Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali
kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga.
Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang
menggenggam erat-erat dapat difahami, bahwa kali ini ia tidak akan dilepaskan
lagi. Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan
saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna." "Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa
ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa
Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu�.. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka
tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani
mendekati tuan sampai pagi." Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri
keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang. Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk
melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. "Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul
sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya. "Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna,
lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah. "Kalimat apakah itu?" tanya Nabi. Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa
Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu�.. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan
ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu
dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari." Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu
telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian
Nabi S.A.W bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang
bertemu denganmu tiap malam itu?" "Entahlah." Jawab Abu Hurairah. "Itulah syaitan." |
||
|
Musa A.S: Oh Tuhan, ajarilah kami sesuatu yang dapat kami pakai untuk berzikir
dan berdo'a kepada Engkau. Tuhan: Ucapkan, Laa Ilaaha Illlallaah ha Musa. Musa A.S: Oh Tuhan, semua hamba-Mu telah mengucapkan kalimat itu. Tuhan: Hai Musa, andaikan langit yang tujuh berserta seluruh
penghuninya selain Aku, dan bumi yang tujuh ditimbang dengan Laa Ilaaha
Illallaah, nescaya masih berat Laa Ilaaha Illallaah. Kata Hikmah : 1. Kisah ini diambil dari hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam
Ibnu Hibban dan Imam Al-Hakim dari Abi Sa'id Al-Khud riyyi r.a. 2. Nilai Laa Ilaaha Illallaah lebih hebat daripada langit, bumi dan
seluruh penghuninya. 3. Langit itu berpenghuni. 4. Bumi itu tujuh lapis sebagaimana langit. 5. Seutama-utama zikir adalah Laa Ilaaha Illallaah. |
||
|
Seorang anak mendatangi Rasulullah sambil menangis. Peristiwa itu
sangat mengharukan Rasulullah S.A.W yang sedang duduk bersama-sama sahabat
yang lain. "Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah.
"Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat.
Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa
pula yang akan memandikannya?" Tanya anak itu. Segeralah Rasulullah memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk
jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah
menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor
kepada Rasulullah S.A.W. Maka datanglah sendiri Rasulullah S.A.W ke rumah anak itu. Didoakan
kepada Allah sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia.
Kemudian Nabi menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya.
Betapa herannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah
kembali menjadi babi hutan. Melihat kejadian itu, Rasulullah menanyakan anak itu apa yang
dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya. "Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya,"
jawab anak itu. Kemudian Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, " |
||
|
Dosa manakah, minum minuman yang memabukkan, berzina atau membunuh.
Itulah teka-teki sebagai inti khutbah Khalifah Ustman bin Affan r.a. seperti
yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy, dalam khutbah Ustman itu mengingatkan umat
agar berhati-hati terhadap minuman khamr atau arak. Sebab minuman yang
memabukkan itu sebagai pangkal perbuatan keji dan sumber segala dosa. Dulu hidup seorang ahli ibadah yang selalu tekun beribadah ke masjid,
lanjut khutbah Khalifah Ustman. Suatu hari lelaki yang soleh itu berkenalan
dengan seorang wanita cantik. Kerana sudah terjatuh hati, lelaki itu menurut saja ketika disuruh
memilih antara tiga permintaannya, tentang kemaksiatan. Pertama minum khamr,
kedua berzina dan ketiga membunuh bayi. Mengira minum arak dosanya lebih
kecil daripada dua pilihan lain yang diajukan wanita pujaan itu, lelaki soleh
itu lalu memilih minum khamr. Tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak yang memabukkan itu malah
dia melanggar dua kejahatan yang lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri,
lelaki itu menzinai pelacur itu dan membunuh bayi di sisinya. "Kerana itulah hindarilah khamr, kerana minuman itu sebagai biang
keladi segala kejahatan dan perbuatan dosa. Ingatlah, iman dengan arak tidak
mungkin bersatu dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya harus keluar.
Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi
kebiasaan sampai akhir ayatnya, ia akan kekal di neraka." |
Seorang
lelaki dikenal sangat giat beribadah. Sayangnya ia selalu membuat orang menjadi
putus asa terhadap kasih sayang Allah. Hal itu dilakukan sampai ia menemukan
ajalnya.
Dalam riwayat itu
dikatakan, setelah lelaki itu mati lalu menuntut kepada Tuhan dari kekhusyukan
ibadahnya selama di dunia, "Tuhanku, apakah kebahagiaanku di
sisi-Mu?"
"Neraka," jawab
Allah.
"Tuhan, lalu di mana
balasan dari kerajinan ibadahku?" tanya lelaki itu keheranan.
"Bagaimana boleh. Di
dunia engkau selalu membuat orang berputus asa terhadap kasih-sayang-Ku, maka
hari ini Aku juga membuat engkau putus asa terhadap kasih sayang-Ku,"
jawab Allah.
'Amir
bin Said dari bapanya berkata bahwa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah
datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani
Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat.
Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.
Kemudian Rasulullah S.A.W
berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :
Setelah selesai beliau
berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang
bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam
tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi
ditolak.
1. Aku telah bermohon
kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang
berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
2. Aku telah bermohon
kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana
tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a).
Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
3. Aku telah bermohon
kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama
mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah
tidak diperkenankan (telah ditolak).
Apa yang kita lihat hari
ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini
orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang,
apakah ini cantik kita melihatnya ?
Dikisahkan
dalam sebuah kitab bahwa apabila tiba hari kiamat nanti maka akan keluar seekur
binatang dari neraka Jahannam yang digelar Huraisy, yang mana panjangnya ialah
jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat.
Apabila ia keluar maka
malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu
hendak mencari siapa?"
Lalu berkata Huraisy :
"Aku mencari
1. Orang yang tidak
mengerjakan solat.
2. Orang yang tidak mahu
mengeluarkan zakat.
3. Orang yang mendurhakai
kedua orang tuanya.
4. Orang yang suka minum
arak.
5. Orang yang sangat suka
bercakap-cakap dalam masjid hal dunia.
Rasulullah
S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat,
maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa
yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya,
dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul
Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah
bersabda bahwa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T,
antaranya :
1. Orang lelaki yang solat
sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang
mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang
menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang
melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum
arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang
suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang
mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang
sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka
makan riba'.
10. Orang yang solatnya
tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."
Sabda Rasulullah S.A.W yang
bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari
melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya
menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata :
"Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan
mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan
solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah
mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."
Dalam
sebuah hadis menerangkan bahwa Rasulullah S.A.W telah bersabda :
"Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan
mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya
semasa di dunia ini antaranya :-
� Allah S.W.T akan
menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
� Allah S.W.T mencabut nur
orang-orang mukmin daripadanya.
� Dia akan dibenci oleh
orang-orang yang beriman.
Tiga macam bahaya adalah
ketika dia hendak mati, antaranya :
� Ruh dicabut ketika dia di
dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
� Dia akan merasa yang amat
pedih ketika ruh dicabut keluar.
� Dia akan dirisaukan akan
hilang imannya.
Tiga macam bahaya yang akan
dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-
� Dia akan merasa susah
terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
� Kuburnya akan menjadi
cukup gelap.
� Kuburnya akan menghimpit
sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).
Tiga lagi azab nanti di
hari kiamat, antaranya :
� Hisab ke atsanya menjadi
sangat berat.
� Allah S.W.T sangat murka
kepadanya.
� Allah S.W.T akan
menyiksanya dengan api neraka.
Abu
Bakar r.a telah ditanya tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad,
maka berkata Abu Bakar r.a : "Ruh itu menuju ke tujuh tempat" :-
� Roh para nabi dan utusan
menuju ke syurga Adnin.
� Roh para ulama menuju ke
syurga Firdaus.
� Roh para mereka yang
berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.
� Roh para syuhadaa
berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.
� Roh para mukmin yang
berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari
kiamat.
� Roh anak-anak orang yang
beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
� Roh orang-orang kafir
akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari
kiamat.
Telah bersabda Rasulullah
S.A.W bahwa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh
para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" :-
� Orang-orang yang mati
syahid.
� Orang-orang yang
mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
� Orang yang puasa hari
Arafah.
Rasulullah
S.A.W telah bersabda bahwa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail
A.S. telah berkata kepadaku.
Berkata Jibril A.S. :
"Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap
hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa
dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail A.S. :
"Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari
telagamu."
Berkata pula Israfil A.S. :
"Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku
tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."
Malaikat Izrail A.S pula
berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh
mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para
nabi-nabi."
Apakah kita tidak cinta
kepada Rasulullah S.A.W.?
Dengan kisah yang
dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk
berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita
menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.
Jika
Nauf boleh menghidupkan kuda milik Birdlaun milik Raja Faris atas izin Allah,
maka Nabi Isa boleh menghidupkan orang yang sudah mati atas izin Allah juga.
Itulah mukjizat yang diberikan Allah kepada hamba-Nya untuk menunjukkan
kebesarannya.
Tapi dasar orang kafir,
walaupun Nabi Isa boleh menunjukkan mukjizat menghidupkan orang yang sudah
mati, mereka masih menyangkalnya. "Sesungguhnya engkau hanya dapat
menghidupkan mayat yang baru yang ada kemungkinan memang belum mati benar.
"
Kemudian Nabi Isa pergi ke
makam Sam dan Nuh. Setelah bersembahyang di atas kuburnya, Isa berdoa kepada
Allah meminta Allah menghidupkan mayat itu. Atas kekuasaan Allah kedua mayat
yang sudah lama meninggal it bangkit kembali dari kuburnya. Rambut di kepala
dan rambutnya sudah memutih.
Begitu melihat keduanya
hidup kembali, Isa bertanya, "Mengapa rambutmu sudah memutih semacam
itu,". Keduanya lalu menjawab bahwa mendengar panggilan Isa, ia mengira
hari kiamat sudah tiba. "Berapa lama kau sudah meninggal?" tanya Isa.
"Empat ribu tahun, tetapi sampai sekarang belum hilang rasa sakit
matiku." Jawabnya.Melihat mukjizat Allah, berimanlah semula orang-orang
yang kafir itu.
SHEIKH
ABDUL QADIR JAILANI adalah seorang alim ulama dan ahli sufi yang cukup dikenali
keutamaan dan kemuliaan ilmunya di kalangan umar Islam. Kerana sikapnya yang
warak atau dekat dengan Allah, banyak pengikutnya yang berlebih-lebihan
memuliakannya. Diceritakan suatu hari Sheikh Abdul Qadir jailani berjalan
merantau seorang diri. Dalam mengharungi
Saat itu diceritakan
terdengar suara ghaib di angkasa : "Hai Abdul Qadir, minumlah isi bejana
ini. Hari ini kami telah menghalalkan kamu makan dan minum semua yang selama
ini aku haramkan . Dan telah kugugurka semua kewajipan untukmu." Bunyi
suara ghaib itu.
Sebagai orang yang arif,
Abdul Qadir cukup tahu bahwa suara ghaib yang menyerupai wahyu itu cuma syaitan
yang menggoda keteguhan imannya. Maka marahlah ia dan berkata : "Hai
mal'un beredarlah engkau dari sini. Sesungguhnya aku tiada lebih mulia
dibandingkan dengan Nabi Muhammad S.A.W di sisi Allah Taala. Kepada Rasulullah
saja tidak mungkin berlaku ketentuan semacam itu. Barang yang diharamkan Allah
selamanya tetap haram, dan kewajipan hamba kepadanya tidak pernah digugurkan
termasuk pada diriku." Ujarnya tegas.
Selain
seorang nabi, Sulaiman a.s. juga seorang raja terkenal. Atas izin Allah ia
berhasil menundukkan Ratu Balqis dengan jin ifrit-Nya. Dia dikenal sebagai
manusia boleh berdialog dengan segala binatang. Dikisahkan, Nabi Sulaiman
sedang berkelana antara langit dan bumi hingga tiba di satu samudera yang
bergelombang besar. Untuk mencegah gelombang, ia cukup memerintahkan angin agar
tenang, dan tenang pula samudera itu.
Kemudian Nabi Sulaiman
memerintahkan jin Ifrit menyelam ke samudera itu sampai ke dasarnya. DI
Melihat kubah tanpa lubang
penuh permata dari dasar laut itu Nabi Sulaiman menjadi terlalu heran,
"Kubah apakah gerangan ini?" fikirnya. Dengan minta pertolongan
Allah, Nabi Sulaiman membuka tutup kubah. Betapa terkejutnya dia begitu melihat
seorang pemuda tinggal di dalamnya.
"Sipakah engkau ini?
Kelompok jin atau manusia?" tanya Nabi Sulaiman keheranan.
"Aku adalah
manusia", jawab pemuda itu perlahan.
"Bagaimana engkau
boleh memperolehi karomah semacam ini?" tanya Nabi Sulaiman lagi. Kemudian
pemuda itu menceritakan riwayatnya sampai kemudian memperolehi karomah dari
Allah boleh tinggal di dalam kubah dan berada di dasar lautan.
Diceritakan, ibunya dulu
sudah tua dan tidak berdaya sehingga dialah yang memapah dan menggendongnya ke
mana jua dia pergi. Si anak selalu berbakti kepada orang tuanya, dan ibunya
selalu mendoakan anaknya. Salah satu doanya itu, ibunya selalu mendoakan
anaknya diberi rezeki dan perasaan puas diri. Semoga anaknya ditempatkan di
suatu tempat yang tidak di dunia dan tidak pula di langit.
"Setelah ibuku wafat
aku berkeliling di atas pantai. Dalam perjalanan aku melihat sebuah terbuat
dari permata. Aku mendekatinya dan terbukalah pintu kubah itu sehingga aku
masuk ke dalamnya." Tutur pemuda itu kepada Nabi Sulaiman.
Nabi Sulaiman yang dikenali
boleh berjalan di antara bumi dan langit itu menjadi kagum terhadap pemuda itu.
"Bagaimana engkau
boleh hidup di dalam kubah di dasar lautan itu?" tanya Nabi Sulaiman ingin
mengetahui lebih lanjut.
"Di dalam kubah itu
sendiri, aku tidak tahu di mana berada. Di langitkah atau di udara, tetapi
Allah tetap memberi rezeki kepadaku ketika aku tinggal di dalam kubah."
"Bagaimana Allah
memberi makan kepadamu?"
"Jika aku merasa
lapar, Allah menciptakan pohon di dalam kubah, dan buahnya yang aku makan. Jika
aku merasa haus maka keluarlah air yang teramat bersih, lebih putih daripada
susu dan lebih manis daripada madu."
"Bagaimana engkau
mengetahui perbedaan siang dan malam?" tanya Nabi Sulaiman a.s yang merasa
semakin heran.
"Bila telah terbit
fajar, maka kubah itu menjadi putih, dari situ aku mengetahui kalau hari itu
sudah siang. Bila matahari terbenam kubah akan menjadi gelap dan aku mengetahui
hari sudah malam." Tuturnya. Selesai menceritakan kisahnya, pemuda itu
lalu berdoa kepada Allah, maka pintu kubah itu tertutup kembali, dan pemuda itu
tetap tinggal di dalamnya. Itulah keromah bagi seorang pemuda yang berbakti
kepada kedua orang tuanya.
Rasulullah
S.A.W pernah bersabda bahwa di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar.
Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan.
Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan
terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.
"Untuk siapa
kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?" tanya para sahabat.
"Untuk orang yang
mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada
yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta solat di waktu
malam saat manusia lelap dalam mimpinya."
"Siapa yang bertemu
temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan
salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai
berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan
selalu berpuasa. Mereka yang solat Isya' dan Subuh secara berjemaah, dengan
begitu bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur
lelap." Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.
KELEBIHAN UMAT RASULULLAH S.A.W MENURUT PANDANGAN NABI ADAM A.S
Disebutkan bahwa Nabi Adam A.S telah berkata,
"Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W
empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:
�� Taubatku hanya diterima di
�� Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila
aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku
telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah
S.W.T memberi mereka pakaian.
�� Ketika aku telah berderhaka kepada Allah
S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad
S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.
�� Memang benar aku telah derhaka kepada Allah
S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W
durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat
kepada Allah S.A.W.
Dalam
sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud
A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba
dia terpandang seekor ulat merah pada debu.
Lalu Nabi Daud A.S. berkata
pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"
Sebaik saja Nabi Daud
selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata.
Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. "Wahai
Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu
walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000
kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma
solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim'
setiap malam sebanyak 1000 kali.
Setelah ulat merah itu
berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. "Apakah yang
dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"
Akhirnya Nabi Daud
menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia
sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah
diri kepada Allah S.W.T.
Begitulah sikap para Nabi
A.S. apabila mereka mentedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera
mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang
berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah,
tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang
rendah kepada apa saja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita
tumpangi ini.
Pada
suatu hari ketika 'Uzair memasuki kebunnya yang menghijau dengan pokok-pokok
tamar dan tiba-tiba hatinya telah terpesona serta tertarik untuk memikirkan
rahsia keindahan dan keajaiban alam ini. Sesudah memetik buah-buahan dia pulang
dengan keldainya sambil menikmati keindahan-keindahan alam sekitarnya sehingga
keldai yang ditungganginya tersesat jalan. Setelah sekian lama barulah dia
sedar bahwa dia telah berada di suatu daerah yang tidak dikenali oleh beliau
serta sudah jauh dari negerinya sendiri.
Sebaik saja dia sampai ke
daerah itu dilihatnya kampung itu baru saja diserbu oleh musuh-musuh sehingga
menjadi rosak-binasa sama sekali. Di tapak atau bekas runtuhan terdapat
mayat-mayat manusia yang bergelimpangan yang sudah busuk serta hancur.
Melihatkan pemandangan yang mengerikan itu, dia pun turun dari keldainya dengan
membawa dua keranjang buah-buahan. Manakala keldainya itu ditambat di situ,
kemudian dia pun duduk bersandar pada dinding sebuah rumah yang sudah runtuh
bagi melepaskan penatnya. Dalam pada itu, fikirannya mula memikirkan mayat
manusia yang sudah busuk itu.
"Bagaimana orang-orang
yang sudah mati dan hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan kembali di negeri
akhirat?" begitulah pertanyaan yang datang bertalu-talu da tidak terjawab
olehnya sehingga dia menjadi lemah-longlai dan kemudian terus tertidur. Dalam
tidur itu, dia seakan-akan bertemu dengan semua arwah (roh-roh) orang-orang
yang sudah meninggal itu. Tidurnya amat luar biasa sekali, bukan hanya sejam atau
semalam, tetapi dia telah tidur terus-menerus tanpa bangun-bangun selama
seratus tahun lamanya.
Dalam masa dia tertidur
itu, keadaan di sekitarnya sudah ramai lapisan baru, rumah serta
bangunan-bangunan banyak yang telah didirikan. Dalam masa seratus tahun itu,
segala-galanya sudah berubah, manakal 'Uzair tetap terus tidur tersandar di
dinding buruk itu menjadi jasad (tubuh) yang tidak bernyawa lagi. Dagingnya
sudah hancur dan tulang belulangnya sudah hancur lebur berderai. Kemudian jasad
'Uzair yang telah mati, daging dan tulangnya yang sudah hancur itu disusun
kembali oleh Allah pada bahagiannya masing-masing lalu ditiupkan ruhnya. Dan
ketika itu juga 'Uzair hidup kembali seperti dahulu. 'Uzair terus berdiri
seperti orang yang bangun dari tidur lantas dia mencari keldai dan
buah-buahannya di dalam keranjang dahulu.
Tidak berapa lama kemudian,
turunlah beberapa malaikat seraya bertanya, "Tahukah engkau ya 'Uzair
berapa lama engkau tidur?" Tanpa berfikir panjang 'Uzair menjawab,
"Saya tertidur sehari dua ataupun setengah hari." Lalu malaikat pun
berkata kepadanya, "Bahwa engkau terdampar di sini genap seratus tahun
lamanya. Disinilah engkau berbaring, berhujan dan berpanas matahari,
kadang-kadang ditiup badai dan berhawa sejuk dan juga panas terik. Dalam masa
yang begitu panjang, makanan engkau tetap baik keadaannya. Tetapi
Berkata malaikat lagi,
"Lihatlah dan perhatikanlah sungguh-sungguh. Demikianlah kekuasaan Allah.
Allah dapat menghidupkan kembali orang yang sudah mati dan mengembalikan
jasad-jasad yang sudah hancur lebur dan dengan semudah itu pulalah Tuhan akan
membangkitkan semua manusia yang sudah mati itu nanti di akhirat untuk
diperiksa dan diadili segala perbuatannya. Hal ini diperlihatkan oleh Tuhan
kepada engkau supaya iman engkau tetap dan engkau sendiri dapat menjadi bukti
kepada manusia-manusia lain supaya engkau dan manusia-manusia lain tiada syak
dan ragu-ragu lagi tentang apa yang diterangkan Tuhan tentang akhirat
itu."
Setelah 'Uzair melihat
makanan dan keldainya yang sudah hancur itu, maka 'Uzair pun berkata,
"Sekarang tahulah saya bahwa Allah itu adalah berkuasa ke atas tiap-tiap
sesuatu." Tiba-tiba keldai yang sudah hancur berderai itu dilihatnya mulai
dikumpulkan daging dan tulangnya. Dan akhirnya menjadi seperti sediakala iaitu
hidup kembali bergerak-gerak dan berdiri sebagaimana sebelum mati. Maka 'Uzair
pun berkata, "Sekarang tahulah saya bahwa Allah berkuasa di atas
segala-galanya." Lalu dia pun terus mengambil keldainya dahulu dan terus
menunggangnya pulang ke rumahnya dahulu dengan mencari-cari jalan yang sukar
untuk dikenali. Dilihatnya segala-gala telah berubah. Dia
"Ya," jawab
perempuan itu. "Inilah rumah 'Uzair dahulu, tetapi 'Uzair telah lama pergi
dan tiada didengar berita tentangnya lagi sehingga semua orang pun lupa padanya
dan saya sendiri tidak pernah menyebut namanya selain kali ini saja." Kata
perempuan itu sambil menitiskan airmata. 'Sayalah 'Uzair," jawab 'Uzair
dengan pantas. "Saya telah dimatikan oleh Tuhan seratus tahun dahulu dan
sekrang saya sudah dihidupkan oleh Allah kembali." Perempuan tua itu
terkejut seakan-akan tidak percaya, lalu dia pun berkata, "'Uzair itu
adalah seorang yang paling soleh, doanya selalu dimakbulkan oleh Tuhan dan
telah banyak jasanya di dalam menyembuhkan orang yang sakit tenat." Sambunya
lagi, "Saya ini adalah hambanya sendiri, badan saya telah tua dan lemah,
mata saya telah pun buta kerana selalu menangis terkenangkan 'Uzair. Kalaulah
tuan ini 'Uzair maka cubalah tuan doakan kepada Tuhan suaya mata saya terang
kembali dan dapat melihat tuan."
"Uzair pun mendaha
kedua belah tangannya ke langit lalu berdoa ke hadrat Tuhan. Tiba-tiba mata
orang rua itupun terbuka dan dapat melihat dengan lebih terang lagi. Tubuhnya
yang tua dan lemah itu kembali kuat seakan-akan kembali muda. Setelah merenung
wajah 'Uzair dia pun berkata, "Benar, tuanlah 'Uzair. Saya masih
ingat." Hambanya itu terus mencium tangan 'Uzair lalu keduanya pergi
mendapatkan orang ramai, bangsa Israil. 'Uzair memperkenalkan dirinya bahwa
dialah 'Uzair yang pernah hidup di kampung itu lebih seratus tahun yang lalu.
Berita itu bukan saja
mengejutkan bangsa Israil, tetapi ada juga meragukan dan ada yang tidak percaya
kepadanya. Walau bagaimanapun berita itu menarik perhatian semua orang yang
hidup ketika itu. Kerana itu mereka ingin menguji kebenaran 'Uzair. Kemudian
datanglah anak kandungnya sendiri seraya bertanya, "Saya masih ingat bahwa
bapa saya mempunyai tanda di punggungnya. Cubalah periksa tanda itu. Kalau ada
benarlah dia 'Uzair." Tanda itu memang ada pada 'Uzair, lalu percayalah
sebahagian daripada mereka. Akan tetapi sebahagian lagi mahukan bukti yang
lebih nyata, maka mereka berkata kepada 'Uzair, "Bahwa sejak penyerbuan
Nebukadnezar ke atas bangsa dan negara Israil dan setelah tentera tersebut
membakar kitab suci Taurat, maka tiadalah seorang pun bani Israil yang hafal
isi Taurat kecuali 'Uzair saja. Kalau benarlah tuan Uzair, cubalah tuan
sebutkan isi Taurat yang betul."
'Uzair pun membaca isi
Taurat itu satu persatu dengan fasih dan lancar serta tidak salah walaupun
sedikit. Mendengarkan itu barulah mereka percaya bahwa sungguh benar itulah
'Uzair. Ketika itu, semua bangsa Israil punpercaya bahwa dialah 'Uzair yang
telah mati dan dihidupkan semual oleh Tuhan. Banyak di antara mereka yang
bersalam dan mencium tangan 'Uzair serta meminta nasihat dan panduan
daripadanya. Tetapi sebahagian daripada kaum Yahudi yang bodoh menganggap
'Uzair sebagai anak Tuhan pula. Maha Suci Allah tidak mempunyai anak samada
'Uzair mahupun Isa kerana semua makhluk adalah kepunyaan-Nya belaka. Janganlah
kita was-was tentang kekuasaan Allah, maka hendaklah dia fikir siapakah yang
menciptakan dirinya itu. Adalah mustahil sesuatu benda itu terjadi dengan
sendirinya tanpa ada yang menciptakan. Kalau masih ada orang yang ragu-ragu
tentang kekuasaan Allah, ubatnya hanya satu saja, hendaklah dia membaca dan
memahami al-Qur'an, was-was terhadap kekuasaan Allah itu hanya datangnya dari
syaitan.
Allah S.W.T telah
meletakkan komputer dalam kepala kita untuk berfikir, oleh itu gunakanlah akal
kita untuk berfikir.
Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami
sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu
bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"
Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan
tentang hari Kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu
tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-
Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada
bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat
apa saja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan,
sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah
orang kafir'. Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40
hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti
terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk,
asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.
Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini
akan keluar di
Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara
putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan
syariat Nabi Muhammad S.A.W. Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini
merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar.
Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh
Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung
banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal
walau pun setitik.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat
itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit
saja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di
merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya
diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli
mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq" Berkata Ali bin Abi Talib,
Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya saja, agama
hanya bentuk saja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan saja, mereka mendirikan
masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang
yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul
fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang
tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang
kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat
dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar
lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya,
lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam
masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana
ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah,
maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamata."
Syidad
bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang
menangis, lalu saya pun bertanya beliau, Ya Rasulullah, mengapa anda
menangis?"
Sabda Rasulullah S.A.W,
"Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan
syirik, ketahuilah bahwa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka
berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."
Rasulullah bersabda lagi,
"
Malaikat yang diserahi ke
langit berkata kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah kamu semua dan
pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan
tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap
amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah
(membuat sesuatu amal bukan kerana Allah)."
"Berlaku riak di
kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi
sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di
Malaikat penjaga membawa
amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga
terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah S.W.T. Mereka berhenti di
hariban Allah dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang
betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah.
Kemudian Allah S.W.T
berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah
(malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang
mengawasi dan mengetahui hatinya, bahwa sesungguhnya dia menghendaki amal ini
bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."
Ibrahim
al-Khawas ialah seorang wali Allah yang terkenal keramat dan dimakbulkan segala
doanya oleh Tuhan. Beliau pernah menceritakan suatu peristiwa yang pernah
dialaminya. Katanya, "Menurut kebiasaanku, aku keluar menziarahi Mekah
tanpa kenderaan dan kafilah. Pada suatu kali, tiba-tiba aku tersesat jalan dan
kemudian aku berhadapan dengan seorang rahib Nasrani (Pendita Kristian)."
Bila dia melihat aku dia
pun berkata, "Wahai rahib Muslim, bolehkah aku bersahabat denganmu?"
Ibrahim segera menjawab,
"Ya, tidaklah aku akan menghalangi kehendakmu itu."
Maka berjalanlah Ibrahim
bersama dengannya selama tiga hari tanpa meminta makanan sehinggalah rahib itu
menyatakan rasa laparnya kepadaku, katanya, "Tiadalah ingin aku
memberitakan kepadamu bahwa aku telah menderita kelaparan. Kerana itu berilah
aku sesuatu makanan yang ada padamu."
Mendengar permintaan rahib
itu, lantas Ibrahim pun bermohon kepada Allah dengan berkata, "Wahai
Tuhanku, Pemimpinku, Pemerintahku, janganlah engkau memalukan aku di hadapan
seteru engkau ini."
Belum pun habis Ibrahim
berdoa, tiba-tiba turunlah setalam hidangan dari langit berisi dua keping roti,
air minuman, daging masak dan tamar. Maka mereka pun makan dan minum bersama
dengan seronok sekali.
"Sesudah itu aku pun
meneruskan perjalananku. Sesudah tiga hari tiada makanan dan minuman, maka di
kala pagi, aku pun berkata kepada rahib itu, "Hai rahib Nasrani,
berikanlah ke mari sesuatu makanan yang ada kamu. Rahib itu menghadap kepada
Allah, tiba-tiba turun setalam hidangan dari langit seperti yang diturunkan
kepadaku dulu."
Sambung Ibrahim lagi,
"Tatkala aku melihat yang demikian, maka aku pun berkata kepada rahib itu
- Demi kemuliaan dan ketinggian Allah, tiadalah aku makan sehingga engkau
memberitahukan (hal ini) kepadaku."
Jawab rahib itu, "Hai
Ibrahim, tatkala aku bersahabat denganmu, maka jatuhlah telekan makrifah
(pengenalan) engkau kepadaku, lalu aku memeluk agama engkau. Sesungguhnya aku
telah membuang-buang masa di dalam kesesatan dan sekarang aku telah mendekati
Allah dan berpegang kepada-Nya. Dengan kemuliaan engkau, tiadalah dia memalukan
aku. Maka terjadilah kejadian yang engkau lihat sekarang ini. Aku telah mengucapkan
seperti ucapanmu (kalimah syahadah)."
"Maka sucitalah aku
setelah mendengar jawapan rahib itu. Kemudian aku pun meneruskan perjalanan
sehingga sampai ke Mekah yang mulia. Setelah kami mengerjakan haji, maka kami
tinggal dua tiga hari lagi di tanah suci itu. Suatu ketika, rahib itu tiada
kelihatan olehku, lalu aku mencarinya di masjidil haram, tiba-tiba aku
mendapati dia sedang bersembahyang di sisi Kaabah."
Setelah selesai rahib itu
bersembahyang maka dia pun berkata, "Hai Ibrahim, sesungguhnya telah
hampir perjumpaanku dengan Allah, maka peliharalah kamu akan persahabatan dan
persausaraanku denganmu."
Sebaik saja dia berkata
begitu, tiba-tiba dia menghembuskan nafasnya yang terakhir iaitu pulang ke
rahmatullah. Seterusnya Ibrahim menceritakan, "Maka aku berasa amat
dukacita di atas pemergiannya itu. Aku segera menguruskan hal-hal pemandian,
kapan dan pengebumiannya. Apabila malam aku bermimpi melihat rahib itu dalam
keadaan yang begitu cantik sekali tubuhnya dihiasi dengan pakaian sutera yang
indah."
Melihatkan itu, Ibrahim pun
terus bertanya, "Bukankah engkau ini sahabat aku kelmarin, apakah yang
telah dilakukan oleh Allah terhadap engkau?"
Dia menjawab, "Aku
berjumpa dengan Allah dengan dosa yang banyak, tetapi dimaafkan dan diampunkan-Nya
semua itu kerana aku bersangka baik (zanku) kepada-Nya dan Dia menjadikan aku
seolah-olah bersahabat dengan engkau di dunia dan berhampiran dengan engkau di
akhirat."
Begitulah persahabatan di
antara dua orang yang berpengetahuan dan beragama itu akan memperolehi hasil
yang baik dan memuaskan. Walaupun salah seorang dahulunya beragama lain, tetapi
berkat keikhlasan dan kebaktian kepada Allah, maka dia ditarik kepada Islam dan
mengalami ajaran-ajarannya."
Suatu
hari ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang
jendelanya masih terbuka, terdengar oleh beliau suara orang yang mengeluh dan
menangis tersedu-sedu. Keluhannya mengandungi kata-kata, "Aduhai, alangkah
malangnya nasibku ini, agaknya tiada seorang pun yang lebih
Mendengar keluhan itu, Abu
Hanifah berasa kasihan lalu beliau pun balik ke rumahnya dan mengambil
bungkusan hendak diberikan kepada orang itu. Sebaik saja dia sampai ke rumah
orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi wang kepada si
Pada keesokan harinya, Imam
Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan suara keluhan itu kedengaran lagi,
"Ya Allah Tuhan Yang Maha Belas Kasihan dan Pemurah, sudilah kiranya
memberikan bungkusan lain seperti kelmarin,sekadar untuk menyenangkan hidupku
yang melarat ini. Sungguh jika Tuhan tidak beri, akan lebih sengsaralah
hidupku, wahai untung nasibku."
Mendengar keluhan itu lagi,
maka Abu Hanifah pun lalu melemparkan lagi bungkusan berisi wang dan secebis
kertas dari luar jendela itu, lalu dia pun meneruskan perjalanannya. Orang itu
terlalu riang sebaik saja mendapat bungkusan itu. Lantas terus membukanya.
Seperti dahulu juga, di
dalam bungkusan itu tetap ada cebisan kertas lalu dibacanya, "Hai kawan,
bukan begitu cara bermohon, bukan demikian cara berikhtiar dan berusaha.
Perbuatan demikian 'malas' namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan
Allah. Sungguh tidak redha Tuhan melihat orang pemalas dan putus asa, enggan
bekerja untuk keselamatan dirinya. Jangan�.jangan berbuat demikian. Hendak
senang mesti suka pada bekerja dan berusaha kerana kesenangan itu tidak mungkin
datang sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang hidup tidak perlu atau
disuruh duduk diam tetapi harus bekerja dan berusaha. Allah tidak akan
perkenankan permohonan orang yang malas bekerja. Allah tidak akan mengkabulkan
doa orang yang berputus asa. Sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk
kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolongan Allah.
Insya Allah, akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa.
Nah�carilah segera pekerjaan, saya doakan lekas berjaya."
Sebaik saja dia selesai
membaca
Pada keesokan harinya, dia
pun keluar dari rumahnya untuk mencari pekerjaan. Sejak dari hari itu, sikapnya
pun berubah mengikut peraturan-peraturan hidup (Sunnah Tuhan) dan tidak lagi
melupai nasihat orang yang memberikan nasihat itu.
Dalam Islam tiada istilah
pengangguran, istilah ini hanya digunakan oleh orang yang berakal sempit. Islam
mengajar kita untuk maju ke hadapan dan bukan mengajar kita tersadai di tepi
jalan.
Pada
suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji, tertidur di Masjidil Haram. Dia
telah bermimpi melihat dua malaikat turun dari langit lalu yang satu berkata
kepada yang lain, "Berapa banyak orang-orang yang berhaji pada tahun
ini?"
Jawab yang lain, "Enam
ratus ribu."
Lalu ia bertanya lagi,
"Berapa banyak yang diterima ?"
Jawabnya, "Tidak
seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang sepatu dari Damsyik bernama
Muwaffaq, dia tidak dapat berhaji, tetapi diterima hajinya sehingga semua yang
haji pada tahun itu diterima dengan berkat hajinya Muwaffaq."
Ketika Abdullah bin Mubarak
mendengar percakapannya itu, maka terbangunlah ia dari tidurnya, dan langsung
berangkat ke Damsyik mencari orang yang bernama Muwaffaq itu sehingga ia
sampailah ke rumahnya. Dan ketika diketuknya pintunya, keluarlah seorang lelaki
dan segera ia bertanya namanya.
Jawab orang itu,
"Muwaffaq."
Lalu abdullah bin Mubarak
bertanya padanya, "Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan sehingga
mencapai darjat yang sedemikian itu?"
Jawab Muwaffaq,
"Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat kerana keadaanku, tetapi
mendadak aku mendapat wang tiga ratus diirham dari pekerjaanku membuat dan
menampal sepatu, lalau aku berniat haji pada tahun ini sedang isteriku pula
hamil, maka suatu hari dia tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ingin
makanan itu, maka aku pergi ke rumah jiranku dan menyampaikan tujuan sebenarku
kepada wanita jiranku itu.
Jawab jiranku, "Aku
terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak yatimku sudah tiga hari tanpa
makanan, kerana itu aku keluar mencari makanan untuk mereka. Tiba-tiba
bertemulah aku dengan bangkai himar di suatu tempat, lalu aku potong
sebahagiannya dan bawa pulang untuk masak, maka makanan ini halal bagi kami dan
haram untuk makanan kamu."
Ketika aku mendegar jawapan
itu, aku segera kembali ke rumah dan mengambil wang tiga ratus dirham dan
keserahkan kepada jiranku tadi seraya menyuruhnya membelanjakan wang itu untuk
keperluan anak-anak yatim yang ada dalam jagaannya itu.
"Sebenarnya hajiku
adalah di depan pintu rumahku." Kata Muwaffaq lagi.
Demikianlah cerita yang
sangat berkesan bahwa membantu jiran tetangga yang dalam kelaparan amat besar
pahalanya apalagi di dalamnya terdapat anak-anak yatim.
Rasulullah ada ditanya,
"Ya Rasullah tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila kuamalkan akan
masuk syurga."
Jawab Rasulullah,
"Jadilah kamu orang yang baik."
Orang itu bertanya lagi,
"Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahwa aku telah berbuat
baik?"
Jawab Rasulullah,
"Tanyakan pada tetanggamu, maka bila mereka berkata engkau baik maka
engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau jahat, maka engkau
sebenarnya jahat."
Abu
Bakar mempunyai seorang hamba yang menyerahkan sebahagian daripada pendapatan
hariannya kepadanya sebagai tuan. Pada suatu hari hambanya telah membawa
makanan yang dimakannya sedikit oleh Abu Bakar. Hambanya berkata, "Kamu
selalu bertanya tentang sumber makanan yang aku bawa, tetapi hari ini kamu
tidak berbuat demikian ?"
Abu Bakar menjawab,
"Aku terlalu lapar sehingga aku lupa bertanya. Terangkanlah kepada aku di
mana kamu mendapat makanan ini ?"
Hamba menjawab,
"Sebelum aku memeluk Islam, aku menjadi tukang tilik. Orang-orang yang aku
tilik nasibnya kadang-kadang tidak boleh membayar wang kepadaku. Mereka
berjanji membayarnya apabila saja memperolehi. Aku berjumpa dengan mereka hari
ini. Merekalah yang memberikan aku makanan ini."
Mendengar kata-kata
hambanya, Abu Bakar memekik, "Ah! Nyaris-nyaris kau bunuh aku."
Kemudian dia
Kata seorang pemerhati,
"Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasmu. Kamu telah bersusah-payah kerana
makanan yang sedikit."
"Aku sudah pasti
memaksanya keluar walaupun dengan berbuat demikian aku mungkin kehilangan
jiwaku sendiri. Aku mendengar Nabi berkata, "Badan yang tumbuh subur
dengan makanan haram akan merasai api neraka. Oleh kerana itulah maka aku
memaksa makanan itu keluar takut kalau-kalau ia menyuburkan badanku."