MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP)
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) terdiri daripada pelajar-pelajar yang dipilih melalui proses pilihanraya yang diadakan di Politeknik Melaka. Ianya terbuka kepada semua pelajar yang berdaftar di PMK KECUALI :
- Pelajar yang belum pernah menduduki peperiksaan pertama di politeknik termasuk pelajar semester 5 integrasi.
- Pelajar yang HPNMnya kurang daripada 2.75.
- Pelajar kursus sambilan.
- Pelajar yang pernah mengulang semester.
- Pelajar yang sedang menunggu keputusan perbicaraan tatatertib.
- Pelajar yang pernah dikenakan tindakan tatatertib.
- Pengecualian di atas adalah terbatal dengan kebenaran Ketua Eksekutif(KE) kecuali perkara 1 dan 2.
- Membantu pelajar mendapatkan kemudahan di samping memaksimumkan penggunaan kemudahan sedia ada.
- Berusaha mempelbagaikan aktiviti pelajar.
- Menggalakkan penyertaaan aktif pelajar dalam perlaksanaan setiap aktiviti yang dirancang.
- Menyalurkan segala permasalahan dan cadangan berhubung kebajikan pelajar kepada pihak pengurusan.
Ketua Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar
Ahmad Syukri Bin Mohamed Yunus
Maklumat lanjut, datang terus ke;
Tingkat 1, Jalan PPM 9
Like, Follow, Instagram Kami di
www.instagram.com/mpp_polimelaka
www.facebook.com/MajlisPerwakilanPelajarPMK