Dimaklumkan bahawa pihak Politeknik Jakarta , Politeknik Palembang & Politeknik Medan , Indonesia berminat menawarkan internship kepada para pelajar PMK semester akhir yang akan menjalani Latihan Industri pada Sesi Disember 2019 untuk menjalani latihan selama sebulan (1 bulan) di industri Indonesia.Â
Sehubungan itu, pelajar yg berminat utk menjalani program khas outbound mobility program SEAMEO-TVET ini boleh menghubungi Ketua Jabatan atau Penasihat Akademik masing-masing
Internship tersebut akan dijalankan pada 6 Mac 2020 sehingga 4 April 2020. Penginapan pelajar selama berada di sana akan ditanggung oleh pihak politeknik terbabit. Walaubagaimana pun tiket penerbangan, pengangkutan dan makan minum selama berada di sana adalah di bawah tanggungan pelajar.
Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 10 Disember 2019. Pelajar yang berjaya akan ditemuduga oleh pihak politeknik yang berkaitan.
Â
Sila muat turun borang di bawah untuk tindakan seterusnya.
Syarat Kelayakan program SEA TVET
Â
 borang pendaftaran Profil Pelajar
Â
Sebarang masalah sila hubungi Ketua Unit Pengantarabangsaan PMK (Pn. Marina binti Abu Bakar).
Â