Trendy:

Sumber : Mohd Aly Rajaie Bin Halim

 

Politeknik Melaka, 28 Julai 2018 – Politeknik Melaka telah menganjurkan satu kursus asas arduino internet of things (iot) pada 28 Julai 2018 bertempat di Politeknik Melaka. Seramai 20 orang peserta telah hadir ke kursus tersebut yang terdiri daripada guru-guru sekolah, pensyarah politeknik dan institut latihan perguruan serta masyarakat setempat. Objektif utama kursus ini dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang penggunaan “Arduino” sebagai sistem kawalan untuk aplikasi dalam internet of things (iot).

 

Selain itu, kemahiran para peserta diperkukuhkan melalui kemahiran dalam pembinaan aplikasi android untuk di kombinasikan dengan projek sebenar. Penganjuran program ini diharap dapat membantu peserta dalam meningkatkan bidang kawalan elektronik dan juga teknik-teknik pengaturcaraan Arduino. Secara keseluruhannya, peserta sangat berpuashati dengan kursus ini dan berharap dapat menyertai lagi kursus seumpama ini pada masa akan datang.

 

Politeknik Melaka juga menawarkan kursus-kursus pembelajaran sepanjang hayat yang lain dan terbuka kepada seluruh pelajar, kakitangan kerajaan dan juga individu-individu setempat dengan menawarkan harga yang sangat berpatutan. Kursus-kursus ini termasuk dalam bidang kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal, sains komputer, pengajian akaun, komunikasi bahasa inggeris dan juga ilmu pengajian islam. Untuk maklumat lanjut berkaitan kursus anjuran Politeknik Melaka, sila hubungi kami di talian 06-3376000 / 6117 (unit latihan dan pendidikan lanjutan) atau menerusi laman sesawang kami di http://www.polimelaka.edu.my

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

09681450
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
1318
9240
1318
9599004
228654
391321
9681450

Your IP: 10.24.1.254
2019-10-20 03:27
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email