Trendy:
Peta  Laman   Mengenai PMK
Soalan Lazim (FAQ)   Arkib
Dasar Privasi & Keselamatan   Sebutharga
e-Kursus Jangka Pendek   Sistem Pendaftaran Syarikat

 

 

Peta Laman Soalan Lazim
Program Kebolehpasaran Graduan  

 

Sistem 1L5G    

 

 

Sistem Dalam PMK

Sistem Pengurusan politeknik sistem document untuk warga PMK
sistem epergerakan untuk warga PMK sistem wifi PMK e-coaching & monitoring
  
Kursus Jangka Pendek PMK 

 

Sistem Luaran PMK 

Sistem tapisan kerajaan CGSO Sistem HRMIS Jabatan Perkhidmatan Awam Portal u-PUSTAKA Sistem E-Perolehan Kementeraian Kewangan Curriculum Information Document Online SystemCIDOS

  Sistem Pemantauan Pengurusan Aset Sumber Elektronik@PNM

 

Politeknik Melaka, 21-24 April 2018 - Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Melaka (PMK) menjalankan misi Program Sukarelawan dan Pengantarabangsaan dengan memberi tumpuan terhadap masyarakat dan komuniti setempat di bahagian Borneo iaitu di Miri, Sarawak dan Negara Brunei Darussalam. Program yang dijalankan ini telah mendapat sokongan dari Kolej Komuniti Miri, Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Unit Keusahawan PMK, Alumni PMK, Inkubator Aircond dan Elektrik PMK dan Kesukarelawan PMK.

 

Pengarah Program Sukarelawan dan Pengantarabangsaan Miri-Brunei,  Dr. Hjh. Rosnani binti Affandi berkata, ini adalah satu platform untuk menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan khususnya masyarakat yang berada di kawasan kampong. Kerja-kerja sukarelawan adalah seperti membuat penyelenggaraan pendawaian elektrik, membuat servis alat penyaman udara serta melaksanakan kerja-kerja am di masjid, tadika dan balai raya.  Menurutnya, program ini juga memberi peluang kepada pelajar di bawah Inkubator Aircond & Elektrik (A&E)  untuk mempraktikkan segala ilmu yang dipelajari di PMK ke dunia luar. Program ini juga bertujuan  mendekatkan warga PMK dengan komuniti di Borneo iaitu penduduk Kg. Muhibbah, Kuala Baram,  Miri Sarawak dan Kg Lumut di Brunei.

Peserta dalam program ini adalah terdiri daripada 14 orang pensyarah dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) dan 2 orang pensyarah dari Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK), 8 orang pelajar Diploma Kejuuteraan Elektronik (Kawalan) DJK dan 2 orang alumni PMK. 2 orang Alumni PMK telah mempunyai perniagaan sendiri iaitu syarikat Triple-C Lighting Enterprise, Malim dan BV Electrical Engineering & Construction, Alor Gajah. 11 orang pelajar dan 8 orang pensyarah dari Kolej Komuniti Miri, Sarawak juga bekerjasama dalam menjayakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Kuala Baram, Miri Sarawak.

 

Kampung Muhibbah, Kuala Baram ini telah dipilih sebagai lokasi CSR oleh Pejabat Residen Miri (Timbalan Residen Miri) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Miri melalui satu mesyuarat yang telah diadakan bersama pihak PMK, Pejabat Residen Miri, Jabatan Kebajikan Masyarakat Miri serta beberapa agensi lain pada November 2017.

 

Kerja kerja CSR di Kg Muhibbah bermula pada 21 hingga 22 April 2018 di Tadika Perpaduan, Balai Raya Lama dan Baru dan Masjid Kg. Muhibbah. Politeknik Melaka juga ada memberi sumbangan sebanyak RM300 kepada mangsa kebakaran di Kg Muhibbah, Kuala Baram. Penyerahan dilakukan pada Majlis Penutupan Program di Balai Raya Kg.Muhibbah yang diserahkan oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Tn. Hj. Zahidi bin Zamzuri kepada Ketua Kaum Kg Muhibbah, En Nordieen bin Yusof dengan disaksikan oleh Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga, En.Mohd Azib Amin Abdullah.

 

Kerja-kerja amal ini juga diteruskan di Negara Brunei Darussalam iaitu di Masjid Zainab, Kg.Lumut pada 23 April 2018 iaitu menjanlankan servis untuk 4 pendingin udara dan melakukan kerja-kerja am. Masjid Zainab dipilih kerana ia terletak lebih kurang 2km dari School of Science and Engineering Politeknik Brunei. Kedatangan warga PMK disambut oleh Tn. Awang Hj Sabli Hj Omar selaku Ahli Majlis Perundingan Kampong Lumut 1.

   

 

Selain melaksanakan kerja-kerja CSR, satu lawatan pengantarabangsaan dan akademik ke Politeknik Brunei juga telah dijalankan pada 23 April 2018.  Lawatan ini telah disambut oleh Sir Hj Mohammad Reizal Bin Mohammad Ali selaku Pemangku Ketua School of Science and Engineering, Politeknik Brunei, Kampus Lumut dan Sir Hj Ibrahim Bin Hj Mohamad Hashim selaku Ketua Program. Rombongan dari Politeknik Melaka dibawa ke makmal-makmal kejuruteraan untuk melihat fasiliti dan projek-projek pelajar.

    

  

        

   Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya dalam meningkatkan kemahiran dan mengaplikasikan pelajaran bagi kursus pendawaian elektrik untuk kebaikan komuniti dan mengukuhkan program perkhidmatan sosial melalui model penyertaan yang aktif antara pelajar dan masyarakat serta menggalakkan pendidikan yang padu dan rasa tanggungjawab sosial dalam diri pelajar. Dari aspek institusi, program ini dilihat dapat mempromosi TVET Malaysia khususnya Politeknik Malaysia di peringkat luar serta meningkatkan jalinan kerjasama dan jaringan kolaborasi antarabangsa dalam bidang TVET.

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

09681547
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
1415
9240
1415
9599004
228751
391321
9681547

Your IP: 10.24.1.254
2019-10-20 03:39
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email