Trendy:

Sumber : PPA PMK

4 Mei 2020, POLITEKNIK MELAKA - Seramai enam pelajar Politeknik Melaka yang terkandas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman masing-masing pada isnin yang lalu. Lima orang pelajar dihantar pulang ke Selangor dan seorang pelajar dihantar pulang ke Kuching, Sarawak.

  

Turut hadir memantau perjalanan pulang ini ialah Pn Hazira binti Salleh, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pembangunan Pelajar, Politeknik Melaka. Beliau memantau kelancaran ini dan dibantu oleh En. Mohd Isah, pegawai JHEPP sebagai pegawai pengiring pelajar ke Check Point di Uitm Lendu.

Terima kasih kepada semua agensi kerajaan seperti PDRM, Bomba dan agensi-agensi lain yang bersama-sama dalam menjayakan Ops Hantar Pulang Pelajar IPT ini serta kepada semua Jawatankuasa Politeknik Melaka yang terlibat sebagai sukarelawan bagi kelancaran program ini.

30 April 2020, Politeknik Melaka - Hari Ke-44 PKP menjadi hari terakhir buat En. Mohd Ariffin Bin Aman, Timbalan Pengarah Politeknik Melaka dalam berbakti kepada perkhidmatan awam. Tanggal 30 April 2020 menjadi hari bersejarah buat En. Mohd Ariffin yang akan bersara pilihan bermula 2 Mei 2020 dan detik-detik akhir beliau bergelar penjawat awam dirakamkan di saat PKP sedang berkuatkuasa di negara kita. Detik akhir beliau di Politeknik Melaka telah disaksikan oleh En. Charim Bin Ibrahim@Berahim, Pengarah Politeknik Melaka dan nota serah tugas beliau telah diserahkan kepada Tuan Pengarah pada 30 April 2020 di pejabat Pengarah, PMK.

En. Mohd Ariffin telah memulakan perkhidmatan sebagai Pegawai Pendidikan Siswazah pada 1 Ogos 1991 di Politeknik Kuching, Sarawak dan seterusnya dilantik menjadi Ketua Jabatan Matematik, Sains & Komputer di politeknik yang sama. Beliau kemudian telah meneruskan perkhidmatan di Politeknik Merlimau Melaka bermula pada 1 Februari 2004 sebagai Pegawai Pendidikan Siswazah dan seterusnya sebagai Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PMM. En. Mohd Ariffin kemudian telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah Politeknik Melaka pada 16 Disember 2011 sehingga ke hari ini. Perkhidmatan beliau selama 29 tahun ini sememangnya memberi banyak pengalaman dan kenangan yang bermakna kepada beliau dan juga kepada seluruh warga politeknik khususnya kepada warga PMK, PMM dan PKS yang pernah berkhidmat bersama beliau.

Seluruh warga Politeknik Melaka mengucapkan selamat bersara kepada En. Mohd Ariffin Bin Aman dan ucapan penghargaan terima kasih buat beliau di atas segala bakti khidmat beliau selama berada di Politeknik Melaka khususnya. Semoga En. Mohd Ariffin dapat menjalani kehidupan yang gembira bersama keluarga tercinta dan sentiasa di dalam lindunganNya.

“Di Asahan banyak kayu jati,

Jadi tumpuan seluruh Melaka,

Perpisahan ini sangat menyedihkan hati,

Banyak jasa tuan di POLITEKNIK MELAKA.‚ÄĚ

- Nukilan En. Charim Bin Ibrahim@Berahim -

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

12578537
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
10529
12157
10529
12474661
473585
347521
12578537

Your IP: 10.24.1.254
2020-05-31 22:21
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian Pengajian Tinggi Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email