Trendy:

29 MAC 2019, Melaka – Seramai 18 orang Pelajar Politeknik Melaka telah menerima Anugerah Kecemerlangan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar ke-27 bertemakan "Sequins & The Bow Tie" yang telah diadakan di Dewan CREaTE Alor Gajah Melaka.

Majlis anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf pelajar-pelajar yang aktif didalam penglibatan akademik dan aktiviti kokurikulum. Pelajar-pelajar yang menerima anugerah ini dihitung melalui markah penglibatan aktif mereka di peringkat Politeknik Melaka hinggalah ke peringkat Antarabangsa.

Pelajar semester 4 Jabatan Perdagangan, Muhammad Firdaus bin Junaidi telah menggondol anugerah tertinggi pelajar iaitu Anugerah Bitara dimana anugerah yang diidamkan setiap pelajar Politeknik Melaka . Anugerah ini diberikan kepada pelajar yang cemerlang didalam akademik dan bidang kepimpinan pengurusan acara bidang kesukarelawan, sukan dan kebudayaan, kerohanian dan aktif kelab persatuan.

Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah memenangi Anugerah Jabatan Paling Aktif dan Anugerah Jabatan Aktif Keusahawanan manakala manakala Jabatan Kejuruteraan Awam memenangi Anugerah Aktif Kesukarelawan.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar ke 27 yang dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar Majlis Perwakilan Pelajar telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En Mohd Ariffin bin Aman.

Kunjung hormat dan lawatan kerja Pengarah Politeknik Melaka ke pejabat Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah,YBhg.Tn Hj.Mansur bin Sudin telah diadakan pada hari selasa 2 April 2019. Pelbagai perkara telah dibincangkan bersama dan mendapat maklumbalas positif dari Datuk Bandar. Turut hadir sama Timb.Pengarah Sokongan Akademik,Peg.Perhubungan Awam dan juga Pen.Pegawai Tadbir Kanan PMK.

#pmkkecil2cilipadi

 

          

 

                                                              

Imbas QR Code di atas untuk memuat turun Buku Pelan Stategik Politeknik dan Kolej Komuniti 2018-2025, Buku Rangka Kerja TVET 4.0,  Buku Informasi Politeknik 2018, Buku Informasi Kolej Komuniti 2018 dan Buku Laporan Tahunan JPPKK.

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

07415801
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
10213
9741
10213
7337540
304952
324264
7415801

Your IP: 10.24.1.254
2019-04-21 21:00
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email