Trendy:

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berikutan peningkatn kes COVID-19 di beberapa daerah di negara ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengarahkan semua IPT menangguhkan dahulu urusan kemasukan pelajar baharu dan lama dari kawasan zon merah. Sehubungan dengan itu, siswa/siswi PMK daripada zon merah ditangguhkan pengajaran sehingga keadaan pulih dan akan diberitahu kelak. Walaubagaimanapun  siswa/siswi bukan daripada zon merah akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran bermula 5 Oktober 2020 (Isnin). Sebarang pertanyaan, sila hubungi JHEPP, Politeknik Melaka di talian, 06-3376058.

 

Sila rujuk surat yang disertakan dibawah untuk panduan dan makluman semua. 

 ->  Surat Arahan Kembali ke Kampus bagi pelajar peringkat Diploma dan Sijil Politeknik Sesi Jun 2020

-> Carta Alir Kemasukan pelajar pasca covid 19

 
Peta  Laman   Mengenai PMK
Soalan Lazim (FAQ)   Arkib
Dasar Privasi & Keselamatan   Sebutharga
      Sistem Pendaftaran Syarikat

 

 

Peta Laman Soalan Lazim
Program Kebolehpasaran Graduan  

 

Sistem 1L5G    

 

 

Sistem Dalam PMK

Sistem Pengurusan politeknik sistem document untuk warga PMK
sistem epergerakan untuk warga PMK sistem wifi PMK e-coaching & monitoring
  
Kursus Jangka Pendek PMK 
     

 

Sistem Luaran PMK 

Sistem tapisan kerajaan CGSO Sistem HRMIS Jabatan Perkhidmatan Awam Portal u-PUSTAKA Sistem E-Perolehan Kementeraian Kewangan Curriculum Information Document Online SystemCIDOS 3.5

  Sistem Pemantauan Pengurusan Aset Sumber Elektronik@PNM

 

  

20hb September 2020, Kampung Tanjung Dahan, Kuala Linggi - Telah berlangsung 1 program “Program Lestari:Cuci-cuci Masjid, Edaran Kotak Rezeki Ummat MyFundAction dan Santuni Asnaf dan Nelayan di Kampung  Tanjung Dahan. Program ini turut menggabungkan pihak Persatuan Alumni Politeknik Melaka, YADIM, MyFundAction, SWCorp, AV Bikers, Syarikat Bubbles, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal , Jabatan Kejuruteraan Elektrik PMK , ALAM dan masyarakat setempat. Pelbagai pengisian  telah disusun sepanjang satu hari program berjalan.

PAGOH, 22 September 2020 ‚Äď Satu sesi lawatan kerja ke Pusat Data & Pusat Kawalan Operasi CCTV, Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (SPK HPTP), Kementerian Pengajian Tinggi telah dianjurkan oleh Unit Teknologi Maklumat PMK. Lawatan tersebut telah diketuai oleh Pn. Haidar Nur Rifhan binti Basir, Ketua Unit Teknologi Maklumat dan turut disertai oleh Tn. Hj. Salleh bin Mohamed, Penolong Keselamatan PMK, En. Emran bin Talib, Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan serta 4 orang staf Unit Teknologi Maklumat dan wakil Ketua Unit Pembangunan Senggaraan. Kedatangan peserta lawatan telah dialukan oleh Tn. Hj. Khairil Anuar bin Karim, Pengarah SPK HPTP dan Dr. Siti Zubaidah binti Hj. Abu Bakar, Timbalan Pengarah SPK HPTP serta beberapa pegawai dan staf agensi tersebut.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat pengurusan pusat data dan sistem kawalan keselamatan CCTV di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh disamping menerima perkongsian berkaitan pengurusan keselamatan serta amalan baik yang dilaksanakan di agensi tersebut.

Para peserta lawatan juga telah dibawa untuk melihat pusat data SPK HPTP yang menyokong sistem rangkaian berpusat bagi 3 universiti awam dan 1 politeknik yang terdapat di bawah Hab Pendidikan Tinggi Pagoh ini. Disamping itu, para peserta juga telah dapat melihat dengan lebih dekat Pusat Kawalan Operasi CCTV SPK HPTP dan mendapat penerangan ringkas pengoperasian bilik tersebut.

  

 

Politeknik Melaka, 22 Sept. 2020 - Telah berlangsung POLYSEA 2019 (Anugerah Kecemerlangan Sukan Politeknik) bertempat di The Everly Putrajaya pada 21 Sept. 2020 (Isnin). Program ini merupakan anugerah dari Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti kepada atlet dan pegawai Politeknik sebagai penghargaan diatas sumbangan dan kecemerlangan mereka dalam pembangunan sukan di pentas kebangsaan dan antarabangsa selain menghargai jasa mereka untuk dijadikan dorongan dan motivasi kepada para athlete dan pegawai.

 

Tahniah diucapkan kepada Encik Mohamad Azwan Bin Ikhwat selaku penyelaras PKAT Hoki PMK yang telah tercalon dalam kategori Pengurus Terbaik POLYSEA 2019. Semoga dengan kejayaan beliau ini akan menjadikan dorongan dan motivasi kepada semua pengurus-pengurus sukan PMK untuk bergerak lebih cemerlang untuk kemajuan sukan PMK.

 

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

14206045
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
12537
14306
57888
14065558
12537
378826
14206045

Your IP: 10.24.1.254
2020-10-01 21:08
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian Pengajian Tinggi Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email