Trendy:
Peta  Laman   Mengenai PMK
Soalan Lazim (FAQ)   Arkib
Dasar Privasi & Keselamatan   Sebutharga
      Sistem Pendaftaran Syarikat

 

 

Peta Laman Soalan Lazim
Program Kebolehpasaran Graduan  

 

Sistem 1L5G    

 

 

Sistem Dalam PMK

Sistem Pengurusan politeknik sistem document untuk warga PMK
sistem epergerakan untuk warga PMK sistem wifi PMK e-coaching & monitoring
  
Kursus Jangka Pendek PMK 
     

 

Sistem Luaran PMK 

Sistem tapisan kerajaan CGSO Sistem HRMIS Jabatan Perkhidmatan Awam Portal u-PUSTAKA Sistem E-Perolehan Kementeraian Kewangan Curriculum Information Document Online SystemCIDOS 3.5

  Sistem Pemantauan Pengurusan Aset Sumber Elektronik@PNM

 

Sumber : Norzainariah Abu Hassan

Rombongan CESAC bergambar di papan tanda Firefly Kg Kuantan Kuala Selangor

20 Julai 2018, Kuala Selangor : Civil Engineering Students' Affairs' Club (CESAC) baru-baru ini telah menganjurkan program lawatan bertajuk Exploration to The Mysterious & Magical World of Fireflies di  Pusat Pelancongan Kelip-kelip Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Rombongan seramai 36 orang terdiri dari pelajar dan pensyarah pengiring dari Politeknik Melaka telah disambut dengan meriah oleh pihak Tenaga Nasional Berhad, Tuan Haji Mad Derus Bin Bunchit, Pegawai Eksekutif Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi, En. Amiza Bin Mohd Aris (Event Management) serta wakil dari Majlis Daerah Kuala Selangor, selaku badan yang membangunkan dan menguruskan ekosistem yang lestari bagi pemuliharaan populasi kelip-kelip dan habitatnya di Kampong Kuantan.

 Suasana di Jeti Kampung Kuantan, Kuala Selangor meriah apabila lebih 200 orang pelawat dari dalam dan luar negara beratur menunggu giliran menaiki sampan. Namun begitu, sebaik sahaja kaki melangkah ke dalam sampan keadaan menjadi sunyi sepi, pengunjung berdiam diri dalam kegelapan malam bagi menikmati keindahan kelipan cahaya kelip-kelip yang bergemerlapan di pohon berembang. Kelip-kelip spesies jenis 'Pteroptyx tener' merupakan satu-satunya kelip-kelip di dunia yang wujud dan tinggal di Kampung Kuantan selain dari Brazil.

 

 Pada hari ini, kelip-kelip diancam kepupusan di mana habitatnya, hutan paya laut sering dimusnahkan oleh pembangunan dan pelancongan tidak lestari. Kelip-kelip merupakan salah satu serangga yang menjadi penanda aras sesebuah ekosistem terutamanya di hutan paya laut. Kehadiran kelip-kelip memberi gambaran kepada ekosistem yang baik kerana kitar hidupnya adalah bersifat kompleks dan setiap peringkat kitaran bergantung kepada habitat serta keperluan persekitaran yang berbeza.

Pelancong dari seluruh dunia turut sama menikmati keindahan khazanah alam ini

Keunikan yang ada pada Kelip-kelip ini adalah pada ekornya, yang mengeluarkan kelipan cahaya. Apa yang menjadikan Kelip-kelip ini lebih unik ialah kelipan cahaya yang dikeluarkan oleh serangga ini adalah serentak pada setiap masa iaitu pada kadar 3 kelipan sesaat. Kelip-kelip jantan mengeluarkan cahaya yang lebih terang berbanding yang betina untuk tujuan menarik perhatian Kelip-kelip betina. Jangka hayatnya ialah antara 2 hingga 3 bulan.

 Pokok Berembang atau 'Sonneratia Caseolaris' adalah sejenis pokok bakau yang tumbuh liar di tebing Sungai Selangor yang merupakan sumber makanan kepada Kelip-kelip. Ia memerlukan keadaan cuaca yang lembap dan persekitaran berpaya. Selain daripada itu, pokok Berembang juga penting sebagai habitat serta bertindak sebagai penapis kotoran dan racun dan mengeluarkan air bersih untuk hidupan yang terdapat di dalam sungai. (Sumber: Portal Rasmi Majlis Daerah Kuala Selangor).

 

 Melalui lawatan ini pelajar dapat menambahkan pengetahuan mereka mengenai biodiversiti kelip-kelip, peranannya dalam ekologi, cabaran yang dihadapi dalam menangani kepupusannya dan kepentingan pemuliharaan habitatnya bagi melestarikan alam sekitar di samping menjana pendapatan penduduk setempat dalam sosioekonomi sebagai pusat tarikan pelancong.

Peserta CESAC merakamkan saat-saat keterujaan sebelum menaiki sampan di Sungai Selangor, Kg Kuantan

Pihak CESAC menyampaikan cenderahati kepada Pihak Koporat Tenaga Nasional berhad (TNB) selaku Penaja Utama Pusat Perlancongan Kelip-Kelip Kg kuantan Kuala Selangor

31 Mac 2018,Sabtu. Persatuan Alumni PMK telah menganjurkan program iaitu Majlis Pelancaran Kempen Anti Rasuah dan Makan Malam Alumni Politeknik Melaka (Meet Up and Gathering Vol 1) yang diketuai oleh saudara Mohamad Norikmal bin Jamal selaku Pengarah Program. Program ini adalah hasil dari kerjasama antara Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (SPR UTHM) dan Persatuan Alumni Politeknik Melaka. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Saad Bin Shukor iaitu Pengarah SPRM cawangan Batu Pahat. Antara mereka yang turut hadir ialah Tuan Haji Abdul Aziz bin Abu Bakar, Pengarah Politeknik Melaka, Encik Khairul Nizam bin Khairuddin, Pengerusi Persatuan Alumni Politeknik Melaka dan Cik Che Ku Afifah bt Che Ku Alam selaku penasihat Kelab Sekretariat Pencegahan Rasuah UTHM.

Objektif utama program ini dilaksanakan adalah bagi menjejak alumni-alumni dari Politeknik Melaka yang sedang melanjutkan pengajian di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia serta alumni-alumni yang berada di sekitar selatan tanah air. Selain itu, kempen anti rasuah yang dilancarkan dalam majlis ini juga merupakan sebuah platform untuk menyampaikan maklumat-maklumat terkini mengenai salah laku rasuah yang banyak diketengahkan di media sosial masa kini. Pada kesempatan yang sama, para alumni dapat mengutarakan hal-hal yang berkaitan untuk diambil tindakan oleh persatuan dan akhir sekali mewujudkan hubungan dua hala yang baik antara persatuan dan alumni yang dapat meningkatkan keberkesanan prestasi serta kredibiliti persatuan.

Seramai 51 orang alumni telah bersama-sama menghadirkan diri yang terdiri daripada pelajar UTHM dan juga alumni yang berada di kawasan sekitar selatan tanah air. Terdapat juga alumni yang sedang bertugas di Johor Bahru telah hadir ke UTHM bagi memeriahkan majlis ini. Majlis ini berjaya menarik perhatian para alumni yang hadir apabila dihidangkan dengan gimik perasmian yang menarik dari Sekretariat Pencegahan Rasuah UTHM mengenai pelancaran kempen anti rasuah dengan ‚Äėtagline‚Äô ‚ÄėJangan Hulur, Jangan Kawtim, Jangan Settle‚Äô. Majlis makan malam ini diserikan lagi melalui ucapan khas daripada Pengarah Politeknik Melaka kepada para alumni yang hadir memberikan sokongan kepada majlis ini. Perkara ini boleh diibaratkan sebagai pelepas rindu para alumni yang pastinya menggamit kenangan dan memori indah sewaktu berada di Politeknik Melaka.

Pertemuan para alumni Politeknik Melaka di majlis kali ini ternyata disambut baik dan meriah serta berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Diharapkan kerjasama seperti ini akan dapat dilaksanakan pada masa yang akan datang bagi meneruskan kesinambungan hubungan silaturrahim dan ukhuwah antara sesama ahli alumni Politeknik Melaka.  

20 Mac 2018, Politeknik Melaka¬†‚Äď Unit Penyelidikan, Inovasi & Komersialan pada semester ini telah berjaya mengadakan Hari Inovasi Politeknik Sesi Dis 2017. Program Hari Inovasi peringkat Politeknik Melaka merupakan satu program yang menjadi platform kepada pelajar dari setiap jabatan di Politeknik Melaka mempertandingkan hasil projek akhir yang terbaik dari setiap jabatan masing-masing. Pertandingan ini dipecahkan kepada 2 kategori iaitu kategori ‚Äúproduct based‚ÄĚ dan ‚Äúresearch based‚ÄĚ.

Bagi kedua-dua kategori ini, para peserta yang ¬†terlibat adalah terdiri daripada wakil kumpulan terbaik di peringkat jabatan yang dipilih mengikut kategori pertandingan tersebut. Ianya dinilai oleh panel jemputan luar yang terdiri dari pakar-pakar dalam bidang industri dan inovasi serta para pensyarah jemputan dari universiti berhampiran. Pada program kali ini, pemilihan 9 kumpulan terbaik dari tiga jabatan kejuruteraan bagi kategori ‚ÄėProduct Based‚Äô manakala 8 kumpulan terbaik dari Jabatan Perdagangan dan Jabatan Kej. Awam bagi kategori ‚ÄėResearch Based‚Äô.

Berikut adalah senarai keputusan pemenang Hari Inovasi Politeknik Melaka Sesi Disember 2017 :

KATEGORI PRODUK:

KEPUTUSAN

JABATAN

NAMA PRODUK

PELAJAR

PENYELIA

JOHAN

JKM

Eazyy BBQ

1.     Afiq Hafiz Bin Azrin

2.     Mohd Nabil Syatiri Bin Rahmat

3.     Darilyn Quek Lay Ling

Haizal Bin Mohd Hamzah

KEDUA

JKM

Outboard Boat Engine Lifter Trolley

1.    Muhammad Afizi Bin Amiruddin

2.    Nur Hanisah Binti Ros Zamri

3. Ahmad Zulkhairi Bin Ahmad Zulkifli

Md Saifuddin Bin Md Yusop

KETIGA

JKA

Easy Rostrum

1.     Norsuhada Binti Noradh'ar

2.     Norzalikha Binti Md Radzi

3.     Siti Suhaila Binti Mansor

Mohd. Din Bin Md Nor @ Abd. Latif

KATEGORI PENYELIDIKAN:

KEPUTUSAN

JABATAN

TAJUK PENYELIDIKAN

PELAJAR

PENYELIA

JOHAN

JKA

Lightweight Concrete Dengan Menggunakan Stryfoam Dan Kaca Sebagai Bahan Tambah

1.  Nurul Afiqah Binti Abu Bakar

2.  Muhamad Rasyhidi Bin Ramli

3.  Mohammad Alif Fahmi Bin Ya'kub

Norlydah Binti Othman Latpi

KEDUA

JP

Cabination Street Food Park: Food, Place And Food Safety.

1.         Nurul Izzati Binti Salleh

2.         Nurul Fatihah Binti Yayah

3.         Siti Anis Binti Zulfikri

4.         Yasmine Binti Yusri

Faridah Bt. Che In

KETIGA

JKA

Compressive Strength And Behaviour Of Cans With Poly Foam Masonry

1.    Mohamad Fahmie Bin Mokhtar

2.    Muhammad Amirul Bin Nasir

Sarinah Binti Ali

 

 

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

14137409
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
8985
11575
71851
13954882
322727
400598
14137409

Your IP: 10.24.1.254
2020-09-25 21:04
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian Pengajian Tinggi Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email