• KPI 100%
Trendy:

Sumber: Zariyah binti Abdullah

10 Mac 2020 ‚Äď Program STEAM (Science, Technology, Engineering, Arts and Mathematics) dilaksanakan di institusi dengan tujuan mendidik generasi muda supaya dapat menceburkan diri dalam bidang inovasi dan membentuk kemahiran dalam kerja yang berorientasikan kemahiran STEAM.

Program semakan semula pembangunan modul STEAM Algebra (Fasa 1) ini dijalankan bertujuan untuk berbincang dan menyemak semula hasil penulisan ketiga-tiga modul yang telah dihasilkan setakat ini oleh pensyarah Jabatan Matematik, Sains dan Komputer dengan kerjasama Pemerkasaan Kompetensi Akademik Siswa (PKAS), UKM. Untuk makluman, Program Lawatan Akademik ke Centre of STEM Enculturation, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan lawatan ke Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina telah dijalankan sebelum ini oleh JMSK. Disusuli dengan Bengkel Penulisan Modul STEAM Algebra yang diadakan pada 14 hingga 16 Ogos 2019 di Politeknik Melaka. Politeknik Melaka juga telah menandatangani perjanjian kerjasama antara PMK dan FKAB, UKM pada 14 Ogos 2019 yang lalu. Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) dalam proses menyiapkan 3 modul algebra yang berkonsepkan makanan, tempat dan permainan tradisional Negeri Melaka. Penghasilan modul ini secara tidak langsung dapat mempromosikan Melaka sebagai negeri yang wajib untuk dilawati.

 

 

 

 

Maklumat tambahan berkaitan Wabak COVID-19 , klik di sini. 

Sumber terkini, sila layari laman portal rasmi KKM : http://www.moh.gov.my 

Politeknik Melaka, 16 Mac 2020 - Politeknik Melaka dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) mengambil maklum perkembangan terkini berkaitan penularan jangkitan COVID-19 berdasarkan Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang melanda seluruh dunia. Sehubungan itu, pihak PMK dan JPPKK mengambil perhatian serius susulan perkembangan terkini wabak tersebut. Bagi memastikan kemaslahatan dan kebajikan warga Politeknik Melaka yang melibatkan warga kerja dan pelajar, satu mesyuarat tergempar telah diadakan pada 16 Mac 2020 bagi membincangkan langkah-langkah kesiapsiagaan yang perlu diambil oleh pihak PMK bagi menghadapi sebarang kemungkinan ekoran penularan wabak ini.

Pihak PMK menasihatkan semua warga agar mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dari semasa ke semasa. Semua warga PMK dikehendaki mengambil perhatian serius berkenaan gejala dan simptom berkaitan wabak COVID-19 ini dan mengambil langkah pencegahan yang disarankan. 

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11768753
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
1108
10214
49558
11611815
11322
386179
11768753

Your IP: 10.24.1.254
2020-04-02 02:04
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email