Trendy:

POLITEKNIK MELAKA, 21 FEBRUARI 2018 - Satu program Pensyarah Pelawat Industri (PPI) berkaitan penyelenggaraan penghawa dingin dan keusahawanan telah diadakan di Bilik Seminar dan Bengkel Projek, Politeknik Melaka. Program anjuran Jabatan Kejuruteraan Elektrik dengan kerjasama Unit Keusahawan Politeknik Melaka ini antara lain diadakan bertujuan bagi memberikan pendedahan tentang proses asas penyelenggaraan dingin dan juga keusahawanan. En. Abu Bakar bin Hj. Ahmad yang merupakan Pengurus BCOOL M&E Sdn. Bhd. telah dijemput bagi memberikan taklimat. Golongan sasaran program ini adalah pelajar-pelajar inkubator Aircond & Electrical (A&E), Jabatan Kejuruteraan Elektrik yang dilihat memerlukan kemahiran asas penghawa dingin dan juga asas-asas keusahawanan yang merupakan komponen penting dalam sesebuah inkubator. Kursus ini juga dihadiri oleh pelajar-pelajar daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal yang juga relevan dengan kursus yang diberikan. Program ini dapat memberi impak positif kepada pelajar-pelajar terlibat dalam usaha untuk meningkatkan pengetahuan teknikal pelajar di samping memberikan nilai tambah kepada pelajar. Elemen keusahawanan dan teknikal adalah sangat relevan diterapkan kepada pelajar-pelajar politeknik selaras dengan kedudukan politeknik sebagai peneraju tvet. Penglibatan pihak industri di dalam program ini telah membuka lebih banyak peluang kepada pelajar-pelajar serta politeknik sendiri untuk meningkatkan jaringan kolaborasi dan mendapatkan input-input yang terkini daripada industri. 

    

POLITEKNIK MELAKA, 05 Mac 2018 - Seramai 61 orang pelajar semester 4, program DAT (Diploma Akauntansi) Jabatan Perdagangan telah menyertai Program ‚ÄúPENSYARAH PELAWAT INDUSTRI‚ÄĚ (PPI) ANJURAN BERSAMA JABATAN PERDAGANGAN DAN ALUMNI bertempat di Dewan Kuliah 1,, Politeknik Melaka. Program tersebut telah¬†berlangsung¬†bermula jam 2.00 petang hingga 4:00 petang yang dikendalikan oleh pensyarah percukaian iaitu Puan Siti Zakiah Binti Abu Bakar, Puan Susantiana Binti Zakaria dan Puan Syareena Binti Mohd Salleh¬† Objektif program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta berkaitan isu-isu semasa mengenai perbezaan antara perancangan cukai dan pelarian cukai dalam kursus ‚ÄúMalaysian Taxation II‚ÄĚ. Program¬† ini telah di kendalikan oleh bekas pelajar Diploma Akauntansi (DAT) ¬†Tax Assisstant dari RS Associotes Sdn Bhd, iaitu Encik Alip Bin Hussin¬† bertajuk ‚ÄúTax Planning‚ÄĚ. Program seperti ini bersesuaian bagi memberikan pendedahan¬†secara jelas¬†kepada pelajar mengenai penyediaan dan pengiran percukaian syarikat dan isu semasa percukaian.

    

 

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

12659010
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
5250
12103
5250
12568008
79603
474455
12659010

Your IP: 10.24.1.254
2020-06-07 11:56
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian Pengajian Tinggi Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email