• KPI 100%
Trendy:

Sumber : Nur Ain Syafiqah Mohd Salleh

 

 Antara hadirin yang hadir bagi tidak melepaskan peluang mendengar dan melihat secara dekat ceramah oleh PU Azman.

 

Dewan Solat Masjid Al-Huda Tambak Balai Panjang, Melaka ‚Äď Pada 9 ogos 2018, Civil Engineering Student‚Äôs Affairs Club (CESAC) dengan kerjasaman Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah menganjurkan proram ceramah bertajuk Jihad Dalam Menuntut Ilmu (JIHAD IN EDUCATION) di Masjid Al-Huda Tambak Balai Panjang. Program ini dilaksanakan bersama komuniti setempat untuk mengetahui maksud jihad dalam konteks menuntut ilmu. Selain bagi menerangkan dengan jelas penjelasan jihad tidak tertumpu semata-mata terhadap peperangan di medan pertempuran sahaja. ¬†Program ini disertai oleh para pensyarah dan pelajar Politeknik Melaka serta ahli kariah setempat. Program ini telah berlangsung selama 2 jam iaitu dari 8.30 malam sehingga 10.30 malam. Secara keseluruhannya program ini telah mencapai objektif dengan jayanya dan berjalan dengan lancar. Program ini telah memberi banyak manfaat dan ilmu kepada para peserta. Tambahan lagi, program ini telah mendapat sambutan yang sangat memberansangkan dari warga Politeknik Melaka (PMK). Keseluruhan warga Politeknik Melaka (PMK) yang terlibat pada malam itu sangat berpuas hati dengan isi kupasan yang disampaikan oleh PU Azman disepanjang sesi berlangsung. Majlis ditangguhkan dengan penyampaian saguhati yang disampaikan oleh Pengerusi Masjid Al-Huda Tambak Balai Panjang Melaka.¬†

 

Penyampaian cenderahati disempurnakan oleh Pengerusi Masjid Al-Huda Tambak Balai Panjang Melaka diiringi Pengerusi CESAC Saudara Mohd Nazmi

 

 

Barisan Jawatankuasa Ceramah diketuai oleh Pengarah Program Mohd Syahir (Depan Kiri) bersama Penasihat CESAC Puan Nur Alwani Abdul Latif

3 Ogos 2018 (Jumaat) -  Bahagian Khidmat Pengurusan telah menganjurkan Majlis Bacaan Yassin dan Majlis Pertukaran Pn Siti Noorhaida Binti Nordin yang bertukar dari Unit Pentadbiran ke Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan, PMK berkuatkuasa pada 1 Ogos 2018. Majlis Bacaan Yassin telah diketuai oleh Ustaz Nazim Bin Zakaria, Ketua Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan. Turut hadir bersama En. Mohd Ariffin Bin Aman, Timbalan Pengarah (Sokongan & Akademik).

    

Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Ketua Unit Bahagian Khidmat Pengurusan yang baru iaitu Puan Hanim Binti Esa yang telah melapor diri pada 9 Julai 2018. Puan Hanim binti Esa mengucapkan terima kasih kepada semua staf BKP dalam membuat persediaan Majlis Bacaan Yassin pada kali ini. Pn Hanim juga memaklumkan, majlis seperti ini seharusnya dijadikan aktiviti mingguan di BKP. Dengan adanya majlis bacaan yassin ini dapat mengeratkan dan menjalinkan lagi ukhwah dikalangan staf.

  

Majlis diteruskan dengan ucapan yang dirai iaitu Puan Siti Noorhaida Binti Nordin. Majlis diakhiri dengan jamuan secara ‚Äėpotluck‚Äô yang disediakan oleh staf BKP.

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11780280
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
12635
10214
61085
11611815
22849
386179
11780280

Your IP: 10.24.1.254
2020-04-02 17:50
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email