Trendy:

31 Mac 2018,Sabtu. Persatuan Alumni PMK telah menganjurkan program iaitu Majlis Pelancaran Kempen Anti Rasuah dan Makan Malam Alumni Politeknik Melaka (Meet Up and Gathering Vol 1) yang diketuai oleh saudara Mohamad Norikmal bin Jamal selaku Pengarah Program. Program ini adalah hasil dari kerjasama antara Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (SPR UTHM) dan Persatuan Alumni Politeknik Melaka. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Saad Bin Shukor iaitu Pengarah SPRM cawangan Batu Pahat. Antara mereka yang turut hadir ialah Tuan Haji Abdul Aziz bin Abu Bakar, Pengarah Politeknik Melaka, Encik Khairul Nizam bin Khairuddin, Pengerusi Persatuan Alumni Politeknik Melaka dan Cik Che Ku Afifah bt Che Ku Alam selaku penasihat Kelab Sekretariat Pencegahan Rasuah UTHM.

Objektif utama program ini dilaksanakan adalah bagi menjejak alumni-alumni dari Politeknik Melaka yang sedang melanjutkan pengajian di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia serta alumni-alumni yang berada di sekitar selatan tanah air. Selain itu, kempen anti rasuah yang dilancarkan dalam majlis ini juga merupakan sebuah platform untuk menyampaikan maklumat-maklumat terkini mengenai salah laku rasuah yang banyak diketengahkan di media sosial masa kini. Pada kesempatan yang sama, para alumni dapat mengutarakan hal-hal yang berkaitan untuk diambil tindakan oleh persatuan dan akhir sekali mewujudkan hubungan dua hala yang baik antara persatuan dan alumni yang dapat meningkatkan keberkesanan prestasi serta kredibiliti persatuan.

Seramai 51 orang alumni telah bersama-sama menghadirkan diri yang terdiri daripada pelajar UTHM dan juga alumni yang berada di kawasan sekitar selatan tanah air. Terdapat juga alumni yang sedang bertugas di Johor Bahru telah hadir ke UTHM bagi memeriahkan majlis ini. Majlis ini berjaya menarik perhatian para alumni yang hadir apabila dihidangkan dengan gimik perasmian yang menarik dari Sekretariat Pencegahan Rasuah UTHM mengenai pelancaran kempen anti rasuah dengan ‚Äėtagline‚Äô ‚ÄėJangan Hulur, Jangan Kawtim, Jangan Settle‚Äô. Majlis makan malam ini diserikan lagi melalui ucapan khas daripada Pengarah Politeknik Melaka kepada para alumni yang hadir memberikan sokongan kepada majlis ini. Perkara ini boleh diibaratkan sebagai pelepas rindu para alumni yang pastinya menggamit kenangan dan memori indah sewaktu berada di Politeknik Melaka.

Pertemuan para alumni Politeknik Melaka di majlis kali ini ternyata disambut baik dan meriah serta berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Diharapkan kerjasama seperti ini akan dapat dilaksanakan pada masa yang akan datang bagi meneruskan kesinambungan hubungan silaturrahim dan ukhuwah antara sesama ahli alumni Politeknik Melaka.  

20 Mac 2018, Politeknik Melaka¬†‚Äď Unit Penyelidikan, Inovasi & Komersialan pada semester ini telah berjaya mengadakan Hari Inovasi Politeknik Sesi Dis 2017. Program Hari Inovasi peringkat Politeknik Melaka merupakan satu program yang menjadi platform kepada pelajar dari setiap jabatan di Politeknik Melaka mempertandingkan hasil projek akhir yang terbaik dari setiap jabatan masing-masing. Pertandingan ini dipecahkan kepada 2 kategori iaitu kategori ‚Äúproduct based‚ÄĚ dan ‚Äúresearch based‚ÄĚ.

Bagi kedua-dua kategori ini, para peserta yang ¬†terlibat adalah terdiri daripada wakil kumpulan terbaik di peringkat jabatan yang dipilih mengikut kategori pertandingan tersebut. Ianya dinilai oleh panel jemputan luar yang terdiri dari pakar-pakar dalam bidang industri dan inovasi serta para pensyarah jemputan dari universiti berhampiran. Pada program kali ini, pemilihan 9 kumpulan terbaik dari tiga jabatan kejuruteraan bagi kategori ‚ÄėProduct Based‚Äô manakala 8 kumpulan terbaik dari Jabatan Perdagangan dan Jabatan Kej. Awam bagi kategori ‚ÄėResearch Based‚Äô.

Berikut adalah senarai keputusan pemenang Hari Inovasi Politeknik Melaka Sesi Disember 2017 :

KATEGORI PRODUK:

KEPUTUSAN

JABATAN

NAMA PRODUK

PELAJAR

PENYELIA

JOHAN

JKM

Eazyy BBQ

1.     Afiq Hafiz Bin Azrin

2.     Mohd Nabil Syatiri Bin Rahmat

3.     Darilyn Quek Lay Ling

Haizal Bin Mohd Hamzah

KEDUA

JKM

Outboard Boat Engine Lifter Trolley

1.    Muhammad Afizi Bin Amiruddin

2.    Nur Hanisah Binti Ros Zamri

3. Ahmad Zulkhairi Bin Ahmad Zulkifli

Md Saifuddin Bin Md Yusop

KETIGA

JKA

Easy Rostrum

1.     Norsuhada Binti Noradh'ar

2.     Norzalikha Binti Md Radzi

3.     Siti Suhaila Binti Mansor

Mohd. Din Bin Md Nor @ Abd. Latif

KATEGORI PENYELIDIKAN:

KEPUTUSAN

JABATAN

TAJUK PENYELIDIKAN

PELAJAR

PENYELIA

JOHAN

JKA

Lightweight Concrete Dengan Menggunakan Stryfoam Dan Kaca Sebagai Bahan Tambah

1.  Nurul Afiqah Binti Abu Bakar

2.  Muhamad Rasyhidi Bin Ramli

3.  Mohammad Alif Fahmi Bin Ya'kub

Norlydah Binti Othman Latpi

KEDUA

JP

Cabination Street Food Park: Food, Place And Food Safety.

1.         Nurul Izzati Binti Salleh

2.         Nurul Fatihah Binti Yayah

3.         Siti Anis Binti Zulfikri

4.         Yasmine Binti Yusri

Faridah Bt. Che In

KETIGA

JKA

Compressive Strength And Behaviour Of Cans With Poly Foam Masonry

1.    Mohamad Fahmie Bin Mokhtar

2.    Muhammad Amirul Bin Nasir

Sarinah Binti Ali

 

 

 

Amanat KP JPPKK Tahun 2020

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11287814
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
13390
8713
13390
11185273
265617
364695
11287814

Your IP: 10.24.1.254
2020-02-23 21:28
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email