Trendy:

13 FEBUARI 2019: Aktiviti Codes @ MASTERCHEF PMK ini merupakan aktiviti yang memberi ruang kepada Jabatan Perdagangan mewakili Politeknik Melaka untuk memberi latihan dan pendedahan kepada pelajar-pelajar Politeknik Melaka untuk mengetahui cara-cara memasak masakan yang sihat di samping mendidik mereka ke arah berjimat cermat dalam perbelanjaan selain berkemahiran untuk memasak yang mungkin boleh dijadikan sebagai profesion mereka pada satu hari nanti. Aktiviti seperti ini akan menjadikan graduan lebih berdaya saing dan mampu berdikari tanpa perlu mengharapkan bantuan kerajaan. Ianya direalisasikan dalam setiap perancangan aktiviti oleh jabatan dan CODES agar selari dengan misi politeknik iaitu menghasilkan graduan yang seimbang melalui program pengajian yang dinamik dan mampan.

Melalui penganjuran program CODES @ MASTERCHEF PMK adalah diharapkan akan dapat menerapkan unsur-unsur budaya pelajar yang gemar memasak di rumah mereka sendiri dalam kalangan pelajar. Kesinambungan dari pada itu selepas mereka bergraduat mereka akan menjadi pelajar yang berjaya serta menjadi penyumbang kepada pembangunan negara. Secara keseluruhannya, program ini berpotensi untuk memberi impak yang positif kepada para pelajar yang terbabit dan memangkin penampilan pelajar yang berkaliber.

Satu lawatan kerja ke Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan  (JKKP) Negeri Melaka telah di adakan pada 12 Februari 2019. Lawatan ini  diketuai sendiri oleh Pengarah PMK iaitu En. Charim bin Ibrahim@Berahim bersama Timbalan Pengarah Sokongan Akademik iaitu En Mohd Ariffin bin Aman.  Objektif utama lawatan kerja tersebut adalah perbincangan mewujudkan jalinan kerjasama pintar diantara Politeknik Melaka  dengan pihak JKKP Negeri Melaka terutama berkaitan praktis keselamatan dan kesihatan. Selain itu, Politeknik Melaka dan JKKP Negeri Melaka juga mengadakan perbincangan berkaitan Program bersama yang boleh dilaksanakan diantara dua belah pihak serta Kerjasama Rakan Strategik dalam bidang penyelidikan, pertukaran teknologi dan kepakaran antara Politeknik Melaka dan JKKP Negeri Melaka. Semoga lawatan kerja ini  bakal memberian manfaat yang besar kepada Politeknik Melaka dalam melonjakkan  usaha Politeknik sebagai peneraju TVET peringkat serantau.

 

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

12550035
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
6453
17589
75374
12382492
445083
347521
12550035

Your IP: 10.24.1.254
2020-05-29 13:01
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian Pengajian Tinggi Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email