Trendy:

Melaka , 1 April 2019 - Majlis penyampaian hadiah Kuiz Mengenal Perpustakaan Anda anjuran  Unit Perpustakaan Politeknik Melaka (PMK) telah diadakan di aras 1 Perpustakaan dengan penuh meriah dan ringkas. Majlis yang mendapat kerjasama daripada Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar ini dianjurkan sempena Program Galakan Membaca yang telah diadakan di perpustakaan pada 4 hingga 15 Mac lalu.

Seramai  3 orang pemenang yang berjaya menjawab kuiz serta memberikan slogan terbaik telah terpilih menjadi pemenang. Hadiah telah disampaikan kepada pemenang  oleh En. Ariffin Bin Aman, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Politeknik Melaka diiringi Pustakawan, En. Hadi Mohd Nasarudin Bin Ali. Turut hadir menyerikan majlis, Pn. Nor Azah Binti Mat Sout, Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar Politeknik Melaka. Semoga dengan penganjuran aktiviti galakan membaca seperti ini, diharapkan semoga warga PMK dapat memupuk budaya membaca disamping menggalakkan penggunaan perkhidmatan perpustakaan secara optimum.

#MalaysiaMembaca

Galakan membaca  Galakan membaca

Satu lawatan kerja ke Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu telah diadakan pada awal febuari 2019.  Pelbagai perkara telah dibincangkan diantara pengarah PMK serta pengetua SMT Bukit Piatu yang dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Turut hadir sama Pn Hilmun bin Mohamed, Timbalan Pengarah Akademik, En Mohd Ariffin bin Aman Timbalan Pengarah Sokongan Akademik serta Pn. Hanim binti Esa, Penolong Pegawai Tadbir Politeknik Melaka.

 

                            

Imbas QR Code di atas untuk memuat turun Buku Pelan Stategik Politeknik dan Kolej Komuniti 2018-2025, Buku Rangka Kerja TVET 4.0,  Buku Informasi Politeknik 2018, Buku Informasi Kolej Komuniti 2018 dan Buku Laporan Tahunan JPPKK.

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

07415001
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
9413
9741
9413
7337540
304152
324264
7415001

Your IP: 10.24.1.254
2019-04-21 20:06
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email