Trendy:

27 April, Perlis - Pelajar RELASIS Politeknik Melaka telah menyertai 5th MALAYSIAN POLYTECHNIC RELASIS ANNUAL CAMP (5th MalPRAC 18)

PERINGKAT KEBANGSAAN yang telah diadakan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis pada 22 hingga 27 April 2018 yang mana

disertai seramai 23 orang pelajar PMK dan 2 orang staf pengiring. Penyertaan dalam program ini dapat mengeratkan hubungan diantara

pelajar PMK dengan masyarakat luar yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum dan dapat memupuk semangat cintakan tanah air,

selain dapat meningkatkan dan mengaplikasikan kemahiran bidang khusus yang dipelajari. Pelbagai aktiviiti telah disertai peserta

diantaranya Pertandingan Kawad Kaki, Relasis Run, Memanah, Malam Kebudayaan, Paintball dan khidmat bakti siswa. Selain itu

pelajar-pelajar kita juga dapat meningkatkan kerjasama dalam berpasukan, bertukar-tukar pendapat, pemikiran, melatih semangat

kepimpinan dan dapat berkongsi pengalaman bagi memantapkan diri pelajar dari segi keupayaan jasmani, mental, rohani dan emosi

kearah melahirkan masyarakat yang mempunyai modal insan yang tinggi.

Politeknik Melaka, 21-24 April 2018 - Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Melaka (PMK) menjalankan misi Program Sukarelawan dan Pengantarabangsaan dengan memberi tumpuan terhadap masyarakat dan komuniti setempat di bahagian Borneo iaitu di Miri, Sarawak dan Negara Brunei Darussalam. Program yang dijalankan ini telah mendapat sokongan dari Kolej Komuniti Miri, Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Unit Keusahawan PMK, Alumni PMK, Inkubator Aircond dan Elektrik PMK dan Kesukarelawan PMK.

 

Pengarah Program Sukarelawan dan Pengantarabangsaan Miri-Brunei,  Dr. Hjh. Rosnani binti Affandi berkata, ini adalah satu platform untuk menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan khususnya masyarakat yang berada di kawasan kampong. Kerja-kerja sukarelawan adalah seperti membuat penyelenggaraan pendawaian elektrik, membuat servis alat penyaman udara serta melaksanakan kerja-kerja am di masjid, tadika dan balai raya.  Menurutnya, program ini juga memberi peluang kepada pelajar di bawah Inkubator Aircond & Elektrik (A&E)  untuk mempraktikkan segala ilmu yang dipelajari di PMK ke dunia luar. Program ini juga bertujuan  mendekatkan warga PMK dengan komuniti di Borneo iaitu penduduk Kg. Muhibbah, Kuala Baram,  Miri Sarawak dan Kg Lumut di Brunei.

Peserta dalam program ini adalah terdiri daripada 14 orang pensyarah dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) dan 2 orang pensyarah dari Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK), 8 orang pelajar Diploma Kejuuteraan Elektronik (Kawalan) DJK dan 2 orang alumni PMK. 2 orang Alumni PMK telah mempunyai perniagaan sendiri iaitu syarikat Triple-C Lighting Enterprise, Malim dan BV Electrical Engineering & Construction, Alor Gajah. 11 orang pelajar dan 8 orang pensyarah dari Kolej Komuniti Miri, Sarawak juga bekerjasama dalam menjayakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Kuala Baram, Miri Sarawak.

 

 

Amanat KP JPPKK Tahun 2020

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11285574
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
11150
8713
11150
11185273
263377
364695
11285574

Your IP: 10.24.1.254
2020-02-23 19:10
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email