• KPI 100%
Trendy:

 

Sumber: Nur Adlina Azfariah binti Zul Kasnain

14 Julai 2018, Alai Melaka- Civil Engineering Students' Affairs Club (CESAC) telah menganjurkan Program Komuniti (CSR) Go Green bertempat di Sekolah Kebangsaan Alai, Melaka. Program ini dilaksanakan untuk membantu pihak sekolah mengindahkan kawasan persekitaran melalui aktiviti mengecat mural, kawasan kolam dan tembok sekolah. Program ini disertai oleh 6 orang pensyarah dan 54 orang pelajar daripada Jabatan Kejuruteraan Awam. Para sukarelawan yang terlibat amat komited meluangkan masa mereka dengan melakukan aktiviti CSR selama 9 jam, bermula seawal jam 7.30 pagi sehingga 5.00 petang. Program ini diketuai oleh pelajar semester 5 iaitu Thaneswaran a/l Santhirasagaran selaku Pengarah Program dengan bimbingan pensyarah iaitu Puan Sarinah binti Ali. Pelaksanaan program ini telah membuktikan bahawa para sukarelawan mempunyai kemahiran yang tersendiri, dan program ini adalah merupakan suatu platform yang tepat dalam usaha menyumbangkan tenaga serta kemahiran sebagai seorang ahli masyarakat. Di samping itu, program seumpama ini juga dapat mengukuhkan hubungan di antara pelajar, pensyarah dan komuniti. Semoga program yang dijalankan dapat memberikan impak positif kepada warga sekolah dengan persekitaran yang kelihatan lebih segar, selesa dan cantik. Untuk para sukarelawan, terima kasih atas komitmen anda dan semoga program ini menjadi permulaan ke arah pembentukan insan yang cemerlang!

            Sukarelawan gigih menjalankan aktiviti menceriakan keadaan persekitaran sekolah

 

 Keadaan pagar utama sekolah sebelum dan selepas aktiviti dijalankan.

 

Antara memori yang sempat dirakamkan para sukarelawan bergambar bersama pihak sekolah

 

 

 

 

 

 

 

 

Dari kiri Hasif, Ashraf, Pihak Penganjur (Baju Merah), Pegawai LUAS (Baju Biru), Pn Umavathy, Syah Syihaam dan Nazmie

 

Dari kiri Puan Norzainariah, Aqtaqullah, Pihak Penganjur (Baju Merah dan Biru), Triatmo Dendy, Khidhir dan Zulhilmi.

Bukan sekadar merangkul JUARA, bahkan memenangi Tempat ke-3 setelah JKA menghantar 2 kumpulan pada Pertandingan SKILL FIGHTER APPREANTICE GOLDEN HANDS 2018 anjuran bersama Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) pada 13 dan 14 Julai 2018 di Off River Storage (ORS) Bestari Jaya Selangor.

Pn Umavathy Arumugam bersama pelajarnya iaitu Muhammad Hasif Basar, Muhammad Ashraf Rohani@Zulkifli, Muhammad Syah Syihaam Mohammaddan, Muhammad Nazmie Nazrul Azhar dan Pn Norzainariah Abu Hassan bersama pelajarnya Aqtaqullah Abu Zahrem, Triatmo Dendy Santoso Sumar, Mohd Khidhir Ishak, Muhamad Zulhilmi Rosli membawa pulang Wang Tunai berjumlah RM800, Sijil Penyertaan dan piala iringan.

PMK TIGER dan PMK MOMENTUM masing-masing Berjaya menempatkan diri dikedudukan Juara dan Tempat ke-3 dari jumlah keseluruhan penyertaan sebanyak 19 kumpulan terdiri dari pelbagai Institusi Pengajian Awam dan Swasta di seluruh Negara.

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11870304
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
10434
12226
65540
11719195
112873
386179
11870304

Your IP: 10.24.1.254
2020-04-10 20:58
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email