Trendy:

Sumber : En. Ahmad Syukri bin Mohamed Yunus

 

 

ARENA Futsal Klebang, 4 Ogos 2018 (Sabtu) - Pertandingan Futsal EESTEC telah diadakan dengan jayanya bermula pada pukul 8.30pagi dan berakhir pada pukul 1.00tengahari. Menurut Pengarah Program, Muhammad Nasrulnizam Ashiri, Futsal EESTEC kali ini melibatkan penyertaan 15 pasukan yang disertai 120 orang pemain dan 20 orang ahli jawatankuasa yang terdiri daripada Pelajar Kelas DJK1A dan AJK EESTEC PMK.

 

Berikut adalah senarai pasukan yang telah memenangi pertandingan kali ini.

Ucapan TAHNIAH diucapkan kepada :

JohanBUDAK KAREN 1A

Naib Johan - ELEKTRO FT

Ketiga - WUKONG FT

Keempat - KOMA FT

 

Sekalung TAHNIAH juga diucapkan kepada semua peserta, Staf JKE yang memberikan sokongan, pengadil, AJK bertugas dan semua yang menjayakan program ini secara langsung dan tidak langsung.

SYABAS!!!

 

 

#teamdjkpmk

 

 

Politeknik Melaka, 26 Julai 2018 – Satu program yang diberi nama Sesi Menuju Puncak #teamdjkpmk telah diadakan bertempat di Dewan Serbaguna, PMK yang berlangsung selama 2 jam 30 minit iaitu bermula pukul 8.30malam dan berakhir pada 11.00malam. Program ini disasarkan kepada pelajar baharu DJK iaitu semester 1 yang terdiri daripada 4 kelas. Para pelajar diberi taklimat oleh penasihat EESTEC, En. Ahmad Syukri Bin Mohamed Yunus mengenai kepentingan menyertai pelbagai aktiviti di politeknik bagi membentuk kepimpinan dan jati diri. Selain menyasarkan kepada kecemerlangan akademik, para pelajar juga diberi suntikan semangat untuk bergiat aktif dalam setiap lapangan dan tidak mensia-siakan waktu di politeknik ini hanya dengan pergi dan masuk kelas sahaja. Tidak ketinggalan juga, beberapa orang pelajar yang cemerlang dalam akademik iaitu Lim Tiek Guan, Fazeera, Amirul Muhaimi dan Muhammad Akmal turut hadir bagi berkongsi tips untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Ianya sedikit sebanyak dapat membuka mata dan menjadi suntikan semangat kepada para pelajar semester 1.

Selain itu juga, En. Mohd Aly Rajaie Bin Halim selaku penasihat Inkubator Aircond & Electrical Wiring (A&E) JKE telah memperkenalkan barisan Team Leader inkubator sekali gus mempromosikan inkubator JKE ini. Penyertaan telah dibuka kepada para pelajar baharu dalam masa 24jam dan ianya berjaya menarik minat hampir 60% pelajar semester 1 menyertai inkubator ini.

Secara keseluruhannya, hampir seratus peratus pelajar semester 1 hadir ke program ini dan ini menunjukkan para pelajar yang begitu komited dan tidak ketinggalan juga, barisan-barisan JK inkubator A&E yang hadir menunjukkan semangat kewibawaan para pelajar #teamdjkpmk. TAHNIAH & SYABAS!

 

 

Amanat KP JPPKK Tahun 2020

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11277576
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
3152
8713
3152
11185273
255379
364695
11277576

Your IP: 10.24.1.254
2020-02-23 07:08
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email