Trendy:

Sumber : En. Mohd Aly Rajaie Bin Halim

 

Politeknik Melaka, 20 Mac 2018 ‚Äď Politeknik Melaka telah menganjurkan satu kursus asas ‚Äúarduino‚ÄĚ bertempat di Business Support Room (BSR), Politeknik Melaka. Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada murid-murid sekolah menengah dan juga warga sekitar Melaka telah menghadiri kursus ini dengan jayanya. Objektif utama kursus ini dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang penggunaan ‚ÄúArduino‚ÄĚ sebagai sistem kawalan bagi projek elektronik serta pembinaan litar elektronik dan aplikasinya. Di samping itu juga, kemahiran dalam teknik fungsi analog input, analog output dan sensor serta paparan data dengan menggunakan kod atau program yang telah ditetapkan dalam papan litar Arduino juga diterangkan secara teori dan praktikal. Akhir sekali, kemahiran para peserta diperkukuhkan melalui kerja-kerja penyambungan litar secara ‚Äúonline‚ÄĚ dan menggunakan papan litar.

 

Penganjuran program ini diharap dapat membantu peserta dalam meningkatkan bidang kawalan elektronik dan juga teknik-teknik pengaturcaraan arduino. Secara keseluruhannya, peserta sangat berpuas hati dengan kursus ini dan berharap dapat menyertai lagi kursus seumpama ini pada masa akan datang. Politeknik Melaka juga menawarkan kursus-kursus pembelajaran sepanjang hayat yang lain dan terbuka kepada seluruh pelajar, kakitangan kerajaan dan juga individu-individu setempat dengan menawarkan harga yang sangat berpatutan. Kursus-kursus ini termasuk dalam bidang kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal, sains komputer, pengajian akaun, komunikasi bahasa inggeris dan juga ilmu pengajian islam. Untuk maklumat lanjut berkaitan kursus anjuran Politeknik Melaka, sila hubungi kami di talian 06-3376000 / 6117 (unit latihan dan pendidikan lanjutan) atau menerusi laman sesawang kami di http://www.polimelaka.edu.my.

19 Mac 2018, Politeknik Melaka - Civil Engineering Students’ Affairs Club (CESAC) pada semester ini telah berjaya menjalankan beberapa program CSR. Pada 14 Mac 2018 lepas, CESAC telah menjayakan program Gotong-royong @NASOM bertempat di Bukit Peringgit, Melaka. Objektif utamanya adalah untuk membantu tenaga kerja NASOM menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pelbagai kerja dalam dan luar bangunan. Selain itu, CESAC bersama-sama dengan pelajar autisme melakukan aktiviti menanam pokok di sekitar NASOM. 

       

        Pada 26 Februari 2018, program Free Breakfast untuk pelajar-pelajar Politeknik Melaka. Usahasama ini telah dijalinkan antara CESAC dan Sukarelawan Politeknik Melaka. Pelaksanaan program Free Breakfast yang dikendalikan oleh pihak CESAC ini bertujuan membantu para pelajar PMK agar dapat menjalani sesi pembelajaran dengan selesa dan bertenaga.   

      

      Pada 24 Februari 2018 juga CESAC telah menabur jasa dan kemahiran di Sekolah Rendah Cheng, Melaka. Kali ini CESAC telah bekerjasama dengan Sukarelawan dan Relasis Politeknik Melaka dan program ini diberi nama Berbakti Demi Komuniti. Aktiviti yang dijalankan ialah mengecat dinding sekolah, membersihkan surau, membasuh kolam ikan dan membersihkan longkang sekolah. Program ini juga, dilaksanakan untuk memberi kemahiran kepada pelajar-pelajar Politeknik Melaka dan seterusnya mendedahkan mereka kepada kerja-kerja komuniti. 

       

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

12552397
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
8815
17589
77736
12382492
447445
347521
12552397

Your IP: 10.24.1.254
2020-05-29 17:22
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian Pengajian Tinggi Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email