Trendy:

Sumber : Zariyah Binti Abdullah

POLITEKNIK MELAKA, 8 Mac - 20 Mac 2018 Program EKSA Crossword Puzzle telah diadakan dengan kerjasama JK Promosi EKSA dan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) PMK dan anjuran bersama JK Induk EKSA. Idea utama bagi program ini adalah untuk mewujudkan kesedaran pelaksanaan EKSA di politeknik dan memupuk sikap sentiasa menjaga kebersihan serta mewujudkan persekitaran yang bersih dan selamat di kalangan pelajar.

 

  

 

Rajah 1: Penyampaian hadiah  kepada pemenang oleh Pengarah pada 20 Mac 2018

 

 

                       Rajah 2 : Penyertaan dari para pelajar PMK

 

Program telah berlangsung pada 8 Mac 2018, jam 12.00 tengah hari sehingga jam 2.00 petang di Pusat Pelajar PMK. Seramai 18 orang peserta telah mendaftarkan diri dan 14 orang peserta yang menghantar penyertaan. Semua peserta telah diberikan sehelai kertas soalan teka silang kata dan dibenarkan untuk melayari web PMK untuk mencari jawapan. Peserta yang terpantas menjawab dengan betul adalah pemenang. Semua penyertaan telah disemak oleh juri dalaman yang dilantik oleh Politeknik Melaka. Majlis penyerahan hadiah telah dijalankan pada 20 Mac 2018 di dewan serbanguna PMK dan disampaikan oleh Pengarah PMK. Program ini bertujuan untuk mendedahkan amalan EKSA di kalangan pelajar PMK, meningkatkan kualiti persekitaran di PMK supaya sentiasa kondusif dan melahirkan graduan yang berkualiti dan holistik. Politeknik Melaka dalam proses menuju ke arah pensijilan EKSA oleh pihak Audit MAMPU yang dijangka akan dipohon pada tahun 2018. Terdapat 11 Zon di PMK yang mana hampir keseluruhan Zon adalah terlibat secara langsung dengan pelajar. Setiap Zon perlu melalui langkah 5S serta perlu memenuhi semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak MAMPU bagi mencapai pensijilan ini. Kesedaran EKSA dikalangan pelajar perlu dititikberatkan supaya persekitaran politeknik sentiasa bersih, kemas dan teratur. Pada masa yang sama para pelajar dapat memberi sumbangan dan memainkan peranan mereka sebagai sebahagian komponen yang penting di Politeknik Melaka.

 

 Sumber : Mohammed Farid bin Ishak

28 Mac 2018, Kuala Lumpur - Pada 28 Mac 2018, PMK telah memenangi tempat Kedua dalam pertandingan IBS Challenge bersempena Malaysia International IBS Exibition 2018 (MIIE’18) yang berlangsung di CIDB Convention Centre, Kuala Lumpur. Penganjuran MIIE’18 adalah bersempena International Construction Week 2018 (ICW’18) yang berlangsung dari 26 sehingga 30 Mac 2018. Dalam pertandingan IBS Challenge yang berlangsung selama 2 jam dan melibatkan 8 Check Point, para peserta diuji dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan IBS. Para peserta PMK terdiri daripada 19 orang pelajar DKA semester 2 yang mengambil kursus DCC2052 – Introduction to IBS. Mereka diiringi dan dibantu oleh para pensyarah JKA iaitu Pn. Nur Alwani Bt. Abd Latif, Pn. Tengku Juliani Bt. Tengku Mamat dan En. Mohammed Farid B. Ishak.

Keputusan penuh IBS Challenge MIIE’18 sesi 1 28/03/2018:

Pertama                : Universiti Malaya (UM)

Kedua                   : Politeknik Melaka (PMK)

Ketiga                   : Taylor’s University

Keempat               : UiTM Seri Iskandar

Kelima                  : UiTM Shah Alam

 

 Diharapkan PMK akan dapat menyertai lagi pertandingan berbentuk menguji pengetahuan dan kemahiran di masa hadapan.

 

Amanat KP JPPKK Tahun 2020

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11325971
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
7226
17160
51547
11185273
303774
364695
11325971

Your IP: 10.24.1.254
2020-02-26 11:45
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email