Trendy:

Sumber : Puan Zaihan Binti Haron

Politeknik Melaka, 26-27 Mac 2018 -  Politeknik Melaka (PMK) telah menerima Pensijilan ISO 9001:2015 dari Badan Pensijilan Antarabangsa iaitu Llyod’s Register Quality Assurance (LRQA) setelah melalui Audit Transisi ISO 9001:2008 kepada 9001:2015 pada 26 Mac 2018 yang lalu.

 

 

Dua orang juru audit dari LRQA iaitu En. Mohd Ramli Daud dan En. Mohd Firdaus telah menjalankan sesi pengauditan di PMK pada tarikh di atas. Skop pengauditan adalah seperti mana yang dikehendaki oleh standard ISO 9001:2015 dan juga merujuk kepada Prosedur Pemberian Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Prosedur Sokongan (PS) yang telah digunapakai di PMK pada bulan Ogos yang lalu. Aspek yang diberi penekanan adalah aspek Pengurusan Risiko dan Peluang yang mana kriteria baru yang diperkenalkan dalam Standard ISO 9001:2015 dan ia sememangnya memberikan impak yang besar kepada Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) di PMK secara keseluruhannya.

 

 

 

 

Sesi pengauditan yang berlangsung selama dua hari itu, diakhiri dengan Mesyuarat Penutup Audit yang dihadiri oleh  barisan pengurusan atasan PMK, pada sesi petangnya, di mana juru audit  membentangkan dapatan audit dan menyaksikan PMK telah melepasi sesi pengauditan transisi tersebut tanpa sebarang ketakakuran dan penemuan. Kejayaan PMK ini merupakan hasil kerjasama dan komitmen yang jitu dari staf PMK secara menyeluruh. Pengarah PMK, Tuan Haji Abdul Aziz bin Abu Bakar sangat berbesar hati dengan Pensijilan ISO 9001:2015 tersebut dan beliau mengucapkan syabas dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua staf PMK.

 

 

 

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

12641023
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
12774
12442
73015
12474661
61616
474455
12641023

Your IP: 10.24.1.254
2020-06-05 22:52
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian Pengajian Tinggi Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email