Trendy:

Sumber : En. Mohd Aly Rajaie Bin Halim

 

Politeknik Melaka, 20 Mac 2018 – Politeknik Melaka telah menganjurkan satu kursus asas “arduino” bertempat di Business Support Room (BSR), Politeknik Melaka. Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada murid-murid sekolah menengah dan juga warga sekitar Melaka telah menghadiri kursus ini dengan jayanya. Objektif utama kursus ini dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang penggunaan “Arduino” sebagai sistem kawalan bagi projek elektronik serta pembinaan litar elektronik dan aplikasinya. Di samping itu juga, kemahiran dalam teknik fungsi analog input, analog output dan sensor serta paparan data dengan menggunakan kod atau program yang telah ditetapkan dalam papan litar Arduino juga diterangkan secara teori dan praktikal. Akhir sekali, kemahiran para peserta diperkukuhkan melalui kerja-kerja penyambungan litar secara “online” dan menggunakan papan litar.

 

Penganjuran program ini diharap dapat membantu peserta dalam meningkatkan bidang kawalan elektronik dan juga teknik-teknik pengaturcaraan arduino. Secara keseluruhannya, peserta sangat berpuas hati dengan kursus ini dan berharap dapat menyertai lagi kursus seumpama ini pada masa akan datang. Politeknik Melaka juga menawarkan kursus-kursus pembelajaran sepanjang hayat yang lain dan terbuka kepada seluruh pelajar, kakitangan kerajaan dan juga individu-individu setempat dengan menawarkan harga yang sangat berpatutan. Kursus-kursus ini termasuk dalam bidang kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal, sains komputer, pengajian akaun, komunikasi bahasa inggeris dan juga ilmu pengajian islam. Untuk maklumat lanjut berkaitan kursus anjuran Politeknik Melaka, sila hubungi kami di talian 06-3376000 / 6117 (unit latihan dan pendidikan lanjutan) atau menerusi laman sesawang kami di http://www.polimelaka.edu.my.

 

 Maklumat Pendaftaran siswa Baru Politeknik Melaka Sesi Jun 2020

 

klik di sini

Sekian, terima kasih.

 

 Maklumat Pendaftaran siswa Senior Politeknik Melaka Sesi Jun 2020

 

klik di sini

Sekian, terima kasih.

 

Jabatan Pembanguan dan Hal Ehwal Pelajar

 

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

13149048
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
1503
12548
40487
13022930
177500
392141
13149048

Your IP: 10.24.1.254
2020-07-15 03:10
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian Pengajian Tinggi Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email