Trendy:

Sumber : En. Ahmad Syukri & Cik Badariah

 

Politeknik Melaka, 19hb Disember 2017 (Selasa) - EESTEC dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) telah mengadakan Program GPS berusahasama dengan Unit Pengurusan Psikologi dan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) bagi mengukuhkan kualiti pelajar dan menyuburkan semangat #teamdjkpmk JKE. Program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar gaya pembelajaran di IPT, teknik mengambil nota secara berkesan dan cara menggunakan kalkulator dengan kaedah yang betul. Bilangan peserta kursus adalah seramai 23 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) dari semester 2 hingga ke semester 6.

 

Perasmian penutup program telah disempurnakan oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik, PMK Tuan Hj. Zahidi bin Zamzuri yang mencetuskan idea program yang julung2 kali diadakan ini. Majlis penutup dikendalikan oleh penasihat EESTEC En. Ahmad Syukri bin Mohamed Yunus dan En. Mohd. Nezuan bin Othman.