Trendy:

 

Pada 06 hingga 20 November 2016 bertempat di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) Johor, telah berlangsung satu pertandingan Malaysian Polytechnic Territorial Army Annual Camp (MALPTAAC) 11/2016. Sebanyak 17 buah politeknik telah mengambil bahagian tidak terkecuali Politeknik MELAKA (PMK).

PMK telah menghantar seramai 35 orang pelajar diiringi oleh En Mohamed Nasir bin Alwi. Pelbagai aktiviti yang dipertandingkan antaranya, pertandingan kawad kaki dan senjata, menembak M-16, Road Relay dan sukan.

Pencapaian pelajar PMK tidak kurang hebatnya di mana dalam acara menembak (praktis 2) kategori individu lelaki mendapat tempat ke 3 dan ke 6 manakala kategori individu wanita mendapat tempat ke 5. Dalam acara road relay keseluruhannya mendapat tempat ke 7 daripada 17 penyertaan. Dalam acara sukan petanque, pelajar PMK mendapat tempat ke 4 daripada 17 penyertaan.

Tahniah dan syabas PMK!!!!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

¬†16-17 November 2016 ‚Äď Seramai 20 orang pensyarah Politeknik Melaka (PMK) telah¬† menyertai kursus ‚ÄėPengenalan Kepada Biodiversiti Marin‚Äô anjuran Unit Sukan dan Kokurikulum PMK di UKM Bangi dan Pusat Ikan Hiasan Port Dickson.

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pensyarah tentang perkembangan biodiversity marin di Malaysia, pendedahan kepada terumbu karang dan pendedahan kepada aktiviti selam scuba.

Pensyarah PMK telah didedahkan kepada aktiviti teori dan amali selam scuba  oleh jurulatih dari Kolej Komuniti Jelebu, En. Ahmad Fariz bin Fauzi dan En. Zakariyah bin Salim dari Ombah Diver Training Centre.

Hidupan marin di Malaysia berkaitan kuda laut, penyu, terumbu karang  serta hidupan marin yang lain juga diberi pendedahan yang lebih terperinci oleh En. Nawar bin A. Karim, pegawai perikanan dari Pusat Ikan Hiasan, PD. Dengan melihat sendiri hidupan marin, pensyarah juga diberi penerangan berkaitan terumbu karang dan cara-cara penanamannya serta diberi peluang untuk menanam sendiri terumbu karang masing-masing.

Kursus ini memberikan kesan yang mendalam terhadap para peserta. Diharap, selepas ini, PMK akan dapat  berkolaborasi dengan Jabatan Perikanan serta Kolej Komuniti Jelebu untuk melaksanakan program kesedaran dan pemuliharaan hidupan marin pada masa akan datang

 

 

 

 

 

Amanat KP JPPKK Tahun 2020

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11276939
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
2515
8713
2515
11185273
254742
364695
11276939

Your IP: 10.24.1.254
2020-02-23 05:40
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email