• KPI 100%
Trendy:

Politeknik Melaka – Pada 6 Disember 2016 (Selasa) telah berlangsungnya sesi Dialog Bersama Jabatan di dataran PMK dengan kehadiran pelajar yang sangat memberangsangkan. Para pelajar diberi taklimat mengenai persatuan pelajar (EESTEC) yang disampaikan oleh Pn. Azaliza Binti Baharom selaku Penasihat EESTEC. Taklimat disiplin dan peraturan yang perlu dipatuhi sebagai seorang yang bergelar pelajar telah disampaikan oleh En. Krishnamoorthy dan seterusnya taklimat Penasihatan Akademik oleh Pn. Latipah Binti Yaacob.