Trendy:

6-9th September 2016, Bandung ‚Äď 4 lecturers and 4 students from Politeknik Melaka and 3lecturers and 4 students from Politeknik Ibrahim Sultan teamed up to conduct an ASEAN TVET English Program in Politeknik Negeri Bandung. Upon arrival at POLBAN, we were welcomed by Bapa Angki, assistant director for the Students‚Äô Affair and Ibu Sri Dewiyanti, Head of the English Department. The day started with the opening ceremony with speeches from Bapa Angki, Ibu Sri Dewiyanti and Pn Marina (PMK) as head of the delegation. The Malaysian delegation was introduced to the staff and students of POLBAN. This was then followed by a video presentation by PIS and an exchange of souvenirs.

 

 [ RUMAH SEWA UNTUK PELAJAR POLITEKNIK MELAKA ]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Warga Melaka.

Hebahan ini khas kepada semua pemilik rumah sewa di kawasan berhampiran dengan Politeknik Melaka (PMK).

Untuk makluman semua, mulai Sesi Dis 2016 yang dijangka bermula pada 21 Nov 2016, sebahagian besar pelajar akan memerlukan rumah sewa di kawasan berhampiran PMK memandangkan Kamsis KOOP PMK di Pulau Gadong tidak lagi akan beroperasi.

Kami di Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEPP) PMK perlu mengumpulkan senarai rumah-rumah yang boleh disewa bagi memudahkan pelajar-pelajar mencari rumah bersesuaian dan memudahkan kehidupan harian mereka sebagai pelajar di PMK.

Senarai yang diperolehi akan kami sebarkan kepada pelajar kami melalui surat pendaftaran dan lapor diri Sesi Dis 2016, Laman Web PMK, media sosial berkaitan PMK serta hebahan-hebahan lain.

Secara ringkasnya, pemilik rumah sewa akan melalui proses seperti di bawah:

a) Hebahan oleh pihak JHEPP PMK kepada pemilik rumah sewa (Mulai 21 Sept 2016)
b) Pemilik rumah sewa berminat mengisi borang di JHEPP PMK (Mulai 27 Sept 2016)
c) Taklimat JHEPP PMK kepada pemilik rumah sewa berminat di PMK (Jangkaan 13 Okt 2016)
d) Lawatan ke beberapa rumah sewa terpilih.
e) Promosi/hebahan kepada pelajar PMK (Mulai 21 Oktober 2016)
f) Urusan antara pemilik rumah sewa dan pelajar
g) Pelajar mendaftar masuk rumah sewa ( Pelajar Baru mendaftar 20 Nov 2016)
h) Urusan pendaftaran/dokumentasi.
i) JHEPP PMK perlukan 1 salinan perjanjian penyewaan dan 1 salinan borang maklumat pelajar yang menginap (borang akan diedarkan selepas pendaftaran) di rumah sewa Tuan/Puan untuk tujuan dokumentasi.

Justeru, pemilik rumah sewa berminat perlu memberikan kepada kami maklumat seperti di bawah: 
(Borang boleh didapati di JHEPP PMK)

1) Maklumat Pemilik rumah sewa
Nama Pemilik:
No IC :
Jenis Rumah :
Alamat Rumah sewa:
No. Tel Pemilik:

2) Maklumat Rumah Sewa
Ciri2 kawasan berdekatan: (Cth 100m dari PMK (jalan kaki shj),berdekatan kedai dll)
Harga sewa:
Deposit:
Jumlah penghuni dibenarkan:
Jarak dari Politeknik:
Dikhaskan Utk pelajar Lelaki/Perempuan:
Fully furnished: Ya/Tidak
Jika Ya (Nyatakan kemudahan/perkakasan disediakan…Sertakan gambar adalah digalakkan)

3) Kemudahan 
Kami menggalakkan pemilik rumah sewa menyediakan kemudahan asas seperti berikut sekiranya rumah yang disewa berbentuk fully furnish.

- Katil beserta tilam
- Locker (Almari)
- Kipas
- Kerusi & Meja tempat belajar
- Meja Makan
- Mesin Basuh
- Peti Ais
- Dapur Gas
- Keperluan Dapur (Pinggan/Gelas/Sudu/Periuk/Cerek)
- Seterika
- Wifi (Pilihan)
- Air Bertapis Panas/Sejuk (Pilihan)
- Mana-mana yang difikirkan sesuai mengikut persetujuan bersama Ppemilik rumah sewa dan pelajar.

Sekiranya, kesemua maklumat tersebut tidak di penuhi, rumah anda tidak akan tersenarai dalam senarai yang diedarkan kepada pelajar kami.

Pemilik rumah sewa juga perlu menerangkan/menyediakan/menyelesaikan:
- Semua urusan keselamatan, undang-undang dan sebagainya dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Agensi Berkaitan seperti BOMBA (jika berkaitan), Polis dan lain lain sepertimana yang termaktub dalam undang-undang samada Kerajaan Negeri atau Kerajaan Malaysia.

- Perjanjian Penyewaan antara pemilik rumah sewa dan pelajar. (1 salinan perlu diserahkan kepada pihak PMK)

- Kaedah pembayaran sewaan/deposit dengan JELAS kepada pelajar supaya tiada masalah di kemudiaan hari. Pihak PMK hanya bertindak sebagai pemudahcara (orang tengah) sahaja dan tidak akan melayan sebarang aduan berhubung hutang sewa dan yang berkaitan dengannya.

- Semua peraturan sepanjang mereka menyewa di rumah sewa. Ini termasuklah pelajar perlu mengawal tingkahlaku dan mewujudkan suasana harmoni kehidupan berjiran dan bermasyarakat. Contohnya, Pelajar perlu diingatkan agar tidak membuat bising seperti:

a) peraturan penggunaan alatan di dalam rumah.
b) memasang audio yang kuat
c) berborak-borak kosong dengan bising hingga larut malam yang boleh mengganggu jiran tetangga
d) menguatkan bunyi ekzos motor
e) Pelajar Lelaki atau perempuan mengunjungi rumah sewa pelajar berlainan jantina dan berborak-borak di hadapan rumah secara kerap dan lama.(Bukan urusan mustahak)

Pihak kami berharap pemilik rumah sewa yang berminat bolehlah menghubungi JHEPP PMK di 06-3376058/06-3376054 atau datang sendiri ke JHEPP PMK.

Kerjasama anda semua amatlah kami hargai bagi keselamatan, keselesaan, serta jaminan kehidupan para pelajar Politeknik Melaka.

Sekian, Terima Kasih.

Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar 
Politeknik Melaka
September 2016

 

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

12507238
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
10701
11475
32577
12382492
402286
347521
12507238

Your IP: 10.24.1.254
2020-05-26 20:39
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian Pengajian Tinggi Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email