• KPI 100%
Trendy:

Melaka, 12 Oktober 2016 (Rabu) - Jabatan Pengajian Am, Politeknik Melaka dengan kerjasama English Language Society (ELS) telah menganjurkan Karnival Pengajian Am bertempat di perkarangan Politeknik Melaka. Karnival ini  berlangsung bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Seramai 200 orang pelajar Politeknik Melaka daripada semua jabatan telah menyertai karnival ini. Objektif karnival ini diadakan adalah untuk memupuk minat pelajar terhadap kursus Bahasa Inggeris dan Pengajian Malaysia di samping memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai kedua-dua kursus ini

   

Sumber : Pn. Azaliza Binti Baharom

Plaza Pandan Malim, Melaka ‚Äď Pada 19 Oktober 2016 (Rabu) telah berlangsungnya JKE MIRACLE NIGHT 2016 yang dikelolakan oleh pelajar DJK3B bagi Sesi JUN 2016 telah diadakan di Hotel Seri Costa, Bandar Hilir Melaka yang disertai oleh para pelajar dan staf-staf JKE. Majlis ini telah diadakan di Banquet Hall, Ground Floor Seri Costa dengan begitu meriah dan keseronokan pelajar jelas terlihat. Aktiviti telah bermula seawal jam 8.45 malam sebaik sahaja ketibaan En.Abdul Rahim Bin Jalaludin selaku Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Program dinner ini telah mendapat sambutan dari semua semester terutama pelajar semester akhir dan pelajar semester 5 Jabatan Kejuruteraan Elektrik.¬†Pelbagai persembahan dan anugerah telah disampaikan sepanjang majlis berlangsung.