Trendy:

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berikutan peningkatn kes COVID-19 di beberapa daerah di negara ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengarahkan semua IPT menangguhkan dahulu urusan kemasukan pelajar baharu dan lama dari kawasan zon merah. Sehubungan dengan itu, siswa/siswi PMK daripada zon merah ditangguhkan pengajaran sehingga keadaan pulih dan akan diberitahu kelak. Walaubagaimanapun  siswa/siswi bukan daripada zon merah akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran bermula 5 Oktober 2020 (Isnin). Sebarang pertanyaan, sila hubungi JHEPP, Politeknik Melaka di talian, 06-3376058.

 

Sila rujuk surat yang disertakan dibawah untuk panduan dan makluman semua. 

 ->  Surat Arahan Kembali ke Kampus bagi pelajar peringkat Diploma dan Sijil Politeknik Sesi Jun 2020

 
Peta  Laman   Mengenai PMK
Soalan Lazim (FAQ)   Arkib
Dasar Privasi & Keselamatan   Sebutharga
      Sistem Pendaftaran Syarikat

 

 

Peta Laman Soalan Lazim
Program Kebolehpasaran Graduan  

 

Sistem 1L5G    

 

 

Sistem Dalam PMK

Sistem Pengurusan politeknik sistem document untuk warga PMK
sistem epergerakan untuk warga PMK sistem wifi PMK e-coaching & monitoring
  
Kursus Jangka Pendek PMK 
     

 

Sistem Luaran PMK 

Sistem tapisan kerajaan CGSO Sistem HRMIS Jabatan Perkhidmatan Awam Portal u-PUSTAKA Sistem E-Perolehan Kementeraian Kewangan Curriculum Information Document Online SystemCIDOS 3.5

  Sistem Pemantauan Pengurusan Aset Sumber Elektronik@PNM

 

Melaka, 28.10.2016 - Jabatan Kejuruteraan Awam dengan kerjasama Unit Psikologi dan Kerjaya Politeknik Melaka telah menganjurkan satu Majlis Kerjaya untuk pelajar semester akhir diploma Kejuruteraan Awam pada 17 Oktober 2016 bertempat di Hotel Novotel Melaka. Seramai 80 pelajar serta 30 staf dan keluarga staf yang hadir pada majlis kali ini. Majlis khas ini adalah bertujuan untuk membuka idea dan hala tuju mereka selepas menamatkan pengajian di Politeknik Melaka. Majlis ini juga bertujuan memberi input tentang alam perkerjaan yang sesuai bagi para pelajar dan cara mereka mendapatkan pekerjaan. Sesuai dengan itu, majlis ini telah menjemput En. Pengerusi Persatuan Alumni, En. Nur Sahar bin Osman yang telah berjaya dalam bidang perniagaan. Sebelum itu, pelajar-pelajar semester akhir juga telah menghadiri taklimat kerjaya yang berlangsung pada 13 oktober 2016 di Bilik Seminar Masjid Al-Azim. Taklimat kerjaya pada 13 oktober 2016 itu telah disampaikan oleh  IR Ghazali Bin Abd Aziz, Pengarah DPA Consultancy Sdn. Bhd yang lebih menjurus kepada kerjaya dalam bidang teknikal pelajar.

 

 

 

 

Melaka, 12 Oktober 2016 (Rabu) - Jabatan Pengajian Am, Politeknik Melaka dengan kerjasama English Language Society (ELS) telah menganjurkan Karnival Pengajian Am bertempat di perkarangan Politeknik Melaka. Karnival ini  berlangsung bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Seramai 200 orang pelajar Politeknik Melaka daripada semua jabatan telah menyertai karnival ini. Objektif karnival ini diadakan adalah untuk memupuk minat pelajar terhadap kursus Bahasa Inggeris dan Pengajian Malaysia di samping memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai kedua-dua kursus ini

   

Sumber : Pn. Azaliza Binti Baharom

Plaza Pandan Malim, Melaka ‚Äď Pada 19 Oktober 2016 (Rabu) telah berlangsungnya JKE MIRACLE NIGHT 2016 yang dikelolakan oleh pelajar DJK3B bagi Sesi JUN 2016 telah diadakan di Hotel Seri Costa, Bandar Hilir Melaka yang disertai oleh para pelajar dan staf-staf JKE. Majlis ini telah diadakan di Banquet Hall, Ground Floor Seri Costa dengan begitu meriah dan keseronokan pelajar jelas terlihat. Aktiviti telah bermula seawal jam 8.45 malam sebaik sahaja ketibaan En.Abdul Rahim Bin Jalaludin selaku Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Program dinner ini telah mendapat sambutan dari semua semester terutama pelajar semester akhir dan pelajar semester 5 Jabatan Kejuruteraan Elektrik.¬†Pelbagai persembahan dan anugerah telah disampaikan sepanjang majlis berlangsung.