• KPI 100%
Trendy:

 

 

PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN ‚Äď Pada 5/11/2016 yang lalu, Jabatan Perdagangan telah menghantar beberapa orang pelajar Diploma Perniagaan Antarabangsa (DPI) ke satu pertandingan¬† inovasi iaitu ‚Äú International Invention & Innovative Competition (InIIC) Series 2/2016 yang bertemakan ‚ÄúGrowing Creative & Innovative Solution‚ÄĚ bertempat di Puteri Beach Resort, Port Dickson Negeri Sembilan. Pertandingan ini melibatkan 4 kategori tertentu, di mana kategori C iaitu bagi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) merekodkan penyertaan yang tertinggi berbanding lain-lain kategori. Dengan idea asal para pelajar yang menamakan projek mereka sebagai ‚ÄúCubix Warehouse‚ÄĚ serta bantuan daripada Unit Inovasi dan Penyelidikan Politeknik Melaka, kumpulan pelajar ini telah berjaya mendapat pingat gangsa dalam pertandingan tersebut. Kumpulan pelajar tersebut juga melahirkan rasa gembira kerana telah berjaya mendapat pingat dalam pertandingan ini dan sekaligus dapat pengalaman baru bertanding bersama rakan-rakan pelajar daripada institusi pengajian tinggi yang lain.¬†

 

 

 

Melaka, 28.10.2016 - Jabatan Kejuruteraan Awam dengan kerjasama Unit Psikologi dan Kerjaya Politeknik Melaka telah menganjurkan satu Majlis Kerjaya untuk pelajar semester akhir diploma Kejuruteraan Awam pada 17 Oktober 2016 bertempat di Hotel Novotel Melaka. Seramai 80 pelajar serta 30 staf dan keluarga staf yang hadir pada majlis kali ini. Majlis khas ini adalah bertujuan untuk membuka idea dan hala tuju mereka selepas menamatkan pengajian di Politeknik Melaka. Majlis ini juga bertujuan memberi input tentang alam perkerjaan yang sesuai bagi para pelajar dan cara mereka mendapatkan pekerjaan. Sesuai dengan itu, majlis ini telah menjemput En. Pengerusi Persatuan Alumni, En. Nur Sahar bin Osman yang telah berjaya dalam bidang perniagaan. Sebelum itu, pelajar-pelajar semester akhir juga telah menghadiri taklimat kerjaya yang berlangsung pada 13 oktober 2016 di Bilik Seminar Masjid Al-Azim. Taklimat kerjaya pada 13 oktober 2016 itu telah disampaikan oleh  IR Ghazali Bin Abd Aziz, Pengarah DPA Consultancy Sdn. Bhd yang lebih menjurus kepada kerjaya dalam bidang teknikal pelajar.

 

 

 

 

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11842667
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
6245
10480
37903
11719195
85236
386179
11842667

Your IP: 10.24.1.254
2020-04-08 14:06
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email