• KPI 100%
Trendy:

 

 

Sumber : Mohd Fauzi Bin Abu Bakar

Bengkel AutoCount Accounting telah dijalankan pada 14hb hingga 16hb November 2016 (3 hari) di Makmal E-Learning. Perisian Perakaunan AutoCount merupakan pilihan yang ada dalam pasaran perakaunan berkomputer. Modul kali ini meliputi tambahan pembelajaran inventory & billing system dan GST Set Up & Documentation. Sistem AutoCount juga mempunyai pilihan khas iaitu sekiranya ada permintaan daripada pelanggan (custom made concept).

 

Konsep bengkel ini adalah pembelajaran melalui latihan dan  diikuti dengan tugasan di mana sijil akan diberikan kepada keputusan tugasan yang lulus. Peserta bengkel ini terdiri daripada pensyarah perakaunan, dan perlu mengikuti 7 topik yang meliputi 3 fasa iaitu perakaunan, stok serta cukai barang dan perkhidmatan.

 

09 November 2016 - Politeknik Melaka telah menerima satu Lawatan Pendidikan Kerjaya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Rumput Melaka. Seramai lebih kurang 40 pelajar tingkatan 3 diiringi 2 guru pengiring telah hadir. Pihak Jabatan Hal Ehwal Pembangunan Pelajar, Politeknik Melaka dengan kerjasama Unit Kerjaya telah menyediakan beberapa aktiviti untuk pelajar ini. Antaranya, penerangan ringkas dari En Ahmad Syukri tentang halatuju selepas PT3. Puan Reni Suriani pula memperincikan tentang Politeknik dan kursus-kursus yang ditawarkan di Politeknik Malaysia dan Politeknik Melaka amnya. Kemudian, slot disambung oleh aktiviti dari Pegawai Psikologi, Puan Zainorita dan ucapan penutup oleh KJHEPP, Puan Hazira binti Saleh serta penyampaian cenderamata untuk guru pengiring. Pelajar dan guru dibawa melawat sekitar Politeknik Melaka.

Dengan Kehadiran pelajar dan guru ini, diharapkan agar dapat membuka minda dan sedikit maklumat tentang Politeknik dan kursus-kursus yang ditawarkan dan menanam minat pelajar ini untuk menyambung pengajian di Politeknik setelah tamat SPM nanti.

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11866129
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
6259
12226
61365
11719195
108698
386179
11866129

Your IP: 10.24.1.254
2020-04-10 13:05
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email