Trendy:

 25 Mac 2016 (Sabtu), Melaka- Seramai 28 orang pelajar terdiri dari pelajar Relasis dan IPS PMK telah berganding bahu mengecat dinding KIWANIS Down Syndrome Foundation Melaka, JKR 654, Bukit Peringgit, 75400 Melaka sempena program Csr@Kiwanis Down Syndrome Foundation Melaka 2017 anjuran Kiwanis Down Syndrome Foundation Melaka dan Pra Diploma Sains (IPS) Jabatan Matematik Dan Sains, dengan kerjasama Briged Rela Siswa Siswi (RELASIS), Unit Sukan Politeknik Melaka. Fokus CSR@Kiwanis Melaka 2017 ini adalah untuk mengecat dinding luar Kiwanis Down Syndrome Foundation Melaka (pertubuhan bukan kerajaan) yang telah lusuh supaya nampak ceria dan menarik. Aktiviti ini berlangsung dari jam 8pagi hingga 4petang dengan objektif melahirkan pelajar yang aktif dan berpotensi untuk menyumbang kepada komuniti disamping melatih keterbukaan hati para pelajar untuk menerima kehadiran anak-anak istimewa down sindrom dalam komuniti. 

Taman Rekreasi Bukit Serindit, Semabok, Melaka - Pada 10 JANUARI 2016 (Selasa) telah berlangsungnya Program Mekanikal Day 2017 yang dikelolakan oleh EXCO MESAC dan telah  diadakan di Taman Rekreasi Bukit Serindit, Jalan Taman Bandaran, Padang Semabok, Melaka yang disertai oleh 200 orang pelajar termasuk Jawatan Kuasa dan Pensyarah JKM. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan semangat kerjasama serta keterujaan pelajar jelas kelihatan dalam setiap aktiviti yang telah dilaksanakan. Melalui program ini, MESAC PMK serta pelajar yang melibatkan diri dapat mengenali antara satu sama lain serta mampu memupuk diri untuk belajar bekerjasama dalam pasukan. Di samping itu juga, program ini telah dapat  mewujudkan pelajar yang berkaliber serta berfikiran kreatif walaupun terdiri daripada semester yang berlainan.

Imbas QR Code di atas untuk memuat turun Buku Pelan Stategik Politeknik dan Kolej Komuniti 2018-2025, Buku Rangka Kerja TVET 4.0,  Buku Informasi Politeknik 2018, Buku Informasi Kolej Komuniti 2018 dan Buku Laporan Tahunan JPPKK.

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

07416188
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
10600
9741
10600
7337540
305339
324264
7416188

Your IP: 10.24.1.254
2019-04-21 21:10
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email