Trendy:

 

17 September 2015 (Khamis), Sepang - Satu lawatan akademik oleh seramai 30 orang pelajar Diploma Perniagaan Antarabangsa (DPI) semester 4 dan 5 telah diadakan ke Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Sepang dan juga ke Majlis Perbandaran Sepang. Lawatan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang amalan Pengurusan Sumber Manusia di kedua-dua organisasi tersebut. MAHB merupakan sebuah organisasi yang menguruskan operasi dan aktiviti di kebanyakan lapangan terbang di seluruh Malaysia dan juga luar Negara seperti India contohnya. Wakil Pengurusan Sumber Manusia di MAHB yang menyambut kami adalah Encik Abdul Hakim bin Abdul Halim dan Encik Muhammad Junaidi bin Ismail. Encik Muhammad Junaidi merupakan graduan Diploma Perniagaan Antarabangsa, Politeknik Melaka yang telah berkhidmat hamper 2 tahun di MAHB turut berkongsi maklumat tentang peluang-peluang pekerjaan dan pembangunan karier yang boleh diperolehi dari organisasi ini. Selain daripada itu, pelajar turut dibawa melawat ke KLIA2 untuk melihat operasi MAHB dan merasai pengalaman sebagai penumpang dengan turut melalui dua laluan pemeriksaan imigresen di dalam KLIA2.

 

Melaka - Syabas dan tahniah kepada peserta Politeknik Melaka (PMK), yang telah berjaya dalam Malam Anugerah CIDOS Inspiring Learning (eDOLA2015) yang berlangsung di Equatotial Hotel Melaka pada 7 oktober 2015. Anugerah eDOLA 2015 dianjurkan oleh JPP dan diwujudkan bagi meraikan pemaju kandungan yang paling berpotensi dan berbakat dilkalangan para pelajar dan pensyarah politeknik. Majlis yang bertemakan hitam dan jingga itu telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching.

Jabatan Perdagangan Politeknik Melaka telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan SCORMKING kategori perdagangan. Pemenang dari jabatan perdagagan terdiri daripada Pn. Noriah Binti Mokhsin, Pn. Zaihasra Binti Rukman, Cik Adlena Hany binti Adam dan Pn.Farizoh binti Hamid. Mereka membawa balik sijil, trofi dan wang tunai sebanyak RM 1000.

 

Amanat KP JPPKK Tahun 2020

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11326232
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
7487
17160
51808
11185273
304035
364695
11326232

Your IP: 10.24.1.254
2020-02-26 12:17
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email