Trendy:

Pada 11-13 Oktober 2015 yang lalu, seramai 8 orang pelajar Jabatan Kejuruteraan Politeknik Melaka diiringi oleh KJKE En Abdul Rahim Bin Jalaludin dan pensyarah JKE En Ahmad Nasharuddin Bin A Rashid telah pergi di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara, Sintok, Kedah bagi menjalani Ujian Akreditasi BWI Fasa 1 dan juga menghadiri Majlis Menandatangani Nota Kerjasama JPP-ABM Wilayah Utara Bagi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik Politeknik Malaysia.

Rombongan telah tiba di ABM Wilayah Utara jam 8.00 mlm dan telah disambut oleh Pegawai Asrama yang menyediakan tempat penginapan dan menerang serba sedikit tentang tentatif program. Taklimat mengenai ABM dan taklimat mengenai Ujian Akreditasi BWI Fasa 1 telah diadakan pada hari Isnin (12 Okt 2015) oleh En Zolkefli bin Salim, Pengarah Program bagi program ini.

 

sumber: Radziah binti Hj Abd Rahman

IPOH, PERAK, 7 Oktober 2015 – Pelajar Diploma Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Melaka(PMK) telah menyertai pertandingan“2nd International Build and Break Competition 2015” yang telah diadakan pada 7 – 8 Oktober 2015 di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak. Ini merupakan kali ke-4 PMK menyertai pertandingan Build & Break Competition di PUO sejak dari tahun 2012 lagi. Alhamdulillah ini merupakan kali kedua pasukan PMK mendapat NAIB JOHAN daripada 84 buah pasukan yang dipertandingkan pada kali ini. PMK pernah merangkul Naib Johan pada tahun 2013 daripada 42 buah pasukan yang bertanding. Pasukan PMK tidak pernah mengecewakan setiap kali menyertai pertandingan ini bahkan sentiasa memberikan pencapaian yang membanggakan untuk PMK.

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

09681447
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
1315
9240
1315
9599004
228651
391321
9681447

Your IP: 10.24.1.254
2019-10-20 03:27
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email