• KPI 100%
Trendy:

16 Mac 2014, bersamaan 14 Jamadilawal 1435, misi amal rumah lindungan kasih telah berlangsung dengan jayanya berbekalkan cuaca yang redup dan disulami dengan hujan. Program telah dimulakan seawal jam 9.00 pagi dengan ketibaan 50 pelajar dan 30 staf Politeknik Melaka yang menaiki bas dan pelbagai kenderaan yang lain. Rombongan disambut dengan wajah penuh harapan oleh penghuni rumah lindungan kasih. Pelbagai aktiviti berkonsepkan gotong royong telah dilaksanakan dengan jayanya melibatkan 3 persatuan pelajar,iaitu Persatuan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam (CESAC), Persatuan Pelajar kejuruteraan Elektrik, Persatuan Pelajar jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan persatuan Pelajar Jabatan Perdagangan (CODES).Disamping itu sokongan diberikan oleh iaitu staf akademik dan bukan akademik serta Persatuan Puteri UMNO cawangan Bachang, Pasir Putih, Melaka dalam menjayakan Coorperate Sosial Responsibility (CSR) pada kali ini.

18 FEBRUARI 2014, PMK- Program Islam Itu Indah telah berlangsung dengan sistematik dan lancar mengikut tentatif yang telah diatur. Program ini telah bermula dengan mengumpulkan para peserta di Dewan Kuliah 1 dan 2. Pada pukul 12.30 tengah hari, program ini bermula dengan bacaan doa oleh saudara Muhamad Rul Azim Bin Chek Ruzuman bagi peserta perempuan di Dewan Kuliah 1 dan saudara Luqman Haziq bin Ahmad Zauawi bagi peserta lelaki di Dewan Kuliah 2. Seterusnya, program ini telah diteruskan dengan Pertandingan Melaungkan Azan bagi peserta lelaki dan Pertandingan Tilawah Al-Quran bagi peserta perempuan dalam masa yang serentak. Seramai 14 orang peserta lelaki yang telah menyertai Pertandingan Melaungkan Azan dan seramai 10 orang peserta perempuan yang telah menyertai Pertandingan Tilawah Al-Quran. Tepat pada pukul 2 petang, kedua-dua pertandingan telah selesai. Selama 10 minit, Ahli Jawatankuasa mengambil masa untuk mengira markah-markah bagi kedua-dua pertandingan. Pada pukul 2.10 petang, program diteruskan dengan majlis penyampaian hadiah untuk pemenang tempat pertama,kedua dan ketiga. Sebagai juri yang diundang, majlis telah menjemput Puan Nor Suriati Binti Jamaludin untuk menyampaikan hadiah kepada peserta. Bagi Pertandingan Melaungkan Azan, tempat pertama dimenangi oleh saudara Muhamad Rul Azim Bin Chek Ruzuman, tempat kedua pula dimenangi oleh saudara Muhamad Sallehuddin Bin Ishak dan tempat ketiga dimenangi oleh Muhammad Fahmi bin Muhammad Fadzil. Bagi Pertandingan Tilawah Al-Quran pula, tempat pertama dimenangi oleh saudari Siti Nur Iddayu Binti Othman, tempat kedua pula dimenangi oleh saudari Zuren Nurain Binti Ghazali dan tempat ketiga dimenangi oleh saudari Nur Amalina Binti Azizan. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata kepada para juri jemputan oleh pengarah program, Nurul Izzati Binti Mohd Azman. Setelah selesai majlis penyampaian hadiah, majlis bersurai. Kesimpulannya, program ini dapat diteruskan dan dapat diperbaiki dari semasa ke semasa dengan setiap perancangan dan penelitian oleh setiap Ahli Jawatankuasa pelaksana yang terlibat secara langsung mahupun sebaliknya.

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11842045
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
5623
10480
37281
11719195
84614
386179
11842045

Your IP: 10.24.1.254
2020-04-08 12:49
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email