Trendy:

8 Januari, Universiti Putra Malaysia - Satu Program Lawatan oleh para pelajar semester akhir Program DKM 6A dan 6B ke Universiti Putra Malaysia, Selangor telah diadakan pada 7 Januari 2014. Bas bertolak pada pukul 7.45 pagi dari politeknik Melaka dan sampai ke Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UPM pada pukul 10.00 pagi. Para pelajar terus dibawa ke dewan utama Fakulti Kejuruteraan.

Para pelajar telah disambut oleh Prof. Madya (K) Dr Othman Innayatullah Ketua HEP Jabatan Kejuruteraan Mekanikal UPM dan En. Shaharudin iaitui Pegawai Makmal UPM. Program ‚ÄėFurther Study Talks‚Äô yang telah disampaikan oleh Prof. Madya (K) Dr Othman Innayatullah. Bermula dengan kata-kata aluan taklimat disampaikan dengan pengenalan kepada sejarah ringkas UPM, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan para pelajar telah ditayangkan video korporat UPM. Selepas ceramah disusuli oleh sesi soal jawab bersama penceramah serta lawatan ke bengkel dan makmal.

 

Pelajar telah diberikan maklumat tentang peluang untuk menyambung pelajaran di UPM. Lawatan ke bengkel dan makmal menambahkan lagi semangat kepada pelajar untuk menyambung pelajaran kesana. Penceramah telah menekankan syarat-syarat kemasukan, cara belajar di UPM serta bagaimana untuk menyambung kursus dalam bidang kejuruteraan di UPM. Pelajar-pelajar berpeluang bertanya kepada penceramah dalam sesi dialog.

Adalah besar harapan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Melaka untuk melihat pelajar-pelajar daripada sini menyambung pelajaran ke UPM iaitu salah satu Institut Pengajian yang terkenal dan mempunyai kepakaran terutama kursus-kursus yang ditawarkan. Semoga para pelajar mendapat manfaat dan pengetahuan serta dapat mempersiapkan diri mereka untuk melanjutkan pelajaran mereka ke UPM.

 

 

Amanat KP JPPKK Tahun 2020

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11285302
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
10878
8713
10878
11185273
263105
364695
11285302

Your IP: 10.24.1.254
2020-02-23 18:47
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email