• KPI 100%
Trendy:

 

AMIRUL Izwan (kanan) dan Mohamad Haziq bersama trofi mereka.

MELAKA 22 Mac - Anak seorang penjual nasi lemak membuktikan kesusahan hidup keluarganya tidak menjadi penghalang apabila dia diumumkan antara dua graduan menerima Anugerah Pengarah Politeknik sesi Disember 2012 pada Majlis Konvokesyen Politeknik Melaka Ke-13 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini hari ini.

Amirul Izwan Ayub, 22, berasal dari Sungai Buloh, Selangor mendapat Diploma Perniagaan Antarabangsa (DPI) turut cemerlang dalam bidang kokurikulum. Menurut anak bongsu daripada empat beradik itu, ibunya membuka gerai menjual nasi lemak di tepi jalan di Taman Bandar Baru Sungai Buloh selepas bapanya bersara dan bergantung hidup daripada perniagaan itu.

 

Amirul yang kini melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Ekonomi Perniagaan berkata, hampir setiap cuti hujung minggu dia akan pulang untuk membantu ibunya berniaga.

"Setiap minggu saya balik bantu emak jual nasi lemak dan saya dibayar gaji RM200 seminggu. Duit ini saya gunakan untuk menanggung perbelanjaan pengajian saya sepanjang di Politeknik Melaka,'' katanya ketika ditemui selepas majlis konvokesyen tersebut.

Bagaimanapun katanya, dia menerima anugerah tersebut dalam keadaan sedih kerana ibunya, Zanab Siron, 60, kini berada di Unit Rawatan Koronari (CCU), Pusat Perubatan UiTM kerana diserang sakit jantung tiga hari lalu. Katanya, bapanya, Ayub Senawi, 70, bekas pesara tentera juga tidak sihat dan tidak dapat menghadiri majlis konvokesyen tersebut. Amirul adalah antara 482 graduan diploma yang berjaya menamatkan pengajian pada majlis konvokesyen yang dihadiri Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah.

Seorang lagi graduan yang menerima Anugerah Pengarah Politeknik ialah Mohamad Haziq Ismail, 22, daripada Diploma DPI yang merupakan rakan baik Amirul. Dia merupakan anak keempat daripada enam beradik berasal dari Kulai, Johor, tidak menyangka dipilih untuk menerima anugerah tersebut. "Sumber inspirasi kejayaan saya ini datang daripada ibu bapa saya kerana mereka banyak memberi galakan dan dorongan sepanjang pengajian saya di Politeknik Melaka,'' ujarnya. Katanya, dia tidak mahu menghampakan harapan ibunya, Mariam Mohamed, 48, seorang suri rumah dan bapanya, Ismail Aidros, 50, pengusaha restoran yang ingin melihatnya berjaya dalam bidang akademik. Katanya, nasihat kedua-dua ibu bapanya menjadi azimat pencetus semangat untuk dia belajar bersungguh-sungguh dan melakukan terbaik dalam apa juga bidang yang diceburi.


Sumber: Utusan Online
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20140323/ws_04/Anak-penjual-nasi-lemak-muncul-graduan-cemerlang-Politeknik-Melaka#ixzz2wwBAWAOE
© Utusan Melayu (M) Bhd

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11724877
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
5682
14917
5682
11611815
353625
349055
11724877

Your IP: 10.24.1.254
2020-03-29 11:39
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email