Trendy:

Written by: Nur Alwani bt Abdul Latif

IUKL, Selangor 11 Julai 2013 ‚Äď Sehubungan dengan keperluan untuk mempertingkatkan pencapaian pembelajaran dan pengajaran, seramai 11 orang staf akademik daripada Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Melaka telah mengadakan satu lawatan penandaarasan ke Infrastructure University Kuala Lumpur. Objektif lawatan ini adalah untuk melihat dengan lebih dekat perlaksanaan Outcome Based Education (OBE) dan perkongsian ilmu berkenaan Program Diploma Kejuruteraan Awam (DKA) yang dijalankan di IUKL. Program dimulakan dengan sesi taklimat berkenaan pelaksanaan program oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Infrastruktur, Assoc. Prof. Ir. Dr.Abdul Razak bin Yaacob dan diteruskan dengan taklimat oleh Ketua Program Diploma Kejuruteraan Awam iaitu Pn. Naimah binti Yusoff. Sesi lawatan seterusnya diteruskan dengan sesi perkongsian ilmu di antara kedua-dua belah pihak.

PENANDAARASAN JKA KE IUKLPENANDAARASAN JKA KE IUKL

 

Disediakan oleh: Nurena binti Abdullah

 

13 JULAI 2013, Melaka - PUSPANITA Politeknik Melaka telah melangsungkan Program Penyerahan ‚ÄúSekampit Beras, Sekilo gula‚ÄĚ. Seramai 40 buah keluarga telah dipilih dari 4 buah lokasi berlainan iaitu Kampung Alai, Kampung Balai Panjang, Kampung Morten dan Kampung Londang. Program ini telah dirancang lebih kurang dua bulan lalu sebagai persedian bagi mengutip sumbangan dari kalangan warga Politeknik Melaka.

Objektif program ini adalah bertujuan berkongsi kegembiraan di antara warga Politeknik Melaka dengan keluarga yang memerlukan bagi sama-sama merasai kegembiraan pada bulan yang penuh keberkatan. Bak kat pepatah melayu, Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.

 

 

Amanat KP JPPKK Tahun 2020

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11276891
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
2467
8713
2467
11185273
254694
364695
11276891

Your IP: 10.24.1.254
2020-02-23 05:32
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email