Trendy:

Disediakan oleh: Azhanie binti Omar

 

7 OKTOBER, POLITEKNIK MELAKA - Satu Kursus Komuniti - IRONCAD in Education 2013 telah diadakan bertempat di Makmal Komputer Serbaguna. Kursus yang di anjurkan oleh Jab. Kej Mekanikal ini memberi pendedahan kepada pensyarah dan komuniti setempat bagi menghasilkan lukisan rekabentuk 3D. Kursus komuniti ini adalah lanjutan dari seminar ICE2013 (IRONCAD in Education 2013) yang telah berlangsung pada bulan september lepas di Hotel Residence Bangi. Penceramah jemputan adalah dari syarikat Intelflix Engineering iaitu Encik Zabidi Ab Ghani. Seramai 20 orang peserta kursus yang terdiri daripada pensyarah Politeknik Melaka, pensyarah dari Universiti Multimedia (MMU), guru sekolah menengah sekitar Melaka dan 2 orang peserta daripada Kementerian Pelajaran Malaysia hadir pada sesi kali ini.

 

17 OKTOBER 2013 , POLITEKNIK MELAKA ‚Äď PROGRAM OSH@POLY III 2013 POLITEKNIK MELAKA

Program OSH@Poly III 2013 merupakan anjuran Jawatankuasa Keselamatan (Pengurusan) dan Jawatankuasa Keselamatan (Pelaksana OSH) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Jabatan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat, Jalan Kubu. Program ini melibatkan penyertaan oleh semua Jawatankuasa Keselamatan (Pengurusan), Jawatankuasa Keselamatan (Pelaksana OSH), Pensyarah dan Penyelaras Kursus AW serta pelajar Kursus AW Politeknik Melaka. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan dan kesihatan di kalangan pensyarah, pelajar dan staf sokongan di Politeknik Melaka. Program ini akan menjadi platform bagi penerapan dan penekanan aspek keselamatan dan kesihatan di institusi sekaligus memupuk budaya selamat dan sihat di kalangan pelajar dan pensyarah di seluruh negara.

 

Amanat KP JPPKK Tahun 2020

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11326159
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
7414
17160
51735
11185273
303962
364695
11326159

Your IP: 10.24.1.254
2020-02-26 12:08
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email