• KPI 100%
Trendy:

disediakan oleh : Siti Noorain binti Awalludin

 

25 September 2013, Damansara- pelajar dari Jabatan Pedagangan- Diploma Perniagaan Antarabangsa Semester 5 telah mengadakan lawatan ke Al-Hidayah Production dibawah naungan ‚ÄúCommerce Department Society‚ÄĚ (CODES). Seramai 31 orang pelajar dan seorang pensyarah serta 3 staff AVA terlibat dalam lawatan tersebut.
Pelajar DPI5 tiba di Damansara sekitar jam 2 petang dan disambut baik oleh staff-staff dan pemilik tunggal Al-Hidayah Production merangkap duta produk Perfume Solat tidak lain dan tidak bukan, Ashraf Muslim. Lawatan ini diadakan untuk mendalami ilmu keusahawanan mengenai strategi pemasaran produk, melatih diri untuk bekerjasama dalam sebuah kumpulan bagi meguruskan sebuah aktiviti bersesuaian dengan program CODES @ ENTREPRENUER yang akan berlangsung di Dataran MBMB pada 5 dan 6 oktober 2013 akan datang.
Perfume Solat ini dihasilkan khas untuk dipakai ketika solat dan aktiviti harian tanpa keraguan kerana patinya disahkan halal oleh JAKIM. Pilihan bau setiap Perfume Solat ini yang pasti membangkitkan aura kepada setiap pemakai. Atas permintaan ramai, haruman perfume solat kini bertambah dari semasa ke semasa antaranya ialah lime, grape, apple blossom, es calade, strawberry, burberry, kiwi dan lavender.

 

Disediakan oleh: Siti Noorain binti awalludin

 

19 September 2013, Melaka- Pelajar semester 5 Diploma Perniagaan Antarabangsa telah mengadakan satu lawatan akademik ke JAIM, Hamidah Food Industries dan Koko Minda. Lawatan seawal 9 pagi ini disetai oleh seramai 31 orang pelajar yang diiringi oleh seorang penyarah pengiring iaitu Pn. Siti Noorain Binti Awalludin. Tujuan atau matlamat utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar bagi mengendalikan sesebuah program serta memahami struktur dan budaya organisasi yang menyentuh aspek yang berkaitan dengan sukatan matapelajaran PB603 Organizational Behavior. Lawatan tamat pada pukul 5.00 ptg dan diakhiri dengan majlis penyerahan cenderahati daripada pihak Politeknik Melaka yang di sampaikan oleh Pn Siti Noorain Binti Awalludin.

LAWATAN KE JAIM

 

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11870536
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
10666
12226
65772
11719195
113105
386179
11870536

Your IP: 10.24.1.254
2020-04-10 21:27
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email