Trendy:
Peta  Laman   Mengenai PMK
Soalan Lazim (FAQ)   Arkib
Dasar Privasi & Keselamatan   Sebutharga
      Sistem Pendaftaran Syarikat

 

 

Peta Laman Soalan Lazim
Program Kebolehpasaran Graduan  

 

Sistem 1L5G    

 

 

Sistem Dalam PMK

Sistem Pengurusan politeknik sistem document untuk warga PMK
sistem epergerakan untuk warga PMK sistem wifi PMK e-coaching & monitoring
  
Kursus Jangka Pendek PMK 
     

 

Sistem Luaran PMK 

Sistem tapisan kerajaan CGSO Sistem HRMIS Jabatan Perkhidmatan Awam Portal u-PUSTAKA Sistem E-Perolehan Kementeraian Kewangan Curriculum Information Document Online SystemCIDOS 3.5

  Sistem Pemantauan Pengurusan Aset Sumber Elektronik@PNM

 

6 dan 7 November 2013, Politeknik Melaka - JPA telah menganjurkan Bengkel Pembinaan Item untuk 3 kursus iaitu AE 101 Communicative English 1, AE 301 Communicative English 2 dan AE 501 Communicative English 3 yang bertempat di Makmal Komputer 1. Bengkel Pembinaan Item ini dilaksanakan pada setiap semester dengan tujuan memberi panduan dalam pembinaan soalan penilaian supaya soalan yang dihasilkan mematuhi kehendak kurikulum, mencapai ‚ÄėCourse Learning Outcome‚Äô (CLO) yang digariskan, dapat menguji domain yang ditetapkan dan mengikut Jadual Spesifikasi Penilaian dan Jadual Spesifikasi Item bagi setiap kursus. Bengkel ini juga diadakan supaya soalan yang dihasilkan adalah selaras bagi setiap kursus.

 

Pada bengkel kali ini buat kedua kalinya, JPA telah melibatkan kerjasama dari pensyarah JPA Politeknik Merlimau. Selain itu, beberapa orang pensyarah dari Politeknik Banting Selangor buat julung kalinya terlibat di dalam bengkel ini. Bengkel ini melibatkan 28 orang pensyarah Bahasa Inggeris dan dibantu oleh Ketua Jabatan dan Ketua Kursus masing-masing iaitu Puan Marina Abu Bakar, Puan Rozaina Abdul Latif (KJPA Politeknik Merlimau), Puan Santhy Subbarau (KK Politeknik Banting) dan Puan Teh Faridah Mustafa sebagai pemudahcara semasa bengkel berlangsung.

 

Penceramah jemputan yang berpengalaman di dalam bidang pembinaan item dan kurikulum iaitu Puan Gan Lai Kuen telah dijemput khas dari Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang Perak. Beliau banyak memberi penambahbaikkan di dalam pembinaan item terutamanya penyelarasan 3 perkara penting iaitu soalan/item, CLO dan topik/subtopik agar sejajar mengikut kehendak kurikulum yang telah ditetapkan. Pelbagai contoh dan latihan diberikan sepanjang bengkel. Para pensyarah juga dibahagikan kumpulan untuk menghasilkan bank soalan bagi tiga kursus yang terlibat. Alhamdulillah sepanjang dua hari bengkel, setiap kumpulan telah berjaya menghasilkan bank soalan bagi setiap kursus.

Pada hari kedua, setiap kumpulan telah membentangkan soalan-soalan yang telah dibuat dan pada masa yang sama tiga orang panel iaitu Puan Gan Lai Kuen Puan, Marina Abu Bakar dan Puan Rozaina Abdul Latif telah memberikan komen-komen positif kepada setiap kumpulan. Setiap pembetulan telah disiapkan oleh setiap kumpulan sebelum bengkel berakhir untuk disimpan di dalam bank soalan dan dibawa pulang ke politeknik masing-masing.

Semoga bengkel seperti ini yang melibatkan kerjasama dari politeknik-politeknik lain dapat diadakan lagi pada tahun hadapan kerana ia dapat menjadikan para pensyarah lebih kompeten untuk menggubal soalan-soalan penilaian dan dapat menghasilkan soalan-soalan penilaian yang lebih bermutu dan mencapai piawai yang digariskan oleh Bahagian Peperiksaan dan Penilaian.

 Maklumat Pendaftaran siswa Baru Politeknik Melaka Sesi Jun 2020

 

klik di sini

Sekian, terima kasih.

 

 Maklumat Pendaftaran siswa Senior Politeknik Melaka Sesi Jun 2020

 

klik di sini

Sekian, terima kasih.

 

Jabatan Pembanguan dan Hal Ehwal Pelajar

 

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

13095661
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
10601
12463
72731
12936220
124113
392141
13095661

Your IP: 10.24.1.254
2020-07-10 20:24
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian Pengajian Tinggi Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email