Trendy:

disediakan oleh : Siti Noorain binti Awalludin

 

25 September 2013, Damansara- pelajar dari Jabatan Pedagangan- Diploma Perniagaan Antarabangsa Semester 5 telah mengadakan lawatan ke Al-Hidayah Production dibawah naungan ‚ÄúCommerce Department Society‚ÄĚ (CODES). Seramai 31 orang pelajar dan seorang pensyarah serta 3 staff AVA terlibat dalam lawatan tersebut.
Pelajar DPI5 tiba di Damansara sekitar jam 2 petang dan disambut baik oleh staff-staff dan pemilik tunggal Al-Hidayah Production merangkap duta produk Perfume Solat tidak lain dan tidak bukan, Ashraf Muslim. Lawatan ini diadakan untuk mendalami ilmu keusahawanan mengenai strategi pemasaran produk, melatih diri untuk bekerjasama dalam sebuah kumpulan bagi meguruskan sebuah aktiviti bersesuaian dengan program CODES @ ENTREPRENUER yang akan berlangsung di Dataran MBMB pada 5 dan 6 oktober 2013 akan datang.
Perfume Solat ini dihasilkan khas untuk dipakai ketika solat dan aktiviti harian tanpa keraguan kerana patinya disahkan halal oleh JAKIM. Pilihan bau setiap Perfume Solat ini yang pasti membangkitkan aura kepada setiap pemakai. Atas permintaan ramai, haruman perfume solat kini bertambah dari semasa ke semasa antaranya ialah lime, grape, apple blossom, es calade, strawberry, burberry, kiwi dan lavender.

 


Selain daripada produk perfume solat, Al-Hidayah Production juga mengeluarkan produk penapis air (Doa Nano Hi-Tech Water System) yang menggunakan teknologi nano terkini bagi memenuhi keperluan air minuman yang dijamin suci dan disahkan halal oleh Jakim. Doa Nano Hi-Tech Water System ialah penapisan air yang menggabungkan sistem teknologi tinggi Korea dan Jepun. Ia juga adalah jawapan terbaru untuk memperolehi air tulen yang diinginkan dalam dunia yang begitu dibelenggu oleh pencemaran hari ini. Doa Nano Hi-Tech Water System mengandungi jumlah bahan yang mencukupi, oksigen dan struktur molekulnya adalah kecil, aktif dan bertenaga. Doa Nano Hi-Tech Water System juga membantu mengekalkan badan yang sihat dan muda dengan melindungi sel-sel DNA daripada unsur-unsur berbahaya serta meningkatkan sistem pertahanan badan dan keupayaan penyembuhan semulajadi.
Di harapkan agar setiap maklumat yang telah diberi oleh Al-Hidayah Production dapat dimanfaatkan oleh para pelajar dan dapat dipraktikkan dalam bidang keusahawanan kelak. Jutaan terima kasih di ucapkan kepada Ashraf Muslim dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program lawatan ini dan kepada sesiapa yang berminat ingin menjadi stokis Perfume Solat dan Doa Nano Hi-Tech Water System bolehlah melayari laman web http://perfumesolat.com/

 

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

12507124
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
10587
11475
32463
12382492
402172
347521
12507124

Your IP: 10.24.1.254
2020-05-26 20:30
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian Pengajian Tinggi Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email