• KPI 100%
Trendy:

29 Ogos 2013, PMK ‚Äď Satu mesyuarat dan lawatan daripada Pasukan Khidmat Perunding Pengurusan Pusat Data MAMPU telah diadakan di PMK. Sesi khidmat rundingan ini telah disertai oleh 4 orang Pegawai daripada Pasukan Perunding ICT Sektor Awam MAMPU, 2 orang Pegawai daripada jabatan Pengajian Politeknik dan 7 orang wakil daripada Politeknik Melaka. Khidmat perundingan pengurusan pusat data ini telah diadakan susulan daripada teguran audit yang telah dibuat oleh pegawai daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) agar insfrastruktur dan pengurusan pusat data PMK ditambahbaik. Sehubungan dengan itu, sesi khidmat ini dijalankan bagi mendapatkan pandangan secara rundingan dalam usaha untuk menjadikan Pusat Data PMK ini sebagai pusat data yang memenuhi kriteria dan piawaian sebenar.

Lawatan Perundingan Pusat Data ICT MAMPU Lawatan Perundingan Pusat Data ICT MAMPU Lawatan Perundingan Pusat Data ICT MAMPU

 

Sesi khidmat rundingan ini dimulakan dengan ucapan aluan daripada wakil Pengurusan Politeknik Melaka iaitu Tn. Haji Shamsudin bin Abdullah. Maklumat ringkas politeknik telah di sampaikan melalui tayangan video korporat PMK manakala maklumat ringkas pusat data PMK telah dibentangkan oleh Pn. Haidar Nur Rifhan,Ketua Unit Teknologi Maklumat) .

Taklimat ringkas perkhidmatan yang disediakan oleh Pasukan Perunding ICT , MAMPU telah di sampaikan oleh Pn. Salmah binti Khairuddin selaku ketua pasukan perunding. Setelah selesai taklimat, semua pegawai yang terlibat telah dibawa melawat ke Pusat Data PMK. Penerangan mengenai keadaan semasa pusat data telah disampaikan oleh En Mohd Yusrin bin Sarip. Selain itu, semua pegawai juga dibawa melawat ke bilik switch yang terletak di dalam Makmal Komputer 1 dan Unit Pentadbiran.

Lawatan Perundingan Pusat Data ICT MAMPU Lawatan Perundingan Pusat Data ICT MAMPU Lawatan Perundingan Pusat Data ICT MAMPU

Sesi penutupan khidmat rundingan telah diadakan di bilik persidangan PMK dan tamat kira-kira jam 1.00 Tengahari. Unit Tekologi Maklumat sangat berbesar hati dengan kerjasama yang telah diberikan oleh pegawai yang terlibat terutamanya Pegawai daripada Pasukan Perunding ICT Sektor Awam, MAMPU dan JPP. Semoga dengan adanya kerjasama ini, akan dapat membantu Unit Teknologi Maklumat PMK untuk menambahbaik insfrastruktur dan pengurusan pusat data dan seterusnya meningkatkan perkhidmatan kepada semua warga PMK khususnya dan komuniti umumnya.

Lawatan Perundingan Pusat Data ICT MAMPU Lawatan Perundingan Pusat Data ICT MAMPU Lawatan Perundingan Pusat Data ICT MAMPU

Lawatan Perundingan Pusat Data ICT MAMPU Lawatan Perundingan Pusat Data ICT MAMPU

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11763554
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
6123
10874
44359
11611815
6123
386179
11763554

Your IP: 10.24.1.254
2020-04-01 13:23
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email