Trendy:

16 Febuari 2012, Politeknik Melaka - Berdasarkan kemahiran dan pengetahuan yang sedia ada, lebih 40 orang warga Jabatan Kejuruteraan Awam termasuk pelajar dan staf Jabatan Kejuruteraan Awam telah menghulurkan sumbangan mereka berbentuk kemahiran menerusi program khidmat komuniti iaitu  Gotong Royong Perdana Membersihkan Surau Taman Seri Sempang, Merlimau Melaka pada 12 Febuari (Ahad) yang lepas. Khidmat komuniti ini telah mendapat  kerjasama yang padu oleh penduduk setempat yang diketuai oleh Lembaga Pengarah Surau Taman Panglima, Majlis Perbandaran Jasin (MPJ): Southern Waste Management (SWM) serta Persatuan Belia MAYC Taman Panglima Pak.  Turut hadir bersama memberi sokongan dalam program yang mulia ini ialah Y.B Datuk Hj. Ghazale bin Muhamad iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Serkam, Ketua Pengerusi Surau Taman Seri Sempang En. Saadon Baharom, Timbalan Pengarah Politeknik Melaka, En. Arrifin Bin Aman dan Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, Tuan Haji Abdul Aziz Bin Abu Bakar.   Y.B Datuk Hj. Ghazale bin Muhamad telah memberi ucapan dan galakan sekaligus merasmikan program khidmat komuniti yang telah dihadiri lebih 100 orang warga Jabatan Kejuruteraan Awam dan penduduk Taman Seri Sempang.
Image Image

 

Image Image

 

 

 

Politeknik Melaka, 3 April 2012 - Satu Program Khemah Kerjaluar Amali Ukur Kejuruteraan telah diadakan pada 20 hingga 22 Mac 2012 di Saujana Asahan Resort , Jalan Kolam Air, 77100 Asahan,¬† Melaka.¬†Program Khemah Kerjaluar Amali Ukur Kejuruteraan¬† ini wajib disertai oleh semua pelajar semester dua yang mengambil kursus CC201 ‚Äď Engineering Survey 2. Khemah kerjaluar Ukur Kejuruteraan ini dijalankan pada setiap semester untuk memenuhi keperluan kurikulum Kursus CC201 ‚Äď Engineering Survey 2, yang mana amali¬† adalah salah satu syarat permarkahan di dalam Penilaian Berterusan Pelajar.
Image Image
Program Khemah Kerjaluar Amali Ukur Kejuruteraan¬† pada kali ini disertai oleh¬† 82 orang peserta iaitu pelajar semester dua yang mengambil kursus CC201 ‚Äď Engineering Survey 2 dari tiga buah kelas serta diiringi seramai 8 orang pensyarah bagi tujuan memantau kegiatan 12 kumpulan pelajar tersebut.

 

 

Amanat KP JPPKK Tahun 2020

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11277383
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
2959
8713
2959
11185273
255186
364695
11277383

Your IP: 10.24.1.254
2020-02-23 06:40
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email