Trendy:

ImageImage
 
BUKIT BERUANG, 3 Mac ‚Äď Seramai 10 orang exco¬† Jawatankuasa Perwakilan¬† Pelajar (JPP) Politeknik Melaka telah menyertai Bengkel Penulisan Berita dan¬† Rencana Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) 2012 yang bertempat di Dewan Kolej¬† Komuniti Bukit Beruang, Melaka yang telah dianjurkan oleh Biro Jawatankuasa¬† Tetap Publisiti dan Penerbitan MGBM. Bengkel ini juga turut disertai oleh 43¬† orang yang terdiri daripada Belia 4B Taman Pokok Mangga, wakil pelajar Kolej¬† Komuniti, Persatuan Gabungan Belia Melaka dan wakil lain dari beberapa¬† Persatuan¬† Penerbitan. Bengkel ini telah berlangsung selama satu hari dari jam¬† 9.30 pagi¬† hingga 5.30 petang.

 

 

Objektif Bengkel ini diadakan ialah  bertujuan memberi pendedahan kepada ahli belia bagaimana cara menulis berita  dengan tepat dan betul, mengenal pasti kaedah yang terbaik dalam penulisan  berita, membolehkan peserta menghantar artikel berita mereka ke pihak media dan  memberi pendedahan kepada belia mengenai kerjaya sebagai  wartawan.

 

Image Image

ImageImage

Image

 

Antara pengisian yang cuba disampaikan dan  diterangkan antaranya ialah pengenalan kepada asas penulisan berita, teknik  penulisan berita dan rencana yang berkesan dan kerjaya sebagai wartawan  sambilan  iaitu suatu pengalaman dan teknik mengambil gambar untuk pemberitaan  yang telah  disampaikan oleh Encik Abd Hamid Mohamad pengarang berita Melaka  Hari Ini dan  Encik Muhammad Zaidee Daut, wartawan sambilan Berita Harian dan  Melaka Hari  Ini.

 

ImageImage

ImageImage

ImageImage

Majlis penutupan rasmi program telah disempurnakan oleh Y.B. Datuk Hj. Othman b. Muhammad, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka. Beliau mengingatkan peserta agar menggunakan peluang mempelajari asas penulisan berita ini sebaiknya untuk menyampaikan maklumat berguna kepada masyarakat. Beliau juga menegaskan bahawa jasa penulis  tidak terkira dalam memastikan  sejarah lalu dapat ditatapi generasi sekarang.Majlis penutup turut dihadiri presiden MGBM, Saudara Zali Md Yassin dan Pengarah Kolej Komuniti Bukit Beruang, En. Abdul Razak Bin  Sabtu.

 

ImageImage

ImageImage

 

 

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

12642627
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
970
13408
74619
12474661
63220
474455
12642627

Your IP: 10.24.1.254
2020-06-06 01:50
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian Pengajian Tinggi Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email