Trendy:

 

Image

 

Pusat Jagaan Warga Emas Nazareth di Klebang Besar, Melaka,  06 April 2012 -Jabatan Pengajian Am di bawah Kursus Pendidian Moral 1 (AA102) telah mengadakan satu Lawatan Amal ke Pusat Jagaan Warga Emas Nazareth di Klebang Besar, Melaka. Antara objektif  program ini dijalankan adalah untuk melahirkan rasa bersyukur di kalangan pelajar dengan apa yang dimiliki, menghargai diri sendiri dan juga orang di sekeliling, memberi bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik serta menghormati dan menyayangi golongan yang kurang bernasib baik. Lebih daripada itu, ianya juga dijalankan dengan tujuan memberikan pendedahan kepada proses P&P di luar bilik kuliah.
 

 

Image Image

 

Image
 

 

Program ini telah melibatkan penyertaan daripada pelajar-pelajar Kursus Pendidikan Moral 1 (AA102) dan beberapa orang pensyarah pengiring. Program ini bermula pada jam 11.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Para pelajar dan pensyarah telah bekerjasama pada hari sebelumnya dalam membuat kutipan dana, menyedia dan membeli barang-barang yang diperlukan oleh pusat jagaan tersebut.
 

 

Image Image
Image
 

 

Semasa sesi lawatan dijalankan, para peserta telah diberikan taklimat ringkas berkenaan Pusat Jagaan Warga Emas Nazareth ini. Selesai taklimat, para peserta dibenarkan untuk menjalankan aktiviti dan beramah mesra dengan semua penghuni pusat jagaan. Para pelajar kelihatan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan telah menunjukkan kemahiran berkomunikasi yang baik dengan warga emas.
 

 

Image Image
 

 

Pada akhir program, para pelajar telah memberikan respon yang positif tentang penganjuran program kali ini. Melalui program ini, para pelajar telah belajar satu nilai dalam hubungan bermasyarakat secara terus. Mereka juga diminta untuk berkongsi perasaan, pengalaman serta pendangan dengan menulis satu laporan ringkas yang menunjukkan sebagai keterlibatan mereka dalam proses P&P. Secara keseluruhannya program ini telah berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan dalam memberikan gambaran sebenar tentang isu yang dibincangkan dalam bilik kuliah.
 

 

Image

 

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

12506815
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
10278
11475
32154
12382492
401863
347521
12506815

Your IP: 10.24.1.254
2020-05-26 20:09
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian Pengajian Tinggi Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email