Trendy:
Peta  Laman   Mengenai PMK
Soalan Lazim (FAQ)   Arkib
Dasar Privasi & Keselamatan   Sebutharga
      Sistem Pendaftaran Syarikat

 

 

Peta Laman Soalan Lazim
Program Kebolehpasaran Graduan  

 

Sistem 1L5G    

 

 

Sistem Dalam PMK

Sistem Pengurusan politeknik sistem document untuk warga PMK
sistem epergerakan untuk warga PMK sistem wifi PMK e-coaching & monitoring
  
Kursus Jangka Pendek PMK 
     

 

Sistem Luaran PMK 

Sistem tapisan kerajaan CGSO Sistem HRMIS Jabatan Perkhidmatan Awam Portal u-PUSTAKA Sistem E-Perolehan Kementeraian Kewangan Curriculum Information Document Online SystemCIDOS 3.5

  Sistem Pemantauan Pengurusan Aset Sumber Elektronik@PNM

 

11 Ogos 2011, Politeknik Melaka -Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada kumpulan World Amazing Frisbee (WAF) iaitu pelajar Diploma Kejuruteraan Awam Politeknik Melaka kerana telah memenangi anugerah Durability test terbaik bagi Frisbee konkrit yang dihasilkan di pertandingan Intervarsity Concrete Frisbee (ICFC 2011) anjuran Universiti Teknologi PETRONAS pada 18 hingga 21 Julai 2011 lepas.

Image

Ini merupakan inovasi Frisbee Konkrit kedua yang dihasilkan oleh Kumpulan WAF selepas menyertai pertandingan yang sama iaitu ICFC 2010 yang lepas. Kumpulan WAF dan penasihatnya Cik Jusmine Valerie telah berjaya mengunakan campuran konkrit yang dapat menjadikan ia ringan yang tidak rapuh dan sesuai digunakan untuk menyertai pertandinagn inovasi Frisbee Konkrit. Buktinya, Frisbee konkrit kumpulan WAF ini adalah hasil Frisbee Konkrit yang kedua paling ringan jika dibandingkan dengan Frisbee Konkrit 16 kumpulan lain yang menyertainya. Kumpulan ini terdiri daripada tiga pelajar yang berkaliber iaitu MD. Nur Faliq Bin Abd Khalid, Abdul Halim Bin Jailani, dan Siti Shazwani binti Noor Azahar.
Image Image Image Image Image
Selain itu PMK juga menghantar dua lagi kumpulan yang tidak kurang hebatnya iaitu kumpulan ROCKY FRISBEE dan SUPER FRISBEE. Pelajar-pelajar tersebut ialah Mohd Izwan Bin Othaman, Nor Huda binti Mohd Isa, Mohamad Halim bin Mohamed Diah, , Norazlina Binti Abdul Zabir , Nur Sursyaqeera Binti Misran dan Hazirah Binti Bujang. Penasihat kumpulan Rocky Frisbee ialah En. Nurul Qamar manakala penasihat kumpulan Super Frisbee pula Cik Arni Rahida. Sekalung penghargaan juga ditujukan khas buat semua warga Jabtan Kejuruteraan Awam yang terlibat secara lansung dan tidak langsung dalam menjayakan produk JKA sendiri dalam bidang yang berkonsepkan inoivasi ini terutama sekali Pn.Halimat Mat Desa selaku Ketua Jabatan JKA dan Ketua Kursus JKA, En. Anuar Bin Nordin. Tahniah kepada pelajar-pelajar ini kerana Berjaya menyahut cabaran rekabentuk Frisbee Konkrit yang mampu bersaing dengan peserta-perserta universiti seluruh Malaysia. Pemenang keseluruhan ICFC 2011 ialah Universiti CURTIN Miri Sarawak, tempat kedua UKM dan tempat ketiga ialah Universiti Teknologi Petronas.
Image Image Image Image Image Image
Objektif pertandingan ini adalah untuk menggalakkan aktiviti inovasi konkrit pada pelajar-pelajar institusi penggajian tinggi, mengetengahkan penggunaan Portland simen dalam pembinaan konkrit ringan dan mencungkil pemikiran kreatif dan inovatif di kalangan pelajar kejuruteraan awam untuk merekabentuk Frisbee Konkrit yang berkebolehan untuk terbang. Selain itu pertandingan ini juga dapat memupuk minat kajian dan pembelajaran berterusan pada peserta disamping memupuk semangat berpasukan dalam pertandingan. Image Image Image Image Image Image
Ciri-ciri bahan konkrit atau simen yang sesuai dalam apa jua keadaan telah terbukti hasilan daripada beberapa kajian menjadikan konkrit boleh terbang seperti frisbee. Beberapa universiti di luar negara telah mengadakan pertandingan sebegini bagi pelajar kejuruteraan awam merekabentuk frisbee berasaskan bahan simen. Di Malaysia, pertandingan seperti ini masih baru diperkenalkan di mana hanya Universiti Teknologi Petronas sahaja yang menganjurkan pertandingan seperti ini di peringkat IPT melalui ICFC (Intervarsity Concrete Frisbee Competition). Dalam pertandingan ICFC pada Mac 2011, hanya satu politeknik sahaja yang mengambil bahagian iaitu Politeknik Melaka. Ini adalah selaras dengan misi Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Melaka dalam menerajui bidang R&D dan inovasi. Tahniah diucapkan sekali lagi kepada para peserta PMK.
Image Image Image Image

 Disediakan oleh : Ahmad Syukri

 

Image

Bukit Rambai , Melaka ‚Äď Sempena bulan Ramadhan ini, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) PMK telah mengadakan satu majlis berbuka puasa bersama masyarakat anjuran bersama JPP PMK dan Ahli Jawatankuasa Surau An-Nur pada 11 Ogos 2011 (Khamis) bersamaan 11 Ramadhan 1432H.
ImageImage ImageImage
Menurut pengarah program, Saudara Muhammad Hazim Romadi, seramai 60 orang pelajar lelaki dan perempuan PMK dan sejumlah penduduk Taman Bukit Rambai Jaya telah hadir bersama untuk memeriahkan majlis ini.
11 Ogos 2011, Politeknik Melaka - Buat pertama kalinya, pelajar orang asli yang pertama daripada Jabatan Kejuruteraan Awam berjaya menamatkan pengajian dengan mendapat keputusan yang cemerlang di Politeknik Melaka. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Masliana Bte Musin (11SKA09F1023) kerana memperolehi keputusan yang cemerlang dengan CPA 3.65 dan merupakan kedudukan ketiga teratas bagi sesi Disember 2010.

Image
 
Image
Image Image

 

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

14175375
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
7175
10058
27218
14065558
360693
400598
14175375

Your IP: 10.24.1.254
2020-09-29 14:43
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian Pengajian Tinggi Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email