• KPI 100%
Trendy:

Disediakan oleh Azaliza binti Baharom

 

Politeknik Melaka, 22 September 2011 - Jabatan Kejururteraan Elektrik dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar telah menganjurkan satu Program Diskusi Ilmiah yang bertajuk ‚ÄúController Principle‚ÄĚ pada 22 September 2011 yang lau. Seramai 50 orang pelajar dari kelas DJK 3A dan DJK 3B di bawah seliaan Pn.Azaliza Binti Hj.Baharom dan En.Ahmad Nasharuddin Bin A.Rashid telah berjaya menghadirkan diri bagi Program tersebut.

 

Program Diskusi Ilmiah bertajuk "Controller Principle"

 

 

11 Ogos 2011, Politeknik Melaka -Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada kumpulan World Amazing Frisbee (WAF) iaitu pelajar Diploma Kejuruteraan Awam Politeknik Melaka kerana telah memenangi anugerah Durability test terbaik bagi Frisbee konkrit yang dihasilkan di pertandingan Intervarsity Concrete Frisbee (ICFC 2011) anjuran Universiti Teknologi PETRONAS pada 18 hingga 21 Julai 2011 lepas.

Image

Ini merupakan inovasi Frisbee Konkrit kedua yang dihasilkan oleh Kumpulan WAF selepas menyertai pertandingan yang sama iaitu ICFC 2010 yang lepas. Kumpulan WAF dan penasihatnya Cik Jusmine Valerie telah berjaya mengunakan campuran konkrit yang dapat menjadikan ia ringan yang tidak rapuh dan sesuai digunakan untuk menyertai pertandinagn inovasi Frisbee Konkrit. Buktinya, Frisbee konkrit kumpulan WAF ini adalah hasil Frisbee Konkrit yang kedua paling ringan jika dibandingkan dengan Frisbee Konkrit 16 kumpulan lain yang menyertainya. Kumpulan ini terdiri daripada tiga pelajar yang berkaliber iaitu MD. Nur Faliq Bin Abd Khalid, Abdul Halim Bin Jailani, dan Siti Shazwani binti Noor Azahar.
Image Image Image Image Image
Selain itu PMK juga menghantar dua lagi kumpulan yang tidak kurang hebatnya iaitu kumpulan ROCKY FRISBEE dan SUPER FRISBEE. Pelajar-pelajar tersebut ialah Mohd Izwan Bin Othaman, Nor Huda binti Mohd Isa, Mohamad Halim bin Mohamed Diah, , Norazlina Binti Abdul Zabir , Nur Sursyaqeera Binti Misran dan Hazirah Binti Bujang. Penasihat kumpulan Rocky Frisbee ialah En. Nurul Qamar manakala penasihat kumpulan Super Frisbee pula Cik Arni Rahida. Sekalung penghargaan juga ditujukan khas buat semua warga Jabtan Kejuruteraan Awam yang terlibat secara lansung dan tidak langsung dalam menjayakan produk JKA sendiri dalam bidang yang berkonsepkan inoivasi ini terutama sekali Pn.Halimat Mat Desa selaku Ketua Jabatan JKA dan Ketua Kursus JKA, En. Anuar Bin Nordin. Tahniah kepada pelajar-pelajar ini kerana Berjaya menyahut cabaran rekabentuk Frisbee Konkrit yang mampu bersaing dengan peserta-perserta universiti seluruh Malaysia. Pemenang keseluruhan ICFC 2011 ialah Universiti CURTIN Miri Sarawak, tempat kedua UKM dan tempat ketiga ialah Universiti Teknologi Petronas.
Image Image Image Image Image Image
Objektif pertandingan ini adalah untuk menggalakkan aktiviti inovasi konkrit pada pelajar-pelajar institusi penggajian tinggi, mengetengahkan penggunaan Portland simen dalam pembinaan konkrit ringan dan mencungkil pemikiran kreatif dan inovatif di kalangan pelajar kejuruteraan awam untuk merekabentuk Frisbee Konkrit yang berkebolehan untuk terbang. Selain itu pertandingan ini juga dapat memupuk minat kajian dan pembelajaran berterusan pada peserta disamping memupuk semangat berpasukan dalam pertandingan. Image Image Image Image Image Image
Ciri-ciri bahan konkrit atau simen yang sesuai dalam apa jua keadaan telah terbukti hasilan daripada beberapa kajian menjadikan konkrit boleh terbang seperti frisbee. Beberapa universiti di luar negara telah mengadakan pertandingan sebegini bagi pelajar kejuruteraan awam merekabentuk frisbee berasaskan bahan simen. Di Malaysia, pertandingan seperti ini masih baru diperkenalkan di mana hanya Universiti Teknologi Petronas sahaja yang menganjurkan pertandingan seperti ini di peringkat IPT melalui ICFC (Intervarsity Concrete Frisbee Competition). Dalam pertandingan ICFC pada Mac 2011, hanya satu politeknik sahaja yang mengambil bahagian iaitu Politeknik Melaka. Ini adalah selaras dengan misi Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Melaka dalam menerajui bidang R&D dan inovasi. Tahniah diucapkan sekali lagi kepada para peserta PMK.
Image Image Image Image

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11829149
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
3207
10592
24385
11719195
71718
386179
11829149

Your IP: 10.24.1.254
2020-04-07 07:44
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email