• KPI 100%
Trendy:

 
Politeknik Melaka, 10 Mei 2011 - Jabatan Kejuruteraan Awam dengan kerjasama Unit Psikologi dan Kerjaya Politeknik Melaka telah menganjurkan satu Majlis Bicara eksekutif untuk pelajar semester akhir Sijil Kejuruteraan Awam pada 28 April 2011 bertempat di Hotel Ancasa, MITC Melaka. Tema bicara eksekutif pada kali ini ialah ‚ÄúEducational and Career Path‚ÄĚ. Bicara eksekutif ini adalah bertujuan untuk membuka idea dan hala tuju mereka selepas menamatkan pengajian di Politeknik Melaka. Majlis ini juga bertujuan memberi input tentang alam perkerjaan yang sesuai bagi para pelajar dan cara mereka mendapatkan pekerjaan. Sesuai dengan itu, majlis bicara eksekutif ini telah menjemput Pn. Hafizah Nabilah Binti Mohd. Idris, Penolong Pengarah Jabatan Tenaga Kerja, Melaka. Pn. Hafizah Nabilah Binti Mohd. Idris telah memberi input kekosongan kerja dan tenaga kerja yang diperlukan di sekitar Melaka. Kehadiran beliau memberi penerangan yang jelas tentang keadaan sebenar kekosongan kerja di Melaka.
 
Image Image

Written by Jusmine Valerie

Monday, 23 May 2011.

Politeknik Melaka, 19 Mei 2011 ‚Äď Tahniah diucapkan kepada para peserta PMK yang telah menyertai Pertandingan Inovasi Rekacipta Menara Taming Sari Menggunakan Bahan Terbuang pada 17 Mei 2011 (Hari Wesak) di Menara Taming Sari, Jalan Merdeka, Bandar Hilir Melaka baru-baru ini. Pertandingan ini adalah merupakan anjuran Kumpulan Melaka Berhad, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Ketua Menteri Melaka sempena menyambut ulang tahun ke-3 Menara Taming Sari beroperasi.
Image Image
Image Image
Rekacipta Menara Taming Sari kali ini adalah berasaskan bahan buangan sesuai dengan matlamatnya yang sentiasa menyahut aspirasi Kerajaan Melaka dalam merealisasikan usaha kerajaan negeri untuk menjaga alam sekitar dan menjadikan ‚ÄėGo Green‚ÄĚ sebagai arah tuju mereka. Pertandingan rekacipta ini juga telah membuka peluang pada masyarakat sekeliling mengeluarkan idea yang berinovatif dalam merekabentuk menara dengan idea tersendiri menggunakan bahan buangan. Di samping itu pertandingan tersebut dapat menyemai sifat memelihara alam sekitar dan kitar semula serta memupuk budaya inovasi di kalangan masyarakat.
Image Image
Image Image
Image Image
Pertandingan inovasi ini telah disertai oleh 22 buah kumpulan sekitar Melaka dan 3 kumpulan adalah wakil dari Politeknik Melaka. Johan keseluruhan pertandingan ini telah dimenangi oleh Jabatan Kerja Raya Melaka. Anugerah Khas pula telah dianugerahkan kepada Kumpulan dari PMK yang dianggotai oleh Mohd. Faizal bin Mohd. Muslim dan Norzainariah bInti Abu Hassan. Tahniah diucapkan kepada semua wakil Politeknik Melaka sekali lagi.
Image Image
Image Image

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11794671
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
1016
10715
75476
11611815
37240
386179
11794671

Your IP: 10.24.1.254
2020-04-04 02:05
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email