Trendy:

Original write: Laporan Sang Pencinta Alam (Raffiudin Bin Rohani)

Image

Hutan Lipur Berkelah,
26-27 Febuari 2011 - Delegasi Politeknik Melaka (PMK), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bersatu tenaga menggegar Hutan Lipur Berkelah atas rasa tanggungjawab membawa misi murni, melestarikan alam semulajadi pada 26-27 Febuari 2011 yang lepas. Gabungan pelajar tiga institusi ini dengan beberapa cabang bidang kursus dan kemahiran memberikan gambaran kerjasama yang amat baik untuk meneruskan agenda kelestarian hutan yang pastinya merupakan khazanah yang tidak dapat digantikan oleh sesiapa pun. Umum kurang mengetahui khazanah ciptaan Ilahi yang sungguh indah di bumi Pahang ini mempunyai air terjun tujuh tingkat yang merupakan salah satu antara lima tercantik di Asia. Berpeluang membuka mata para pelajar Politeknik Melaka melalui khazanah dunia ini dilihat memberikan impak yang positif demi kesedaran menjaga alam sekitar yang kian dimamah usia. Perjalanan yang mengambil masa selama hampir 6 jam membuatkan semua peserta terlena. Mungkin bersedia menyimpan tenaga untuk bekalan hari esok. Seawal pagi, semua tiba di Masjid Berkelah untuk menunaikan solat Subuh dan seterusnya menikmati sarapan. Di sini lah titik pertemuan antara 3 delegasi, di mana kelihatan peserta dari UNITEN dan UTeM telah pun bersiap siaga. Pembahagian makanan, barang-barang juga diagihkan sekali lagi untuk member keseimbangan berat kepada setiap peserta. Kelengkapan keselamatan juga diperiksa bagi memastikan segala perjalanan dapat dilalui dengan baik. Sejurus itu, semua peserta menaiki lori untuk ke tapak permulaan. Senaman ringkas dilaksanakan dan kemudian mendapat sedikit taklimat dari pegawai pengiring dan jurupandu berkaitan kawasan hutan tersebut. Perjalanan para peserta kini bermula!
 

 
Politeknik Melaka, 10 Mei 2011 - Jabatan Kejuruteraan Awam dengan kerjasama Unit Psikologi dan Kerjaya Politeknik Melaka telah menganjurkan satu Majlis Bicara eksekutif untuk pelajar semester akhir Sijil Kejuruteraan Awam pada 28 April 2011 bertempat di Hotel Ancasa, MITC Melaka. Tema bicara eksekutif pada kali ini ialah “Educational and Career Path”. Bicara eksekutif ini adalah bertujuan untuk membuka idea dan hala tuju mereka selepas menamatkan pengajian di Politeknik Melaka. Majlis ini juga bertujuan memberi input tentang alam perkerjaan yang sesuai bagi para pelajar dan cara mereka mendapatkan pekerjaan. Sesuai dengan itu, majlis bicara eksekutif ini telah menjemput Pn. Hafizah Nabilah Binti Mohd. Idris, Penolong Pengarah Jabatan Tenaga Kerja, Melaka. Pn. Hafizah Nabilah Binti Mohd. Idris telah memberi input kekosongan kerja dan tenaga kerja yang diperlukan di sekitar Melaka. Kehadiran beliau memberi penerangan yang jelas tentang keadaan sebenar kekosongan kerja di Melaka.
 
Image Image

Written by Jusmine Valerie

Monday, 23 May 2011.

Politeknik Melaka, 19 Mei 2011 – Tahniah diucapkan kepada para peserta PMK yang telah menyertai Pertandingan Inovasi Rekacipta Menara Taming Sari Menggunakan Bahan Terbuang pada 17 Mei 2011 (Hari Wesak) di Menara Taming Sari, Jalan Merdeka, Bandar Hilir Melaka baru-baru ini. Pertandingan ini adalah merupakan anjuran Kumpulan Melaka Berhad, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Ketua Menteri Melaka sempena menyambut ulang tahun ke-3 Menara Taming Sari beroperasi.
Image Image
Image Image
Rekacipta Menara Taming Sari kali ini adalah berasaskan bahan buangan sesuai dengan matlamatnya yang sentiasa menyahut aspirasi Kerajaan Melaka dalam merealisasikan usaha kerajaan negeri untuk menjaga alam sekitar dan menjadikan ‘Go Green” sebagai arah tuju mereka. Pertandingan rekacipta ini juga telah membuka peluang pada masyarakat sekeliling mengeluarkan idea yang berinovatif dalam merekabentuk menara dengan idea tersendiri menggunakan bahan buangan. Di samping itu pertandingan tersebut dapat menyemai sifat memelihara alam sekitar dan kitar semula serta memupuk budaya inovasi di kalangan masyarakat.
Image Image
Image Image
Image Image
Pertandingan inovasi ini telah disertai oleh 22 buah kumpulan sekitar Melaka dan 3 kumpulan adalah wakil dari Politeknik Melaka. Johan keseluruhan pertandingan ini telah dimenangi oleh Jabatan Kerja Raya Melaka. Anugerah Khas pula telah dianugerahkan kepada Kumpulan dari PMK yang dianggotai oleh Mohd. Faizal bin Mohd. Muslim dan Norzainariah bInti Abu Hassan. Tahniah diucapkan kepada semua wakil Politeknik Melaka sekali lagi.
Image Image
Image Image

 

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

14175251
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
7051
10058
27094
14065558
360569
400598
14175251

Your IP: 10.24.1.254
2020-09-29 14:27
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian Pengajian Tinggi Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email