Trendy:

 
ImageImage

PMK, 21 Feb 2011 - Kunjungan 17 warga Politeknik Balik Pulau membuka lembaran baru Politeknik Melaka kerana ia merupakan lawatan penandaarasan pertama diterima PMK setelah mendapat pengiktirafan Persijilan Amalan Persekitaran 5S oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada Julai tahun lepas.
 

ImageImage
Pelbagai reaksi positif dilontarkan oleh mereka antaranya mengagumi kreativiti yang ditonjolkan oleh staf dan pelajar PMK dalam memastikan Jabatan/Unit/BK/Bengkel/Makmal yang diwakili tampak ceria serta hidup.

ImageImage

ImageImage

Mereka turut memuji kemampuan PMK untuk terus berada dilandasan yang betul dengan memastikan pengiktirafan 5S ini terus dilaksanakan oleh setiap warganya dari semasa ke semasa terutama dalam aspek penjagaan kebersihannya.

ImageImage

ImageImage

Keterujaan warga Politeknik Balik Pulau ini untuk melawati kawasan persekitaran Politeknik Melaka terserlah berdasarkan tempoh lawatan yang sepatutnya tamat pada jam 12 tengahari terpaksa dilanjutkan berikutan terdapatnya permintaan untuk melawat kawasan yang tidak tersenarai dalam jadual lawatan 5S ini.

ImageImage

ImageImage

Umum mengetahui bahawa Politeknik Melaka merupakan Politeknik berkonsepkan rumah kedai PERTAMA menerima Persijilan 5S dan menduduki tangga KETIGA dari 28 Politeknik (termasuk Politeknik MeTRO) dibelakang Politeknik Merlimau Melaka dan Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang lebih bertaraf kampus.

ImageImage

Terima kasih kepada ahli jawatankuasa 5S yang bertungkus lumus memastikan perjalanan lawatan penandaarasan ini berjalan lancar. Tidak lupa juga diucapkan ribuan terima kasih kepada semua staf dan pelajar setiap jabatan/unit di atas sokongan serta kerjasama yang diberikan.

Semoga Politeknik Melaka bukan sahaja menjadi contoh kepada Politeknik lain tetapi juga menjadi contoh Amalan Persekitaran 5S dikalangan agensi kerajaan/swasta dan sebagainya.

5S AMALAN BERSAMA!!

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

12550006
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
6424
17589
75345
12382492
445054
347521
12550006

Your IP: 10.24.1.254
2020-05-29 12:57
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian Pengajian Tinggi Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email